20140315

Dunia. Hidup. Ujian.

Assalamualaikum

Long time no see woo. haha Hai. Heyyo. Holla. Dah terlalu lama aku tak menulis panjang meluahkan apa yang dirasa. Tadok masa. Kena faham .. aku seorang pelajar yang sentiasa penuh dengan aktiviti-- minta penampo. On twitter 24/7 boleh pula. Haha bab intro aku memang lemah. Kena faham ..

Hari2 kita dengar tentang musibah itu dan ini. Kemarau. Jerebu. Kehilangan pesawat MH370. Maksiat berleluasa dan sebagainya. Tahu satu perkara? Bumi makin tua. Makin penat dengan segala jenis maksiat yang dilakukan oleh manusia- manusia. Jangan tanya mengapalah kalau kemarau, jerebu. Tanya hati. Tanya diri. Apa yang aku dah buat sampai sebegini rupa dunia kini. Manusia masih leka? Masih seronok dengan dunia. Sampai bila? Tepuk dada tanya iman.

Harini dah masuk 7 hari kehilangan pesawat MH370. Ini merupakan ujian bukan untuk penumpang pesawat tersebut sahaja, bahkan ujian untuk kita semua juga. Tak kiralah peristiwa ini sudah dirancang ke, terhempas ke apa2 sekalipun, ini sudah tertulis. Ini takdir. Siapa kita nak menidakkannya? Kalau Allah kata 'Kun, Fayakun', tiada siapa boleh halang. Manusia mungkin terlupa tentang itu.


Semakin hari, semakin kita dekat dengan jodoh yang bernama Kematian. Sungguh kalau ditanyakan pada aku, aku akan jawab aku belum bersedia. Masih belum cukup timbangan amal. Masih banyak urusan yang belum selesai. Tapi, sampai bila nak tunggu bersedia? Mati tak kan tunggu kita. Malah sedang megejar kita.

Sedarlah manusia.
Dunia makin tenat.
Sampai bila mahu begini?

Hingga tiupan yang pertamakah?
Dunia tidak menunggu kita.
Hari 'itu' akan tiba
Tidak diketahui bila
Tapi boleh jadi bila kita sedang terlalu selesa dengan nikmat dunia

Kiamat menghampiri
Tarikhnya masih misteri
Hanya Allah yang mengetahui
Kita perlu bersedia tanpa henti

Kembalilah kepada-Nya. Dia Maha Mengampun. Allah tidak kejam. Pintu taubat masih terbuka luas.




N O T A H A T I :- Maaf senang diungkap, memaafkan suatu perkara sukar. Tak perlu menafikan. Aku faham sendiri tanpa perlu penjelasan. Alhamdulillah aku manusia yang akan pergi.