20131130

Kosong.

Assalamualaikum.

Betullah kata org kan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Hmm tapi apa nak buat? Redha. Lancang sangat lidah ni. Aku bukan nak jadi cikgu BM ya hari ni. 2-3 hari ni rasa macam kosong. Tadi aku pergi Tasik Y dengan niat nak jogging sebab bosan duduk rumah. Bila dah sampai terkejut sangat. Rmai sangat orang. Baru aku teringat yang aku pernah terbaca satu banner yang harini ada pertandingan memancing amende tah. Bila tengok keadaan macam tu, aku jalan satu round pastu balik.

Perempuan dah memang takde sifat malu ke macam mana? Lelaki pulak nak tunjuk macho ke cane? Please guys, awak tu bakal pemimpin satu hari nanti. Kalau macam gini perangai serta sifat yang takde perasaan nak hormat perempuan langsung, hancur gamaknya dunia ni 10 tahun akan datang. Perempuan pula takde rasa macam hina semacam ke bila orang asyik tenung badan awak yang seolah2 tak berpakaian tu? Aku bukan nak menghina. ya memang rasa HOT bila dipandang, di'sweet' lelaki.

Aku pernah melalui rasa bangga bila dipandang lelaki. Tapi, yaa Allah dah tarik aku awal2 daripada terjerumus terus dalm zaman kejahilan macam tu. Rasa macam hina sangat maruah bila dalam keadaan macam tu. Allah malu TvT Aku tahu aku manusia hina. Tak payah cakap aku bajet lah ya. Ohoo :)

Ok chill huda. Hidayah tu milik Allah. Takpe. Ada masa lagi. Selagi belum kiamat, selagi tu pintu taubat masih terbuka. Aku pun banyak lagi dosa. Banyak sangt sampai tak terkira.

aku suka ayat Assyahid Ahmad Ammar ni.

Sudah sampai masa.
Kita dah tak lama.
Bila mana Allah arahkan Malaikat Izrail untuk tarik nyawa kita,
Masa tu, tiada masa Malaikat Izrail nak layan jika kita merayu untuk berjanji akan bertaubat kepada Allah.

Masih muda?
Dah tua nanti baru nak bertaubat?
Kalau awak mati masa awak tengah tidur?
Tak sampai waktu tua pun.
Haaa macam mana?

Sedarlah wahai saudara seislamku,
Dunia ni sudah pelbagai tanda kiamat sudah muncul.
Contoh:- Maksiat berleluasa, Anak2 derhaka kpd ibu bapa.
Haaa. macam mana?
Fikir. 

N O T A H A T I:- Tak tahu. Aku rasa macam kosong sangat. Macam dah takde hala tuju. Kehkeh. Maafkan aku ya. Aku memang suka sakitkan hati org. Sebab tu haha :) Allahuu sebab tu dia tipu aku dulu. Haihh huda past is past bro. okbai :)

20131126

AsSyahid Ahmad Ammar Ahmad Azam

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hiba semacam. Sedih. Sayu. Baru harini aku tergerak hati nak stalk org tu org ni. Sebab seorang yang terlalu istimewa. Ahmad Ammar. Sebenarnya aku baru tahu harini tentang kematian beliau. Pertama kali aku baca kisah kehidupan beliau, air mata deras mengalir. Beliau seorang yang sangat-sangat hebat. Meh aku cerita sedikit tentang beliau. Sifat beliau buat aku rasa macam aku ni hina. Haha sebab beliau hebat. Hebat dari pelbagai jenis sudut.

Ahmad Ammar seorang pelajar di Turki. Seorang yang pernah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik SPM-- 2010 di RMC. Beliau seorang yang sangat pendiam. Beliau juga sangat susah nak bercakap dengan perempuan. Pernah satu kali ni beliau membawa pelajar Malaysia overseas yang kebetulannya perempuan. Oleh kerana beliau malu ingin bercakap beliau sanggup menelefon seorang sahabat yang mengambil master di Turki untuk memberitahu perempuan tu apa yang beliau nak bagi tahu. Padahal, beliau ada je depan perempuan tu. Subhanallah sampai begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Ahmad Ammar lahir pada 15 Februari 1993. Syahid pada 2 November 2013. Kerana dilanggar ambulan di Turki. Beliau di bahu jalan tergelincir lalu dilanggar. Apa yang aku baca, sahabat Ahmad Ammar cakap orang Turki bawa kenderaan usah cakaplah. Laju je.

Ahmad Ammar pergi tika umurnya 20 tahun. Umur seperti itu sudah menjadi seorang pendakwah. Seorang yang hebat. Aku tak reti nak describe hebat dia. Sebab aku tak reti lah. Bagi aku dia memang hebat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, search je kat mana2. InsyaAllah ada maklumat beliau. Aku terfikir, pemuda 20 tahun seperti Ahmad Ammar sibuk memperjuangkan Islam. Pemuda remaja yang lain sibuk bercinta. Sampai bila nak leka dengan dunia? Sampai bila nak duduk dalam zon selesa? Kita ni bukan lama mana pun kat dunia. Sampai masa akan pergi juga.

Kalau dah sampai masa nanti, tak kan nak jumpa Allah dengan tangan kosong? Malu lah sikit. Ahmad Ammar boleh dijadikan contoh bagi remaja. Mungkin dengan kematian beliau banyak hikmahnya kepada Ummah. Lebih membuka mata hati untuk menuju ke arah yang baik. InsyaAllah.


Seorang pemuda yang selalu disebut2 masyarakat Turki kerana akhlak Ahmad Ammar yang sangat baik. Beliau dikebumikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW. Ya Allah. Ahmad Ammar memang insan yang terpilih. Cukup istimewa. Syahidnya telah membuka mata dunia. Subhanallah.

Embedded image permalink







AHMAD AMMAR

Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan, kerana kejujuran
Hanya satu impian keredhaan Tuhan
Hanya satu impian taman syurga

Biar tak dikenali oleh penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama


" Tulislah yg baik2 walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yg buruk2" -Ahmad ammar

Berehatlah di Syurga sana wahai Ahmad Ammar. Perjuanganmu tak kan dilupakan :)

N O T A H A T I :- Maaf kalau ada kesilapan maklumat. Aku hanya baca dan berkongsi. Biar kita buat baik tak usah dihebohkan. Allah yang nilai. Biar penghuni bumi tak tahu, tapi bila kita meninggal dunia, InsyaAllah akan disanjung tinggi penduduk langit. Janji Allah itu pasti. AsSyahid Ahmad Ammar dah berehat di Syurga. Kita bila lagi? InsyaAllah. Aku ingin syahid di jalan Allah juga :)

20131116

Berpisah tiada.

Assalamualaikum.

Ohyeah! Hari ni first day cuti. Baru hari Sabtu. Aku dah rindu semua benda macam dah cuti sebulan. Nampak kan tipunya? Lahaii tp serius, rindu tu memang sifat lumrah manusia. Aku rasa macam baru semalam aku masuk duduk dalam kelas 2 waruna. Duduk tengah belakang sekali. Bawah kipas. Antara tempat paling best untuk tidur. Uhuk! Opkos aku tidur time cikgu takde-- yeke?

Alhamdulillah. Sedar tak sedar sebenarnya aku dah habiskan waktu persekolahan 2013 dengan jayanya tanpa rasa nak bunuh diri akibat stress dengan tekanan PBS. Terima kasih Allah untuk nikmat ini! 2013 paling banyak mengajar aku erti kesabaran. Dari awal tahun sampai hari akhir. Bermula dengan kawad, latihan silat, pertandingan silat, exam mid year, PBS, projek2 Band 6 dan lain2. Sungguh! Aku macam di awangan sekarang. Tak caye je aku dah meningkat dewasa. Ecehh ayat hudaa mcm bagus je. hehe

Dear classmate,
Terima kasih sebab kita bersama tempuhi masa susah.
Kita bersama kena marah.
Sama2 ketuk ketampi waktu geo sebab banyak salah PBS.
Sama2 kuat untuk bangkit lepas 'jatuh'.

Warunarians, ingat tak kita semua pernah selamatkan kucing kat blok form 3? Dengan Puan Hana. Ingat? Aku takkan pernah lupakan macam mana reaksi semua cikgu waktu tu. Haha pahit untuk dikenang.

Dear cikgu2,
Terima kasih sebab sayang saya.
Terima kasih sebab masih mencari untuk luluskan PBS walaupun pernah diri ini menyakitimu.
Terima kasih atas segala ilmu yang pernah dicurahkan.
Cikgu, maaf kan saya.
Pengorbananmu tiada tandingan.

Dear adik-beradik silat,
Terima kasih untuk salurkan sedikit kekuatan dalam diri ini.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup ini.
Kita sama2 kuat untuk menegakkan keadilan ya?
Terima kasih sebab sayang aku.
Sayang korang, kasih korang, akan aku ingat sampai aku tutup mata.
Kita kena kuat. Bila kita kuat, musuh akan takut. Ayuh bangkit!


'Afiqah, Fareeda, Atikah dan semua lah ingat waktu game? Ingat tak mcm mana reaksi kita waktu tgk keadaan atikah? Bila ingat balik, haha pahit juga untuk dikenang. Takpe, kita bangkit sebab kita ada Allah kan?' 

Dear deskmate dekat jauh,
Terima kasih untuk segala jenis makanan yang pernah dikongsikan bersama.
Terima kasih sebab pernah pinjamkan bahu untuk melepaskan tangisan.
Terima kasih sebab sudi dengar aku berceloteh entahapehape.
Tahun depan, kita berusaha sama2 ya.
Terima kasih sebab ajar aku untuk jadi manusia normal. Haha :)



Tahu apa benda yang paling aku benci untuk ingat? 
Kenangan.

Sebab, bila aku ingat balik aku akan nangis. InsyaAllah tahun depan ada rezeki, kita jumpa lagi. Ade rezeki, kita girltalk lagi. Eh betul ke? Pape je lah. Yang penting terima kasih kepada sesiapa yang mengenali diriku. yang pernah disakiti atau menyakiti. Takpe, past is past. Aku tak suka bermusuh. Untuk 'kau', harap bahagia. Please aku nak kau berubah sebelum aku pergi. Oh ya, mana ada masa kau nak baca blog budak jahil mcm aku ni kan. Kalau kau baca pun, harap kau tahu aku ni tak baik mana pun. Bila aku rasa nak perdajal org, aku akan lakukan. Good Luck SPM tahun depan :)

N O T A H A T I :- Macam nk buat wasiat terakhir. Kalau ya pun apa salahnya. Kawan, jangan layan aku baik sangat. Kita berkawan seperti biasa ya. Aku ni mudah percaya org. Jangan tipu aku. Sebab sekali aku ditipu oleh org yg aku percaya, maaf bagimu hanya 1%. See ya! Ana Uhibbuki Fillah :)

20131109

Keep Smile Bebeh! Love-My-Self

Assalamualaikum

Ya Allah,
Tabahkan hatiku untuk menempuhi dunia yang penuh penipuan ini.
Tabahkan hatiku untuk bertemu dengan org2 yang berlainan ragam ini.
Tenangkan hatiku. Amin.

Okeyh hai-hoi-hei. Aku tak mahu melerettttt. Aku nak straight to the point. Kalau aku sedo nak straight to the point lah. Aku harap kau baca. Harap2 lah. Kejap. Haaa sekolah aku tak cuti lagi. Semua merungut sekolah lain dah cuti. Aku relax je sebab selagi aku tak setelkan hal2 yang berkaitan, selagi tu aku nak sekolah-- bajet. haha. Drop.

Lepas aku tahu tentang itu, aku rasa ya Allah ini ke kawan yang pernah tolong aku dulu? Pedih-Perit-Sakit-Benci. Aku pesan pada diri, takpe dia buat kau. Jangan kau buat orang lain pulak. Tapi, hidup ni karma. What you give, you get back.

Guys-and-girls, aku ada satu tip. Kalau kau tahu sesuatu kebenaran dan kau marah sampai tak bagi peluang langsung untuk orang tu bagi penjelasan, pada pengakhiran marah kau, bagi peluang dia explain. Kita ni manusia je pun. Allah yang Maha Berkuasa tu pun bagi kita peluang walaupun Dia murka dengan apa yang kita buat. Sedar tak?

Aku pernah cakap aku mudah jatuh susah bangkit. Tapi, kalini alhamdulillah. Aku lawan zupzap! Sebab aku ada Allah yang bagi aku kekuatan luar dan dalam. Aku ada kawan yang tak hipokrit macam dia kot yang boleh bagi nasihat yang sumpah awesome.  Aku rasa kalau aku takde Allah, aku dah takde dalam dunia ni. Ni pengalaman yang mematangkan aku. Ecewah. Aku boleh lihat orang. Aku boleh nilai manusia. Dan superb Alhamdulillah, semua ni berlaku lepas exam. See? Indahkan perancangan Allah.

Semalam *Jumaat* ada program Maal Hijrah kat sekolah. Disampaikan oleh Ustaz Abdul Jawwad Bin Abdul Rahman. Seorang guru Pendidikan Islam di MRSM Pontian. Dia sangat ohsemm-sporting habis. Beliau kata, jangan tertipu dengan kata manis lelaki. Jangan kerana kita kasihan, kita terima. Sebab itu semua syaitan dan nafsu-- Sekadar perkongsian.


Allah hadirkan orang yang pelbagai ragam dalam hidup kita untuk uji kita. Bukan untuk menghanyutkan kita. Pernah tak alami bila org yg buat kita rasa down, tetiba datang orang yang tolong kita untuk bangkit? Pernah? Alhamdulillah. Berdasarkan pengalaman, aku pun pernah. Tu semua Allah dah aturkan. Allah hadirkan org2 yang baik untuk tolong kita. Allah tak biar kita terkapai2 sengsorang. Pernah terfikir kenapa Allah tolong kita sedangkan kita ni selalu buat dosa? Aku pun pernah. Tapi, aku selalu cakap kat org. Tapi, aku lupa nak cakap kat diri sendiri. Nak tahu apa?

Sebab ...


Tapi, kalau kita tengah sengsorang terkapai2 sedih bagai tapi Allah tak hantar pun orang untuk tolong kita bangkit itu bukan bermakna Allah tak sayang. Cuma, Allah nak kita muhasabah diri. Kalau kita bangkit sendiri tanpa pertolongan manusia, itu menunjukkan yang sebenarnya kita ni tough gila! Percaya? Hmm cuba fikir jauh2. Awak akan dapat jawapan. Allah itu tak kejam. Kita je tak pernah nak bersyukur-- sendiri tulis sendiri sentap T_T


Paling penting bila kita marah atau apapun jangan lupa senyum. Senyuman kita boleh melemahkan musuh. InsyaAllah. Aku pernah cuba dan berjaya! Alhamdulillah. Dan berdasarkan kisah pahit yang baru aku alami ni, aku rasa Allah tunjukkan aku semua ni supaya aku tak sakit kemudian hari. Mungkin kalau aku tahu nanti, aku lagi sakit. Maybe. Maybe dia bukan kawan yang terbaik. Tapi, kau tahu kawan? Kau pernah jadi yang kawan yang aku nak berkawan hingga akhir hayat aku. Tapi, semua tinggal kata2. Harapan tu aku dah buang jauh2. 


Beb, keep smile! Tunjuk yang kau ada Allah! ^_^

N O T A H A T I :- Sekolah tinggal 5 hari. Aku macam tak sedar masa cepat berlalu. Rasa macam baru semalam labour room pada 22/04/1999 jam 8:55 pagi bingit dengan suara tangisan bayi. Tapi, sekarang bukan tangisan di labour room. Tapi, tangisan di dalm bilik. Haha kalau kau baca, aku nak kau berubah sebelum aku mati. Tu je. 

20131105

Aku Prefer Zaman Childish.

Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah.

Hai-Hoi-Hei-Hui
Dah macam lama aku tak hapdet blog. Ok tipu. Esok dah start balik tengok kelas tercinto setelah sekian lama cuti. 5 hari je. Wehh aku bersyukur. Sangat. Cuti 5 hari yang buat aku rasa kena pijak dengan gajah. 5 hari yang buat aku ingat balik kisah doludolu. 5 hari yang buat aku pengsan a.k.a koma tapi berjaga tapi gila. Duhh kalau 5 tahun yang lalu. Hari awal muharam macam harini, hari terakhir aku hidup dengan seorang lelaki yang bernama ayah. DUSH! Ok intro yang sgt 'best' berakhir. Btw, cerita kali ni tak best. Close the tab lah derr. Aku jamin. Cerita kali ni tak best. Haha kbai.

hai. Saya Juna. Anak Kokping yang sumpah ohsemm! 
*Gambar penyeri. Tiada kena mengena dengan post blog harini.*


Tiap kali aku rasa down semacam, aku-macam-nak-jadi-budak-sekolah-rendah-balik. *sebenarnya aku baru terfikir harini.* okeyh. Aku prefer jadi budak sekolah rendah balik. Sejujurnya, zaman sekolah rendah aku berganda menarik kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Aku tak cakap aku tak suka zaman sekolah menengah yang penuh dengan manusia yang pelbagai ragam yang buat aku rimas. Tapi, sekarang aku rasa macam kecik je. Lepas tu semua org dengan gumbiranya pijak aku-- sakit-dalam-ni-ha.

Kalau ada org stalk my twitter then, stalk my blog. They will think i'm talking about same person. Haha english aku memang teruk. Janganlah hina. Aku tahu lah takde orang nak stalk aku. Aku kata kalau kan. Wee i'm fine. Aku cuma fikir diri aku je. Zaman kanak2 aku dulu tipulah kalau aku kata aku okeyh je dan hidup without problem. Blerghh tipu. Aku ada je problem. Aku pernah je ala2-suka-dekat-org-yang-berlainan-jantina. Sekarang pun ada. Bagi aku, itu normal. Sebab aku bukan lesbian. Aku pernah cakap ada beberapa perempuan yang aku jumpa dan aku cakap comel. Dan deskmate aku kata '' ni lagi satu tanda. '' aku tanya tanda apa? '' tanda kau ni lesbian.'' lebih kurang mcm tu lah dialognya. Cepisheles gila. I'm straight. Dun worry.

Situasi yang sedang aku alami sekarang aku tak tahulah memang normal untuk remaja atau aku je yang rasa. Zaman yang penuh dengan penipuan. Hergh. Aku senang percaya orang dan aku cepat tak percaya org. Aku ada seorang kawan. Dia baik. Dia kuat membebel. Dia penasihat terbaik. Dia paling suka suruh aku makan ubat time aku demam. Tapi, aku tak pernah makan sebiji pil pun time aku demam. Keras kepala. Bila dah tak boleh bangun dan tak boleh buat kerja baru aku makan. haaa. 

Tapi, sekarang dia hilang. Bukan kena culik tapi, dia senyap. Bagi aku sepi tanpa pesanan terakhir. Ini sebab buat aku susah percaya org. Sebab aku takut lepasni sorang2 orang yang aku share problem, hilang mcm dia. Sakit kot kat dalam ni. Ecewah. But, i'm okeyh. Kot. Aku cuma nak bandingkan. Sekurang2nya dulu aku takde rasa macam sekarang. Sekurang2nya dulu aku boleh main tepis je benda2 yang serabut kepala. Ini tidokk. 

Alhamdulillah. Sekurang2nya dia pernah bagi aku semangat. Semangat untuk jawab exam. HAHA. Terima kasih daun keladi. Ada rezeki, kau akan kembali. InsyaAllah. Aku harap ini hanya mimpi. Aku bukan nak hidup aku 100% bertukar menjadi seorang budak sekolah rendah. Tapi, aku mintak jangan serabutkan hidup aku. Aku ni manusia lemah. Mudah jatuh. Susah bangkit. Jangan cakaplah kau kan budak silat. Kuat mental dan fizikal punya. Kau boleh cakap dengan confident sebab kau tak ghasa. Aku ni yang mengalami. Aku memang fizikal silat. Mental-- balet. Hentam sajalahh. Jangan main kata2 dengan aku. Jangan main perasaan. Aku ni coklat. Mudah cair tak mudah beku. Haha 

Satu pesan aku kepada orang yang tengah baca ni ha :-

''Kalau tak mampu jadi pemadam yang memadam kesedihan kawan sendiri,
Jangan jadi pensil yang mencoret keperitan''
-HS-


N O T A H A T I :- Pertemuan singkat tak menjanjikan sebarang kegembiraan. Aku harap kau tak muncul buat selamanya. Cukup. Andai Allah perintahkan Malaikat Maut tarik nyawa aku sekarang, aku dah maafkan kau. Sebab aku tak suka membenci. Nanti hati aku tak tenang. Cuma pesan aku satu je, jangan permainkan perasaan org lain. Yeay! cuti dah nak dekat. dan aku gembira untuk tido. kbai. Ana Uhibbuki Fillah.