20160114

New Year! and i'm late. [ ada tips ]

Assalamualaikum

Hai! Seriously dude? Lama sangat aku tak update apa2. Alhamdulillah i'm still alive. Still can eat, can eat, can eat, and can sleep. Hasilnya berat aku naik. Engko ghase? Stress duh. Too many works. Too many things to think. Too many homework. Hikhok yelah normal lah form 5. LAST YEAR. Hahahaha alhamdulillah syukur. My new big step began already. Masih bertatih untuk berdisiplin dengan jayanya. Form 5 is not easy like makan coklat cadburry bapak sedap yang buat aku gemok. So sementara aku rajin ni aku nak bagi beberapa tips for form 4 students tahun depan, tahun depannya, tahun depannya dan seterusnya. Harap membantu.

Aku cakap based on my own experiences yang sangat membuka mata jiwa hati aku. So here we go. Ok before korang naik form 4, of course u ambil PT3 which is SANGAT-SANGAT akan menentukan kemana korang selepas exam PT3 tersebut. PT3 tu not easy like u eat ayam goreng kalau tak study. Kau kena study. Malas macam setan mana pun, kau kena paksa diri study kalau tak, kau akan menyesal. Ewah. Tapi serius.

2nd step :- Kau dah study tu, of course you will do your very best masa menjawab papers kan? Okay bila hari result keluar tu kau doalah banyak-banyak. Fuh Fuh sikit kiri kanan. Eh tak gurau saja. Bila dah dapat result, please jangan down macam tiada lagi hari esok bagimu. Tapi, kau bersyukurlah and at the same time kau kena prepare mental untuk form 4. Which is kau akan ditentukan masuk aliran mana bla bla. Aliran tu akan ditentukan berdasarkan psikometrik punya result dengan result PT3 kau.

3rd step :- Let say kau dapat aliran akaun, kau fikir elok2. Ada certain sekolah, aliran akaun dia ada subjek Ekonomi Asas + Addmath + Prinsip Perakaunan. Ada sekolah lain, Addmath + Fizik + Chemist + Prinsip Perkaunan. Tengok sekolah lah. Dalam masa kau nak fikir elok-elok ni, tolong ketepikan soal pesimis kau. Kau takut bawak ke, kau rasa benda ni susah ke, kau tak minat ke apa ke please ketepikan.

Sebabnya pengalaman aku, aku minat sains tulen. Aku nak jadi doktor. Haha aku nak ambil biologi sebab nak jadi doktor. Bila budak sains tulen cakap susah, hm kalau aku lagi kelaut agaknya. Dehek puih haha tapi, rezeki tiada. Aku diberi aliran sastera which is aku ambil akaun, ekonomi + addmath dan subjek2 teras. Aku memang dah digembar gemburkan yang addmath ni susah gila. Demyu. Lepas tu, akaun tu untuk budak pandai SAHAJA. Kau dapat rasa tak perasaan aku ketika itu? Sebulan dua baru naik form 4 tu memang aku hilang semangat. Yelah aku bukan budak pandai weh. Aku punya result memang hancur berdebu. Aku tak layak ambil akaun dengan add math tu. Serious talk. Lepas tu mak aku motivated aku gila2. Sobs. Kalau ada masa aku share apa yang telah dimotivasikan kepada aku.

Lepas aku dah belajar akaun tu.. tak lah susah mana pun. Konghajo betui siapa cakap susah gila babun subjek akaun tu. Dia banyak format je lah. Halahhh tapi untuk addmath, kau kena hadap sendiri. Kau kena buat. Sebabnya, ada budak cakap susah ada budak cakap senang. Addmath ni jangan ikut orang. Samalah macam aku time darjah 6. Matematik aku kijenya tak pernah dapat A sampai masuk kelas pemulihan tiap pagi. Sebenarnya tak susah tapi malas fikir. Gitulah. Hm macam takde kaitan je kau cakap ni da.

4th step :- Kalau kau rasa, nak teruskan dengan aliran yang kau dapat, please buat yang terbaik. Setiap subjek yang susah tu namanya cabaran. Cabaran tu buat kau lagi pandai. Dunia sekarang ni dah mencabar. So soalan yang mencabar tu hanya preparation untuk kau hadapi dunia sebenar nanti. Tapi, kalau kau rasa kau tak nak aliran yang diberi, tolonglah pilih betul-betul. Tolong. Jangan sebab kau suka biologi, kau pergi masuk kelas ada sains tulen. Pastu exam kau main tibai jawab fizik chemist tu tapi, biologi kau skor. Hamboi banyak kacak? Solat istikharah ok?

Apa pun plan yang Allah bagi tu, itulah yang terbaik. Jangan merungut please. Tak ada satu benda pun yang senang dalam dunia ni. Kau makan pun kau usaha dulu. What ever decision yang kau nak buat, doa banyak2 pada Dia. Minta diberi petunjuk, dilapangkan hati. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Stay positive ok :) Aku cakap pasal ni sebab terfikir. Cadangnya nak menulis time cuti haritu tapi, meles benget deh. So takpelah eh hehe.

N O T A H A T I :- Sekolah dah bermula 2 minggu. I am a big senior now. Form 5 uolss. Kau rasa berkuasa gila Hukhuk. Taklah aku lagi suka bersendiri di tepi koridor. Ewah. Okay haa kalau ada yang tetibe berminat nak tanya apa2, silakan. Tu pun kalau. Aku rasa syok sendiri je sekarang. Huhu kbai. adios!