20130806

Inche Pengarang Buah Hati Saya.

Assalamualaikum

12:40 a.m jari jemari start menari di atas keypad. wuhuu lagi 2 hari berpuasa. Dalam masa 2 hari ni kalau Allah nak ambil nyawa kita, boleh je kan? Lepas aku habis tulis blog ni pun boleh je. Lepas baca blog aku ni pun boleh je. Kan? Jangan sambung baca lah entry ni. Tak best. Takde manfaat mungkin. Aku ni sekadar membuang masa kejap.

Kenangan yang pahit boleh jadi manis kan? Eh, ni takde kena mengena dengan kaedah fizik, kimia, bio, addmath, sains dan sebagainya. Ni kaedah kehidupan. Realiti kehidupan. Sungguh. Nak belajar kaedah kehidupan itu beribu kali susah daripada belajar kaedah fizik bio bagai tu. Setuju? bagus.

Sebenarnya dah nak raya makin syahdu segala jenis keadaan. Bulan Ramadhan ni makin galak pulak kesukaan aku cakap sorang2. Bukan gila. Tapi, cuba tanya deskmate aku. Aku memang suka cakap sorang2 kalau buat kerja salah ke ape. Its me bebeh. haha. Aku cakap sorang2 time bulan Ramadhan ni memang confirm Allah tu dengar. Tapi, aku rasa ayah aku dengar juga. Sebab ada orang cakap roh2 orang yang dah meninggal ni balik rumah masing2. entah. Wallahualam.

5 tahun yang lepas, raya sangat bersemangat. Gila excited wa cakap lu! Eh bahasa maaf. Tapi, sekarang aku excited juga. Cuma macam malam raya leleh. Ape semua leleh. Dulu dengar takbir takde arr nak tangkap leleh bagai tu. Kekeke sungguhlah aku cakap. Ayah tu even dia diam je. Dalam diam dia, ada sayang. Dalam diam dia ada kasih. Bila dia pergi, impak kepada diri kita sangat besar.



Ayah, 
5 tahun dah pun berlalu
Dengan pantas tanpa belas
Tapi, semuanya masih segar dalam ingatan. 

Ayah, 
Masih terasa dakapanmu
Masih terngiang-ngiang gelak tawamu
Aku masih ingat senyuman manismu

Ayah, 
Rindu kepada dirimu tak dapat dibendung 
Sayang padamu tak pernah kurang
Kasih pada dirimu tak pernah kering

Ayah, 
Terima kasih kerana sayangmu walaupun hanya 9 tahun
Terima kasih untuk tiap titik peluhmu untuk membesarkan kami
Terima kasih kerana sabar melayani karenah ku

Ayah, 
Tika dirimu dijemput Illahi, aku akur walau hati ini Allah je tahu
Pemergianmu tika itu sangat pahit. 
Sangat pahitttttttt! 

Ayah, 
Tenanglah kau disana.
Aku disini sentiasa mendoakanmu. 
Aku disini sentiasa merindui dan menyayangimu. 

Ayah, 
Harapanku hanya satu. 
Dapat bersamamu lagi walaupun disana. 
Aku akan sampai disana juga satu masa nanti. 
Tunggu akan kedatangan aku ya :) InsyaAllah. 

N O T A H A T I :- Aku tak reti bersajak bagai. Aku bukan budak sastera. Aku pelajar form 2 baru. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Maaf kalau ada terkasar bahasa, terlajak perbuatan. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah tua buat kesilapan. AlFatihah untuk Inche pengarang buah hati saya. Mohd Sidek Bin Hassan :) Semoga Ayah tenang disana.