20131215

Bila Rindu, Senyum.

Assalamualaikum.

Ini post ringkas. Sebab skru dalam otak dah banyak tertanggal. 90% rangka aktiviti untuk next year dah pun siap. Alhamdulillah. Esok bagi senior tengok. Pheww pheww bajet macam submit kerja untuk lecturer. Haha takpe. Belajar dari sekarang bro.

Sebenarnya.
Haha aku rindu. Aku rindu kisah yang bermula dari akhir bulan 5. Aku tak pernah jangka cerita hidup aku macam ni. 6 bulan yang mengajar aku erti menghargai. Erti persahabatan. Erti kesabaran. Erti kekuatan. Erti keinsafan. eh? boleh lah. Tadi godek2 blog baca Sini Bro.

Aku tergelak bila baca balik. Bila aku pergi sana, aku harap akan ada kejadian macam tu lagi. Aku ingat lagi reaksi pertama aku. Aku ingat lagi muka abang cashier tu macam mana sebab nampak muka cuak aku. Ya Allah rindu ...

Yang paling jauh dengan kita adalah masa silam. Kenangan. Kenangan mematangkan kita.
Siapa pun kita sekarang, dulu kita juga seorang bayi yang merangkak menuju ke dinding dgn motif untuk berpaut dan berjalan. Kita semua sama. Takde pun yang lahir2 terus berlari main bola. Kalau ada cakap ya, bak gambar time kau kecik. Macam takde kaitan pulak apa yang aku cakap ni.

Kau lah tu orang yang terpilih. Alhamdulillah.

N O T A H A T I :- Baca Alfatihah. Sebut namanya. Biar Allah jadi penghubung kita. Keep smile :) 


No comments:

Post a Comment