20200110

Comfort zone is over geng

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim

Sedikit awkward untuk mulakan apa-apa. Aku tak update selama setahun kot. Apo gila busy bonar ya awak huda. Haha but ya alhamdulillah everything is fine. Aku sihat malah makin sihat, harapnya sesiapa yang jenguk kemari pun sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya. So lets start!

Okay sebelum aku pergi lagi jauh, aku ringkas kan sedikit apa yang berlaku pada aku dalam tempoh setahun sunyi sepi ini. Awal tahun 2019, aku dapat result STPM. Alhamdulillah keputusannya elok, mencapai target aku. Kemudian, mohon UPU dan keputusannya alhamdulillah juga. Aku dapat pilihan pertama aku daripada 12 pilihan iaitu Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Ya saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada warga UUM. Peh tiber. Hahah nanti aku cerita lebih sikit berkaitan kos aku tu. Kemudian, aku mulakan semester pertama dari September/2019 sampailah awal Januari/2020. Alhamdulillah aku dah pun seat for my final exam. Dah balik dah pun untuk cuti semester. Jauh di sudut hati, berharap keputusan akhir semester pertama ni boleh membanggakan hati kecil ini. Amin.

By the way, untuk entry kali ni aku lebihkan kepada cerita di negeri orang lah.

Sumber : Google Image

Aku pasti semua orang tahu UUM terletak di Sintok, Kedah. Orang kata tu hujung dunia. Dah lah dalam hutan, hujung dunia pula tu. Hujung dunia tu sebab aku dari Johor lepas tu tercampak dekat Kedah. Hujung ke hujung deknon. Jangan offended okay. Hahaha time aku tahu aku dapat UUM tu, aku call mak aku terus. Aku tak menangis aku tak apa. Aku macam clueless. Tak tahu lah sebab faktor masa tu tengah kerja ke apa tapi aku speechless lah. Sebab aku rasa jauh kot. But well aku tak menangis which is good. Tapi runsing. ahhh aku pun tak tahu lah apa aku rasa time tu.

Hari yang dinanti-nanti pun telah tiba. Aku dedor weh sebelum daftar tu. Aku excited tapi dalam masa yang sama hati aku tak rela. Banyak faktor yang mempengaruhi aku masa tu. Huhu sedih chui. Silap silap.. aku tak ada ambil gambar barang-barang yang aku angkut pergi sana. Dia tak ada lah banyak cuma tu lah aku fikir ke depan sangat. Sabun-sabun, segala stok makanan yang sepatutnya aku boleh beli dekat sana, aku angkut juga dari sini. Itu silap pertama tapi dimaafkan. Semoga nak naik sem dua ni tak buat perangai macam tu ya.

Hari daftar tu aku datang lambat sikit. Nak datang awal mula-mula tu sebab nak dapat bilik yang okay. Em tak tahu pun bilik okay tak okay macam mana tapi ya lah expectation datang awal, dapat bilik okay. Tapi padahal sama je haha. Okay disinilah aku mula kenal roomate aku. Aku rasa sangat bersyukur alhamdulillah sebab aku ada roomate sebegitu untuk first sem ni. Allah sangat tahu orang yang macam mana boleh handle aku. Ha gitu dan disini juga lah kita dapat lihat detik lemah seorang huda apabila kena tinggal dengan mak dia ya. Allahu semuanya masih segar diingatan ya anak-anak. 

Aku ni anak bongsu tau. Tak pernah tinggalkan rumah, family dari lahir lagi. So can you imagine how sad i am bila mak nak tinggalkan aku dekat situ? Bukan setakat sedih sebenarnya. Aku rasa macam a part of me pergi tinggalkan aku. Allahu rapuhnya aku saat tu rasa macam memang nak ikut balik. Semua perasaan bercampur baur, dengan tengok orang lain cukup mak ayah pergi hantar, dengan tengok orang lain asal bawa barang sikit sangat ni. Aku bawa barang macam nak pindah. Lepas tu aku fikir macam mana nak survive. Aku fikir lagi boleh ke aku hidup dekat sini. Ya side pesimistik aku keluar dengan penuh kejayaan. 

Alhamdulillah bermula minggu orientasi, maka bermulalah seorang huda nak sesuaikan diri di tempat orang yang jauh dari negeri asal. Aku call mak aku hari-hari time orientasi ni. Setiap kali call, setiap kali tu juga aku menangis. Aku memang cengeng gila time ni. Tapi mak selalu bagi motivation supaya kuat. Macam-macam mak aku cakap supaya aku kuat dekat sintok tu dan kata-kata tu lah jadi penguat aku setiap hari untuk terus hidup. Ya time tu yang aku perlu hanya hidup. Nak jadi apa, jadilah. Apa yang penting aku hidup. Hahah sabar je lah. Aku menangis tiap kali family contact aku. Tak kira abang-abang aku ke kakak-kakak aku, memang menangis. Part ni aku bersyukur sangat ramai orang yang supportive. Even diaorang buli aku ke apa, tapi bila aku jatuh diaorang ada. Alhamdulillah. Ok nak upah. Dah puji ni :p gurau gurauu. 

Lepas tu, time video call ada anak-anak buah aku, menangis juga wehhhhhh. Tahap rindu dekat Sofia, Adam dengan Dhuha rasa macam ya Allah, jangan bagi diaorang lupa aku. Thats why aku cakap aku rasa macam kena tinggal. Sebab orang-orang yang aku sayang tu jauh sangat. Sampaikan ada satu masa tu kakak aku call, aku terfikir nak tukar universiti. Paling dekat dengan rumah aku, ada UTHM. Aku pernah terfikir nak tukar ke situ atas sebab tertentu. Aku cakap dengan dia aku nak pindah. Tahap tu aku dah tak boleh go dengan apa benda aku hadap dekat situ. Padahal tak ada apa teruk pun aku hadap tapi mental aku koyak teruk. Tahap teruk tu sampai cara aku nak survive, aku all out dalam setiap aktiviti time orientasi tapi, bila nak tidur aku akan menangis. Haha aku tak ada buat apa pun, tapi aku jadi budak paling baik, tepati masa, time malam MSK tu aku all out gila-gila sampai hilang suara dan mak ingat aku demam. Hewhew

Fasa menangis setiap hari berlarutan sampai mak kata, kena call 2 atau 3 hari sekali. Tak boleh call setiap hari macam ni. Sebab ye lah lemah bonar ekau ni da. Eh mak aku tak cakap macam tu tapi ye lah macam mana nak kuat kalau macam ni. Ha gitu. So ya aku call 2/3 hari sekali macam tu. Alhamdulillah aku fully okay selepas 3 minggu dekat situ kot atau sebulan? Lama lah cerita dia. 




I should choose other photo kan. For now, biar dulu. hahah

Dah start kelas apa semua, alhamdulillah. Tapi mental aku kembali rapuh apabila aku kena belajar sejarah. Dude, i never know i will learn history. Likeee whyyyyyyyy history??? Ya silap aku sebab tak buat reasearch pasal course aku tu. Belajar dalam kelas Bahasa Inggeris tau. Padahal apa yang aku belajar tu, aku belajar masa tingkatan 6. Tapi kali ni aku belajar dalam Bahasa Inggeris. Ya Allah memang aku blank weh. Haih tapi tulah tu hahah nak hidup, koyak. Nak belajar, koyak. Tengok orang lain terlebih pandai pun koyak. Serius aku rasa macam aku salah course ke ni. Hampir setiap kali habis kelas, aku keluar aku rasa aku tak belajar apa-apa. 


Hahah tapi, dengan segala pahit manis ngadap semua subjek tu akan jadi ikhtibar lah untuk semester akan datang. Masa sem 1 ni aku jumpa juga beberapa jenis manusia yang banyak aku ajar macam-macam. Jenis yang betul-betul buat aku terduduk. Jenis yang buat aku koyak teruk. Jenis yang buat aku termenung fikir nasib sendiri. Jenis yang buat aku rasa jangan percaya orang walaupun orang tu paling rapat dengan kau. Ada banyak lagi tapi itulah antara yang betul-betul mencabar mental dan hati seorang huda. Entah lah aku rasa semester pertama ni adalah proses membentuk mental aku supaya jadi kuat dan tak mudah koyak. Orang yang kenal aku tahu yang aku jarang koyak dan susah gelabah. Tapi kat sini, hamekkkkkkk terciduk member hahaha

Settle KPO dengan mantan :)

Tapi kegelapan akan pudar bila datangnya cahaya kan? Eceh tiber. Minggu kedua aku dekat sana, aku nampak poster kelab Johor ni cari exco kepimpinan baru macam tu lah. Dia buat interview gitu. Aku pun pergilah dengan niat saja-saja dan teman kawan. Tapi realitinya aku amat tidak suka segala sesi interview sebab tak suka lah. Hahah so ya aku pergi interview dengan tak ada prepare apa-apa. Datang bawa badan sebab otak dan hati entah tertinggal dekat mana-mana. Bila masuk bilik tu berdua dengan kawan aku tadi. You know what, surprisingly aku happy sebab aku jumpa orang Johor yang lain. Aku mula sedar bukan aku sorang je budak Johor yang kejauhan dari family semua. Bila datang interview saja-saja tadi tu, aku memang tak expect aku diterima ke apa lah. Satgi time kelas history dapat whatsapp yang mengatakan anda diterima yada yada. Aku tersenyum seketika. Eceh berbunga lah sikit hati member. 




Jujur aku cakap, disaat aku rapuh, bila jumpa budak-budak Johor ni, aku rasa happy. Macam jumpa family. But actually diaorang memang family pun. But ya faham kan perasaannya. Aku rasa macam hidup sikit. Okay done puji. Maleh ah puji-puji hahahah btw, aku masuk kelab ni bukan jadikan aku assabiyah ke apa tau. Please dont think that way. You know, i'm kinda person yang susah nak rapat dengan orang. I've that kind of problem that i find it's hard for me to survive lagi-lagi dekat tempat orang. Tapi bila aku jumpa diaorg, aku rasa selamat. Sebab diaorang family. Wallahi aku bersyukur sebab Allah gerakkan hati pergi interview etc. Alhamdulillah aku jumpa budak-budak masuk air ni hahah plus, diaorang sangat memahami. Allahu dah tu je. Sebak rasa hahahah






More dinner with you guys insyaAllah :)
Aku rasa sampai sini sahaja aku coretkan cerita permulaan aku di UUM. Aku tengah cuti ni so dengan harapan yang agak tinggi, aku akan update banyak lagi lah. Even merapu tapi, sebenarnya ini antara platform atau medium untuk aku build my confidence level gittew. Atau lebih tepat medium untuk membebel. Hahaha maybe untuk next posting, aku share pasal course dan roomate. Ha apa tu yang special sangat pasal roomate aku ni? jeng jeng tak ada apa pun. 

By the way, perjalanan baru ini adalah titik permulaan hidup aku yang sebenar. Sesungguhnya ia tidak mudah. Langsung tidak. I'm struggling each day to stay alive dan till now aku masih mencari kekuatan untuk sentiasa kuat bila dekat sana. Huhu aku harap dengan coretan ini, akan jadi penguat aku bila rapuh nanti. Kalau nanti-nanti aku baca, aku harap diri aku tahu yang aku pernah jatuh dan aku pernah bangkit lagi. Bukan terus jatuh dihimpit emosi sendiri. So ya bubai. 

N O T A H A T I : degree life is tough weh. soalan final haritu aku rasa tahap goreng tu hangus lunyai duh. wiwiwiwiwiwiw selesai first semester guwe. dear strangers, doakan saya please :) moga kita sama2 capai redha Allah dan berjaya dunia akhirat okie! see you when i see you!

huda dan acah comel berpisah tiada