20150613

Ayah

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

This year aku baru 16 tahun. Bila aku duduk sorang-sorang tu aku terfikir. Dah banyak sangat peristiwa yang berlaku. Macam cepat sangat. 16 tahun bukan waktu yang singkat. I'm not matured yet. Haha tapi, ini cara budak 16 tahun berfikir kot. Setiap tahun mesti ada peristiwa yang meninggalkan kesan dalam diri. Tak kiralah fizikal atau mental. Aku tergerak nak update blog lagi sebab i'm gonna miss my blog. Bila dah sekolah, dah amat jarang aku akan update. So here we go!

Setiap memori yang berbekas di hati, akan buat hidup kita berubah. Tak banyak, akan ada sikit yang terkesan. Aku ambil contoh aku sendiri. Ayah aku sendiri meninggal dunia masa aku darjah 3. Darjah 3 macam kecil sangat aku rasa. Not really lah tapi darjah 3 tahu apa je? Start dari saat tu aku mula tahu menghargai. Walaupun sikit tapi aku baru tahu menghargai. Aku baru tahu 'sayang' family aku. Mungkin sebelum tu aku tak fikir mati kot. Aku cuma tahu semua orang akan mati tapi, family aku lambat lagi. Huhu

Ayah.



Speechless bhai. Aku sayang ayah aku. Dia tak garang. Tapi, nampak tegas. Paling awesome. Paling handsome. Paling tenang dalam dunia. Aku rasa aku baru faham kenapa perempuan diluar sana anggap ayah diaorg first love ever. Korang boleh faham sendiri kan? I dont have to explain because i dont know how to explain. Kah! Aku rasa aku pernah cerita pasal ayah aku sebelum ni. Tapi.. please i miss my ayah so, takpe lah eh. 

Dulu aku tak faham apa makna menyibuk kot. Aku suka ikut ayah aku kemana-mana. Walaupun tika itu hanya adik beradik lelaki aku yang ikut nanti muncul seorang makhluk iaitu aku. Sesat gila. But i dont care. Lulz. Tapi.. tu dulu. Aku rindu macam mana mengendeng dekat ayah sendiri. Haha 7 tahun beb. Bila aku fikir balik berapa banyak kekuatan yang Allah bagi. Tiap saat yang aku down. Tiap saat yang aku menangis nak ayah. Tiap saat tu lah Allah bagi aku kekuatan.

Aku pelik. Kenapa orang sekarang tak sayang ayah sendiri. Aku pelik. Aku pelik dengan orang yang tak hargai family. Sis/bro, family kita tak ada jual dekat kedai bundle. Family tak ada jual dekat butik paling mahal dalam dunia. Family kita tak ada jual dekat mana-mana. Kalau hilang itu, tak ada galang gantinya. Sayangi ayah, ibu, adik beradik macam kau sayang nyawa kau. Macam mana family kita, hargai. Boleh janji? Aku tak nak dah hilang yang lain. 

Aku pernah terbaca yang hidup dan yang mati hanya terpisah dengan satu garisan. Garisan itu adalah dunia. Ayah, nanti kita jumpa ayah kat syurga je okay :')

Mohd Sidek bin Hassan.
15/11/1958-30/12/2008
Alfatihah

N O T A H A T I :- Ayah adalah superhero forever and ever! Oh kamon! i tak nangis. fuh fuh. Kadang2 bila dah takde depan mata, baru kita tahu betapa sayangnya kita dekat seseorang tu. Adios!

20150612

Please.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Aku jadi hiba sat untuk post kali ni.
Cuma nak cakap.

Image result for quotes about hadith

Jangan berjanji kalau tak mampu tepati janji tersebut.
Jangan bercakap seolah memberi harapan tapi hati kau tak sama dengan apa kau cakap.


Dan kalau tiada apa mahu cakap, be silent. Jangan berkata kalau mahu ada suasana ceria padahal itu bohong semata. 

Image result for quotes about trust

Memang manusia kena memaafkan. Ya maafkan. Tapi, sejauh mana hati mahu menerima? Sekali dibaling batu sudah terkesan. Kalau dibaling beribu kali? Hancur lah dia :) 

Image result for quotes about trust

Satu je yang kita boleh percaya. Satu je yang tak akan pernah tinggalkan kita. Siapa? Dia itu Allah. Tuhan semesta alam. Dia Maha Penyayang. Dia segalanya. Dia paling tahu isi hati kita. Adu lah apa saja pada Dia. Dia dengar. Dia yang hadirkan kepahitan. Dia yang hadirkan kemanisan. Bergantunglah sepenuhnya pada Dia.

Tiada nota hati seperti selalu. Kerana di atas ini cukup untuk mengatakan apa yang ada dalam hati :) 

Cara Berinteraksi/Memberi Arahan

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Em aku rasa tajuk kali ni macam tajuk karangan kot. Okay nevermind. Aku cuma nak share apa yang aku dapat time kursus awal tahun haritu. Better late than never orang kampung aku kata. Hiks!

1. Eyes contact
   
Bila bercakap atau bagi arahan, haruslah ada eyes contact. Pandang mata ke mata. Bukan turun kehati ya sis/bro. Sebabnya lebih meresap dan si penerima boleh terima dengan jelas. InsyaAllah. TAPI! Ni untuk lelaki - lelaki / perempuan - perempuan. Tidak digalakkan untuk yang berlainan jantina. Em sama-sama lah kita menjaga pandangan okay :)

2. Jangan pilih kasih

Nak bercakap dengan orang jangan pilih kasih. Sering dilihat dalam kerja berkumpulan kot. Si ketua asyik bercakap dengan si A manakala si B dibiar saja. Mungkin A ni anak Dato Seri Paduka Doktor bla bla. Jadinya si ketua menjaga hati si A ni saja. B pula anak orang biasa saja.

Please avoid untuk berpilih kasih bagai ni. Ini bukan menunjukkan kau bagus tapi, kau ni memang mata ( isi sendiri ). Dengan siapa pun kau bercakap, tolak tepi segala jenis pangkat dia atau siapa pun dia.

Image result for cakap dengan hikmah

3. Dengan kadar tenaga yang sesuai

Okay yang ini pula. Contohnya kau nak bercakap dengan orang depan kau saja. Tapi, suara kau tu macam nak bagi satu dewan dengar. Boleh faham? Tapi, bila kau nak bagi arahan untuk satu dewan, orang depan kau pun terpinga-pinga. Ni biasa terjadi dalam kelas. Berbual dengan kawan depan mata macam nak bagitahu satu kelas. Tapi, bila buat presentation depan kelas pun cikgu tak dengar. Ok ada kawan macam tu pelangkung pakai kerusi saja.

Jadinya, kalau bercakap/bagi arahan dengan orang depan mata, gunalah suara yang sesuai. Intonasi yang tak perlu nak menjerit bagai. Dan kalau bercakap dengan orang yang ramai, jangan berbisik. okay?

Image result for cakap dengan baik

4. Transfer your feeling

Ha! Fikir apa tu? Maksud tranfer your feeling ni adalah apa yang disampaikan mestilah selaras dengan hati. Faham? Okay contohnya :-

'' Minah, Bang Li suka Minah " kata Ali kepada Aminah.
" Iya? Minah pun suka sangat dengan Bang Li" bohong si Aminah kepada Ali kerana dalam hatinya hanya ada Abu seorang.

Lulz ni je aku mampu buat dialog. Aku pernah cuba step ni. Hati aku mengarahkan aku untuk menyuruh seorang budak buat sesuatu dan lidah aku mula menurut perintah dan berjaya! Gila ap aku cakap ni ya Allah! Faham-faham kan lah ya.

Kesimpulan merepek aku diatas adalah, apa yang kau nak cakap mesti sama dengan hati kau. Jangan pulak kau nak burger tapi, kau cakap nak sate. Tak ke gila tu?

5. Dengan sentuhan 

Last step! Aku tengok step ni biasanya cikgu yang buat. Sambil suruh pelajar buang sampah dia pegang bahu pelajar. Dengan sentuhan ni dia macam berkesan weh. Aku tak pernah buat. Takut jugak jakgi kena pang sekali. Sentuhan ni macam transfer feeling kot. Boleh cuba je kalau nak. Kalau kau tengah nak bagi arahan, kau pegang bahu si penerima arahan.

Ni untuk lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan okay.


Dah selesai. Moga bermanfaat. Apa yang aku sampaikan ni aku dapat dari Abang Ngah. Motivator dari Step Exito. Bangah, saya share ni! :) 

N O T A H A T I :- Aku suka lagu Nastia. Gila cool wa cakap lu. Aku tak tahu istilah orang muzik. Lagi-lagi bila diaorg cakap suara first, second, third. Aku cuma tahu orang yang first nyanyi tu suara first. Entahlah labu. Aku tak ambil muzik. Okay cuti dah nak habis! So welcome back to school guys . adios!