20130924

Khas Untuk Yang Tersayang.

Assalamualaikum

Hello! *rindu camping haritu. nak bagi diam, fasi cakap HELLO. pastu semua bagi perhatian. Ouh! rindu kak Lola Abg Fai Abg Shae Kak Shida Abg Topiq. Haha Ok Tetibe kan.. Ye memang aku rindu gaban dengan camping. Problem? Ok sudah2. Apa khabar saudara seIslam? Semoga sihat. Alhamdulillah.

Tadi aku buat kuih traditional. Ecewah. Kuih Buah Melaka. Sedapp. Oh ok lulus tak jadi menantu? Haha gurau. Ok tadi keluar time nak otw balik rumah tertengok seorang budak kecil ni kat tepi jalan. Baru nak puji comel sekali bila dia ternampak kawan dia mungkin, dia tunjuk isyarat yang bagi aku agak biadap. Haaa terus tak jadi nak puji comel. Kalau dia bagi salam, mungkin aku cakap dia triple comel. wiwiwi

Budak2 sekarang suka ikut apa yang selalu ditunjukkan depan dia. Faham ke? Haaa kalau abg2 atau kakak2 suka membebel, dia pun suka membebel. Kalau kakak2 atau abg2 dia suka dating time sekolah, memang akan ikutlah InsyaAllah. Kalau orang dewasa dihadapannya suka mencaci sana sini, dah besar dia juga begitu. Budak2 cepat belajar apa yang selalu dia tengok. So, berhati2 dengan segala perbuatan kita.

Baru aku sedar kenapa bila adik2 buat silap, kakak2 atau abg2 juga kena tempias. Adik2 akan kena marah bila cakap 'bodoh' bila sakit hati dengan orang. Perasan tak? Macam mana diaorg belajar? Dari akak abg jugaklah. Sedar atau tak? Nak marah budak kena guna kaedah psychology. BUKAN tengking. Bukan Mencaci. Bukan. Bukan. Kena guna kaedah lembut. Budak2 sukakan kelembutan. Akak, abg kalau taknak kena tempias, tunjuklah teladan yang baik.

Kalau bukan kita sebagai akak dan abang yang nak tegur dia sapa lagi nak tegur? Mak ayah? kasihan dieorg. Kena kerja itu ini. Kita ni mesti berfungsi ya. Kita juga berfungsi untk mendidik. Mendidik adik2. ecewah gaya macam ada adik. Haha. tapi, aku malu sendiri bila tengok adik2 dah reti cakap 'babi' 'bodoh' 'sial' dan sebagainya. Serius malu sangat. Rasa macam nak campak orang2 yang ajar dia tu masuk kandang harimau. Awww! Eh hmm tak itu bunyi harimau jinak. ok.

mungkin abang dia suka menjerit kat dia. so, dia jerit kat abg dia pulak. 
dalam erti kata lain, ''what you give, you get back.''

Jangan cakap lah budak2 ni kena diajar kasar supaya nanti dah besar takde lah manja sangat. HAHA. ini lawak. Kasar tapi biadap tak guna. Kalau kasar tapi pandai beradab itu ok. Faham ke? Aku tahu dan faham setiap budak tu lain cara mendidiknya. Aku tahu juga yang aku takde adik bukan bermaksud aku takde nak cakap pasal ni kan? Aku ada hak rasanya sebab aku KESIAN tengok adik2 seIslam dengan aku sekarang.

Kalau adik2 tak diajar dari sekarang, macam mana dengan dunia kita 10, 20 tahun akan datang? Adik2 sekarang bakal jadi pemimpin nanti. Kalau pemimpin pun nanti biadap, tak boleh nak kata apa lah. Hurmm maaf bahasa kasaq sikit.


Akak, Abg. Kita semua bukan sempurna pun. Sebab tu kita saling memerlukan. Sebab tu kena saling tegur antara satu sama lain. Kita dilahirkan di dunia ada sebab. Sebab kita ni sebagai khalifah di dunia. Setiap manusia ada amanah. Amanah yang diberikan bukan main2. Amanah akan jadi berat kalau kita tak reti jaga amanah lah.. hehe

N O T A H A T I :- Aku tak sempurna. Sebab tu aku cuba untuk menegur. Supaya nanti bila aku tersilap langkah, ada sudi yang menegur. Semoga Allah redha :) 

20130914

Adil dan Tolong Beradab

Assalamualaikum

Semua orang memang lain hati, lain perwatakan, lain jawatan, lain pangkat, lain umur.

TAPI

Itu bukan satu tiket untuk awak biadap dengan orang yang lain umur, takde jawatan dan sebagainya. Kita semua manusia. Sama je di sisi Allah. Kejap ek. Pada aku lah. Better orang yang kurang harta tapi beradab daripada orang yang banyak harta tapi biadap. Ok nampak tak?

Nak cerita. 

Semalam pergi beli air. dekat kedai. Ramai orang. Lepas ambik air kena beratur untuk bayar. Ruang antara aku dan orang depan jauh sikit. Untuk sampai ke giliran aku adalah dalam 4 orang. Dah beratur tu tetibe ada dua orang perempuan menyelit. Terkejut. Rasa macam eh aku ni halimunan ke? Aku hanya mampu diam. Dah nak sampai giliran aku ada seorang lelaki pun menyelit. Ya Allah rasa macam nak ketuk kepala sendiri. 

Macam ni ke negara yang maju? Negara yang maju apabila rakyatnya dah maju. Maju bukan dari segi ekonomi je. Tapi, maju dari segi sikap dan adab juga. Ouh k negara kita dah maju *bangga. 

Oh mungkin ada yang kata ''mengalah je lah. tak luak pun. dapat pahala lagi.'' senyum. Memang aku mengalah. Memang aku sedar susah nak ubah sikap manusia. tapi, kalau manusia sedar lgi ok kot. Kan? Ok senyum lagi. Aku bukan nak tunjuk baik ke apa. Tapi, sebab aku duduk dalam negara ni. Aman. Makmur. Sejahtera. Aku rasa ada hak lah kot nak menegur even bukan secara berdepan. 

Ouh positif. Maybe dia nak cepat. Ouh maybe dia rabun jadinya tak nampak orang. Ouh maybe aku tengah buat silap mata sampai buat diri sendiri terhalimunan. Aku tak tahu dan dia tak perasan. Ouh mungkin dia nampak aku tengah berangan. Ouh mungkin dia fikir aku budak kecik, bermakna aku bagi je. Pheww. Penat. Walau apa pun alasannya, beratur lah. Kalau nak sangat menyelit, cakap lah. Tak kena makan pun. 

#Kawan, lain kali behave ok. 

Kata kena jadi contoh kepada yang muda. Kan? Kalau macam ni lah gayanya, jangan rasa pelik lah kalau yang muda jadi tak beradab jugak. Hmm tapikan akak abang, tak terlewat lagi nak mengajak adik2 macam saya ke arah kebaikan. Takde apa yang terlewat. Ada masa lagi. 

Apa yang kita buat, orang yang nampak akan ikut ikut dan ikut. Kesimpulannya, buat lah perkara yang elok2 supaya manusia ikut. kita pun dapat pahala InsyaAllah. 

Bercakap guna bahasa yang lemah lembut. Rasulullah SAW orang yang sangat2 hebat pun bercakap lembut. Contohi lah Baginda. Baginda adalah contoh yang terbaik. Jangan berkata kesat. Percaya tak apa yang kita pernah cakap itu ini kat orang, kata2 tu akan balik semula kat kita. Percaya? Itu lumrah hidup. What you give, you get back.

Ditegur maknanya di sayang. Bukan dibenci. Terimalah teguran. Walaupun teguran tu simple, tapi sebenarnya bermakna. Jadi manusia biar beradab jangan biadab-- Smile :)

N O T A H A T I :- Pointnya suruh beradab dan adil. Jadi manusia jangan rasa bagus sampai buat sesuatu tanpa fikir kesannya. Ohhh Selamat Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus aman sejahtera. Semoga Allah redha :) 

Mungkin terakhir ~

Assalamualaikum.

Ya. Akhirnya dengan izin-Nya jari jemariku menari kembali. Haha. Alhamdulillah. okeyh dah macam bagi ucapan. Akhir2 ni sibuk. Sampai tak sanggup nak curi masa untuk tengok blog. Busy buat folio. Itu dan ini. Ok tak perlu mention semua tu tapi ada saya kisah? wiwiwi. Okeyh. Ada kesempatan ni nak gosip pasal merdeka raya haritu. Sebenarnya dah start kekok. Tak tahu nak cakap apa. Kuikui

Kawan, tak tahu lah kita ada kesempatan lagi ke tak nak makan sama2, siap sama2 untuk tahun depan macam tahun ni. Allah je tahu. Sesungguhnya aku rindu kalau tahun depan takde rezeki untuk kita merdekaraya sama2 lagi. Sungguh. Sumpah. Rindu.

Kadang2 terfikir. Macam mana kita boleh rapat ek? Padahal bukan semua dari sekolah rendah yang sama. Haha. Tahu tak. Time raya hari tu aku tak minta maaf dengan kalian. Tahu ke tak? Hmm. 

Kawan, 
Perjumpaan kita tidak dirancang
Nanti perpisahan juga rahsia
Bagai adik-beradik darah berlainan
Kasih pada kalian sukar diungkap

Kawan,
Jam berdetik tidak dapat ku bekukan
Maaf atas semua kasarku
Maaf kerana kata lancangku
Maaf kerana marah
Aku tak berniat
Mulut ini terlalu terburu2
Maaf seribu kali maaf

Kawan,
Andai ini kali terakhir
Jangan kau cari aku
Kerana aku ada, cuma jauh
Sayang tak dapat diungkap 
Ikhlas tak dapat dikata

Kawan, 
Sungguh aku bersyukur kerana ada kalian
Sejujurnya aku bukan selayaknya digelar kawan
Aku jahat
Aku ego
Aku selalu ingin menang
Maaf tika memerlukan, aku lari
Maaf. Biane. Sorry. 


Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. Semoga kita ada masa boleh menggila lagi sebenarnya. Wiwiwi sayang kalian 10000000 x 10000000 x 1000000000 x 1000000000 x 3 x 4 x entah. Tak dapat kira kan? Ahaaaaa :P Sayang kat korang tak terkira. Eh sweetnya. Hahaha muntah pelangi.

N O T A H A T I :- Aku bukan budak puitis. Eh sorry masuk gmbar lambat. Oh ya. Tolong jangan paksa orang lain kalau dia tak nak. Tolong jangan syok sendiri. #Random. Aku bukan manusia sempurna. Semoga Allah redha dengan persahabatan ni ! ^_^