20171129

Kucing

Assalamualaikum
Bismillah,

Hai saya disini kembali untuk berkongsi cerita dari akal mahupun hati.
Sekadar perkongsian untuk tatapan masa nanti.
Mahu pun nanti jasadku mati,
Tulisanku akan kekal abadi.
InsyaAllah.

So ya tajuk macam klise sangat kan? Klise tak klise lah yang penting aku rasa aku patut share apa yang baru terjadi ni. Kita teruskan je lah ya? Tadi petang aku pergi ke Pet Shop sekadar cuci mata nak tengok harga sangkar kucing. Dah alang2 tu tanya lah sekali harga makanan kucing yang biasa beli di luar. Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya makanan yang biasa aku beli tu, tak elok untuk kucing. Katanya sebab kandungan garam tinggi. Ya rabbi aku rasa macam nak siat-siat hati sendiri sebab tergamak bagi kucing sendiri makan makanan tak elok.

Kesan makanan tu pada kucing dalam jangka panjang ialah ada batu karang. Weh, batu karang is not a joke kot. Kalau kena pada manusia pun masyaAllah sakit kan? Itu untung sakit dan boleh bagitahu. Ini kucing kalau sakit dia ngiau je. Untung faham, faham. Kalau dapat owner macam aku ni, asal ngiau je aku fikir dia lapar. Pehhh luruh hati aku ni ha kalau fikirkan lagi. Aku baru bela kucing. Before this pernah lah bela tapi itu lebih kurang 10 tahun yang lalu kot. Kucing sekarang ni yang datang sendiri.

Inilah kucing2 aku. besar tu ibu. kecil tu anak dia. minum susu gaya upside down.

Aku disini ingin mengingatkan kalau ada yang baru nak bela apa2 binatang sekalipun, tolong cek dulu makanan tu okay ke tak apa semua. Tak perlu makanan yang mahal. Cukup dengan kemampuan kita dan haiwan yang kita bela tu sihat. Tak perlu lah dinyatakan aku pakai brand apa. Aku pakai brand tu sebab bumiputera punya dan pernah ada iklan di tv. So, sebagai pengguna yang berjaya dipujuk dengan pengiklanan, memang beli lah jawabnya.

Tanyalah dekat mana2 pun. Pet shop ke, ig yang jual kucing ke atau orang yang dah bela kucing untuk tempoh yang lama. Kiranya yang berpengalaman sangat lah. Tanya je macam2 at least kau tak menyesal dikemudian hari seperti aku ni ha. Tapi, aku tanya jugak dulu tapi tulah pergi tukar makanan lain. Huwarghhh sedangkan kita pun nak makanan yang terbaik masuk dalam perut kita kan. Ok sedih.

At the end of the day, aku rasa makanan yang paling bagus adalah nasi gaul dengan ikan. Sekian.

N O T A H A T I : Entry yang tak plan lah yang muncul dulu. Coming soon insyaAllah berkenaan dengan lesen. InsyaAllah weh insyaAllah! Mohon tak malas. haha kbai