20130514

Terimalah nasihat walaupun pahit.

Assalamualaikum .

Kenapa ada diantara kita yang susah nk terima nasihat? sbb hati kita tertutup untuk menerima nasihat. kenapa? sebab kurang ibadah kenapa Allah. kenapa? hasutan syaitan. kenapa? nafsu tinggi sangat. kenapa? stop. berhenti bertanya kenapa dan kenapa. sebenarnya jawapan yang sebenar sila tepuk dada tanya iman.

ada satu kisah ni. time ni dalam surau. waktu agama. cikgu datang lambat sikit. murid2 datang awal. sikit. hurmm. huu ok time tu macam bising. masing2 buat hal sendiri. ada yang tekun menghafal surah hafazan. ada yang terlentok. ada yang main apa tah. jadinya suasana surau tu dah mcm pasar malam. boleh bayangkan? setelah beberapa minit selepas tu datang seorang pakcik.

Pakcik : *senyum* diam2 jangan bising. 
Para pelajar : *diam sekejap* 
-bising semula-
Pakcik : jangan bising. ni dekat rumah Allah. Allah tengok tu *senyum*
Para Pelajar : *terkesima. sentap. diam* 

Lepas beberapa minit ditegur mcm tu, ada yang insaf. dan ada yang menerima nasihat pakcik tu mcm air yang deras. time tu rasa mcm haih mcm ni ke anak remaja zaman sekarang? susah ke nak terima nasihat. mungkin kalau Rasulullah SAW masih ada, mungkin Baginda sedih melihat umat2Nya mcm ni. mungkin . .

'' Terimalah nasihat walaupun dari seorang pelacur.'' 

Siapapun dia, tak kira jantina, jawatan, umur atau apapun .. jika dia menasihati, terimalah. bukan senang tau nak orang menasihati kita. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang nak nasihatkan kita. Dalam dunia ni kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Yaaa memang ada je yg jawab '' takpe, kawan aku confirm nak nasihatkan aku kalau aku tersalah bla bla bla .. '' hurmm itupun kalau kawan tu nak nasihatkan. jangan terkejut kalau kawan yang awk anggap akan nasihatkan awk kalau awak tersalah akan lari satu hari nanti jika awk memerlukan nasihatnya. 

Nasihat yang diberikan mungkin kedengaran lebih kepada menyindir, tp mungkin penasihat tu memang mcm tu gayanya. terima jek lah. manusia tak sempurna. Dan siapa kata kita ni tak boleh nasihatkan orang2 yang besar? siapa kata? siapa kata kita tak boleh nasihat Perdana Menteri, pengetua sekolah, guru, atau siapa je lah. tak de lah dalam ayat mane2 mengatakan kita tak boleh nasihat orang yang lebih besar dri kita. tak de takde. tp ade gayanya. bukan dengan cara menengking. bukan dengan cara yang silap. tp, mesti dengan penuh adab. sopan *wahh sopan itu comel ^_^ 

Jangan takut akan dipulaukan selepas menasihati seseorang. jangan rasa serik untuk menasihati selepas dikutuk. itu lumrah. itu lumrah manusia yang susah nak terima nasihat. biarkan. Allah tahu niat kita. biarkan. jangan risau. sejahat mana pun seseorang tu, di sudut hatinya terdetik ingin melakukan kebaikan. ya . senakal manapun dia, dia juga sukakan kebaikan walaupun pada zahirnya dia tak tunjuk. doakan je supaya dia berubah ke arah kebaikan : ) 

N O T A H A T I :- Kawan, kalau aku tersilap jalan, jangan takut/malu untuk tegur/nasihat.