20150522

Salah Ke?

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Hailo mailo! Apa kabar? Asal rasa awkward dol --' Okay let me relax myself first. Aku masih dalam exam week sebenarnya. This sunday insyaAllah last paper. Wuhu! Aku tak rasa the result will be gempak cikacikabom. Ada paper yang tough sangat. Pastu nangis gembeng betul minah ni. Haha ok abaikan. Actually i dont want to share about exam dekat sini. Oh ya! Blog ni kan dah tukar link. So sesiapa yang macam eh ni blog huda ni! Kenapa dah tukar nama? Sebab.. tak nak orang baca. Eh tak bukan macam tu. Tapi macam this is my blog so sekati i lah *emoji wasep angkat tangan sebelah*

Itu bukanlah yang aku ingin sampaikan. I just want to share something. Beberapa hari lepas, aku berjalan di youtube dan aku ada dengar satu lagu ni. Memang ramai gila dok cover lagu tu dan aku tak kisah pun. Dan aku tertarik dengan satu cover oleh seorang perempuan dan aku tengok komen-komen dia. Ada satu komen ni dia cakap macam ni, "... suara seorang perempuan adalah aurat..." dan aku terkejutnya ada yang tak dapat terima komen baik tersebut dan siap kutuk. The end.

Image result for menasihati

Persoalannya perlu ke kutuk? Persoalannya salah ke makhluk Allah itu tegur? Mungkin not really proper tegur macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia ada effort untuk tegur benda yang salah. Walaubagaimana pun Rasulullah telah mengajar how to tegur/nasihat orang dengan hikmah. Ya mungkin ada yang cakap, tak salah untuk dia nyanyi kan suka-suka je tu atau biarlah dia n bla bla. Kita ada akal, we should think wisely before do something atau cakap apa2. Seriously kita hidup akhir zaman sangaaaaaaaat banyak dugaan dan cabaran.


Image result for menasihati

Tapi..
Sungguh, aku tak sempurna.
Masih banyak cacat celanya
Aib aku pun Allah simpan
Kalau Allah tunjuk,
Mungkin aku ini lagi teruk daripada segala jahat dunia.

Jom jadi baik? Jomlah.. nanti boleh jejak kaki kat syurga sama sama :)

N O T A H A T I:- Hei sista brada, aku hanya cakap apa yang aku mampu dan maaf jika keterlaluan. Kalau ada yang tersakitnya tuh disini, komen di bawah entry ni. Kalau aku perlu untuk delete this post, aku akan. InsyaAllah. Oh ya.. Kalau Allah nak tunjuk, takde apa, takde siapa, takde kuasa yang mampu halang. Allah lah yang paling berkuasa :)

20150514

Death Note

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang tengah bulan exam. Tinggal 5 subjek je weh! Dan aku sempat update blog. Syabas da XD I need something to relax my mind. Aku macam nak gi snorkelling lah. Celah mana tah nak snorkelling kat sini. Takde laut jernih pun T.T Okay lulz haha semua ni hanya impian yang tak kesudahan.

So, siapa pernah tengok cerita Death Note? Angkat tangan! Yeah same with me aaa i watch the movie part 1 and 2 also meh. Okay ehem. Gila best kot! L tu handsome kot. Aku tergelak kot time dia jatuh kerusi. Okay dah. Bukan ini yang sebenarnya aku nak sampaikan sebenarnya. Aku tak sure maksud death note tu. Maleh den cek kamus. Lagi pun paper english dah lepas. Hikhik

Mati -- suratan takdir.
Yang tak terlewat
Yang tak terlajak
Walau sesaat

Pangkat harta,
Rupa usia,
Yang dipandang sepi tiada halangan

Jika mati kerana kemalangan, kemalangan itu hanya sebab. Sedangkan itu sudah ajalnya. Kita tengah tidur pun Malaikat Izrail boleh cabut nyawa. Tengah makan dah tercekik pun boleh. Tercekik itu hanya sebab. Padahal itu sudah masanya.




Aku suka Ustaz ni. Ceramah dia santai kot. Tergelak2 aku tengok kot. Tapi, banyak sangat info. Alhamdulillah. 

Apa pun, redha dengan segala ketetapan Dia. He knows the best for us. Dan suatu hari nanti, tempat kembali kita hanya pada Dia. Aku sedang belajar untuk terima segalanya untuk jumpa dengan hikmah yang Allah sediakan. Dan kalau aku mati, ini sajalah peninggalan ku. Tulisan yang tak ku bawa pergi. Hanya kenangan mengganti diri. Jangan rindui yang telah pergi. Mati dan hidup hanya dipisahkan dengan satu garisan. Garisan itu hanya dunia. Nanti, di Syurga kita jumpa ya. 

Image result for allah thanks

N O T A H A T I :- Kalau kita berharap sepenuh hati hanya pada Dia, Dia akan tolong. Allah tak akan merumitkan. Aku ada Allah sampai bila-bila.