20140131

Dunia Umpama Jalan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah lama tak update apa2. Dah sampai tahap macam ni memang kena 'menganak tirikan' sikit blog dan sebagainya. Haha tetibe kan. Ini pun masa curi2. Padahal boleh lepak buat homework. Tapii saya manusia biasa. Baiklah. Harap awak dan awak dan awak sihat.

'' Dunia ibarat sebuah jalan.
Adakala sukar untuk dilalui.
Adakala boleh lalui, tapi banyak likunya.
Kerana sabar serta yakin semuanya ditempuhi dengan baik.''

Alhamdulillah. Betul kan dunia ni ibarat sebuah jalan. Banyak dugaannya. Banyak rintangannya. Ada masa kita jatuh sebab takut tak mampu. Adakalanya kita terlalu berani. Terlalu yakin walaupun tak tahu apa yang akan terjadi di depan sana. Kita yakin dengan apa? Kita terlalu berani sebab apa? Sebab kita yakin sebaik2 tempat bergantung hanya kepada Allah.

Pernah berjalan dalam hutan dan sesat? Atau kat mana2 lah lepas tu sesat. Pernah alami? Sampai sekarang ke berada dalam kesesatan tersebut? Tak kan .. Sebab apa? Sebab Allah. Tiada Allah, tiada kita. Tiada pertolongan atau kasih Allah, kita takkan jadi macam kita sekarang. Contoh, Allah bagi kita sakit. Ada Allah biar sakit macam gitu je? Takde. Allah tolong melalui ubat tu ha.. Memang susah nak telan ubat2 tu. Tapi, untuk sampai ke tahap yang baik, kita perlu melalui saat susah dulu.

Allah tak pernah biarkan kita sorang2.

Dulu Rasulullah banyak disakiti, dikhianati, dihina dan bermacam lagi. Tapi, Rasulullah tak pernah putus asa. Malah makin memperjuangkan Islam. Sebab apa Rasulullah begitu? Sebab Rasulullah tahu dan yakin bahawa Allah itu sebaik2 tempat bergantung dan sebaik2 pertolongan hanya datang dari Allah.

Untuk menuju ke sebuah kemanisan, akan melalui sebuah kepahitan dulu. Pernah makan gula2 sour? Kita akan rasa yang tak sedap dulu baru rasa yang sedap kan? Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan menempuhi dugaan, rintangan serta cubaan untuk meraih sebuah kebahagian. Mahal tahu sebuah kebahagian tu. Tak boleh dibeli dengan wang ringgit, harta mahu pun emas.


Tapi, ada juga manusia yang diuji Allah dengan pelbagai dugaan sepanjang hidupnya. Sampai akhir hayatnya tidak pernah merasa kebahagian yang panjang. Sebab apa? Sebab kebahagian dia di Syurga nanti. InsyaAllah. Semakin susah halangan yang kita tempuhi, makin besar kejayaan yang kita perolehi nanti.


Satu perkara yang aku selalu ingatkan diri sendiri :-

'' Follow the flow ''

Semua tindakan yang kita lakukan, itu semua sudah takdir hidup kita. Tiada yang nama kebetulan dalam hidup ni. Tak suka macam mana pun, aku akan teruskan juga perjalanan ini. Banyak mana pun halangan, aku percaya Allah takkan biarkan aku sorang2. Allah bukan nak menghancurkan kita dengan dugaan yang diberi. Tapi, Allah nak didik kita. Allah tak kejam :) 

Maaf kalau post ni lari dari tajuk. Dah lama tak bebel, lupa dah format. Cehh

N O T A H A T I :- Aku ini manusia pelik. Sangat pelik. Dah macam alien baru turun dari planet baru. Kadang2 kita hilang kita, lepas tu jumpa balik pastu lenyap balik. Faham? Semoga dipermudahkan segala urusan. Allah :)