Aku teringat pertama kali kau menegurku. Kau add di FB. Aku pun approve. Sesenang itu? Memang. Apa yang aku cakap pada diri, berkawan dengan sesiapa pun. Tak kira jantina, warna kulit serta agama. Aku sangat senang berkawan. Tapi, Allah dah bagi satu warning. Aku mahu berubah.
Sekian lama kita makin rapat. Dalam erti kata lain, kawan baik. Allah punya aturan kan. Memang indah sangat. Subhanallah. Persahabatan kita dah 6 bulan lebih. Haha lama kan? Alhamdulillah. Aku simpan ayat ni :-
'' Pertemuan singkat tak pernah menjanjikan sebarang kebahagian. ''
Aku memang kejam.
Aku memang jahat.
Aku memang pentingkan diri sendiri.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab temukan aku dan dia. Dia kawan yang paling rajin bagi nasihat walau sedegil mana pun diri ini. Dia terlalu sabar dengan aku. Terlalu tabah melayani aku. Aku minta maaf kawan. Ada 1 post tu khas untuk kau. Tapi, aku dah delete sebelum kau baca. Aku takut kau makin sakit hati. Cukup dulu aku dah sakit hati sebab bukan salah kau.
Aku percaya hukum Karma.
Mungkin dulu aku pernah menyakiti orang. Sekarang, giliran aku pula. Aku simpan semua kenangan kita. Aku simpan semua nasihat kau sampai mati. Demi Allah! Tiada sekelumit niat pun untuk memutuskan hubungan persahabatan ini. Aku ini sudah banyak dosa. Aku ada sebab yang sukar bagi aku untuk jelaskan. Aku berlagak tenang. Aku bajet tak nangis je. Aku dah nangis dulu. Aku dah mengadu pada yang Esa dulu.
Lagu Andai Hatiku Bersuara? Jiwang kan? Tapi aku suka dengar. Bukan sebab jiwang. tapi sebab lirik dia yang entah. K abaikan. Ini semua takdir. Takdir aku. takdir kau. Allah dah tetapkan harini aku dan kau macam gini. 5 tahun lagi kita tak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin aku dah takde. Harap kau datang jenguk pusaraku. Setahun sekali pun takpelah.
Kau tahu? Aku benci orang menangis. Sebab aku tak dapat nak buat apa2. Aku benci dengar esakan tangis orang. Sebab aku takut aku juga menangis.
Astaghfirullahal'azim.
Memang aku buat semua ni untuk kepentingan diri.
Dulu, aku survive one month. Dan akhirnya aku bangga dengan diri sendiri! OhYeah! Aku dapat lupakan semuanya. Kau mampu. Allah kan ada. Aku tak sempat nak cakap tadi. Aku ini hanya pinjaman dari Allah. Dan nanti, aku ini hanya pinjaman di dunia. Nanti aku akn pergi untuk selamanya. Blog ni akan sunyi tanpa pencoretnya.
Aku bangkit dulu,
Allah yang bantu.
Aku jatuh dulu,
Allah bagi warning.
Allah ada, kawan.
Jangan kau putus asa.
Aku kenal kau.
Kau mudah bangkit.
Aku bukan kawan yang baik.
Kau pantas dapat kawan yang lebih baik.
Maafkan aku.
Aku ini hanya manusia kerdil serta kaya dengan dosa.
Ini yang terakhir untuk kau. Lepas ni, tiada lagi. Biar apa kau nak cakap. HoYeah! Aku menang lagi kali ni. Kau mengalah dengan aku lagi. Haha aku memang ego tinggi melangit. Aku terima. Kau kuat!
N O T A H A T I:- Setiap kepahitan, akan ada terselit kebahagian untuk kau. Aku tak mampu berdiri disisi kau untuk melihat kau bahagia. Cukup dengan apa yang Allah bagi. Sekian sampai sini saja.
No comments:
Post a Comment