Semalam, balik dari majlis kahwin sepupu terus dapat berita yang hampir menyentap nyawa aku keluar dari jasad. Perit pahit sedih semua bergabung. Seorang kawan yang 2 hari lepas aku menyakitkan hati dia. Demi kepentingan diri aku sendiri. Demi ego aku, aku buat macam tu. Allahu menyesal yang tak dapat diungkap. Alhamdulillah 2 jam selepas tu aku dapat berita gembira bercampur sedih sikit. Dia dah ok.
Semalam tu kira Allah bagi warning. Warning untuk hargai kawan lagi lepas ni. Jangan untuk kepentingan diri, sanggup buat perangai entahpape. Warning jangan pentingkan diri sendiri lagi. Fikir perasaan orang lain. Cukup semalam aku terseksa dengan perbuatan sendiri.
Kawan,
Maafkan aku.
Cukup semalam aku hilang arah kerana perbuatan aku sendiri.
Kawan,
Hubungan persahabatan ni akan kekal.
Hingga ke syurga,
InsyaAllah.
Kawan,
Terima kasih.
Walaupun aku tahu kau belum memaafkan aku sepenuhnya,
Aku cuma mengharapkan sesuatu.
Ingin melihat kau sihat seperti biasa.

Gambar ni aku curi dari fb kau. Jangan marah tau :)
Bila aku scroll2 tetibe ternampak ni. Rasa macam baru kena campak dari tingkat 100. Peritnya Allah je tahu. Kawan, aku tahu susah nak maafkan orang kali kedua. Kau pernah cakap siapa kita untuk tak maafkan orang lain. Haa macam tu kot ayatnya. Sentap sangat T.T
Maafkan aku kawan. Cukup semalam sebagai balasan perbuatan aku. Cukup. Aku dah tak sanggup. Serius. Semoga Allah jaga persahabatan kita. Semoga Allah jaga hati kita. Kawan, semoga cepat sembuh 100%.
N O T A H A T I :- Aku haraap kau baca. Orang kata kalau ada sesiapa masuk mimpi kita dan diam je maksudnya dia rindu kita. Malam tadi aku mimpi kau. Kau rindu aku ek? Tapi, dalam mimpi tu kau banyak bersuara T.T Takpelah. Biar aku sorang rindu kau :')
No comments:
Post a Comment