20140705

Dugaan itu Tanda Sayang



Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang padat dengan kemuliaan. Penuh dengan keberkatan. Sebenarnya dah masuk bulan Julai ni dah mula PT3. Yaaaa hai. Saya calon PT3. Awak pula bagaimana? hekhek okay. Sekarang tengah busy untuk buat Instrumen pelbagai -- sejarah dan geografi. Alhamdulillah okaylah sebab kami first batch. Tiba2 rasa first batch yang disayangi. Kuikui

Okay.
Berbalik pada tajuk.
Dugaan itu tanda sayang.

Tanda sayang dari siapa untuk siapa? Sayang yang bagaimana? Untuk apa? Baiklah. Dugaan itu tanda sayang dari Allah untuk kita. Bila kita terlalu gembira, Allah akan datangkan secebis dugaan untuk menguji. Bukan kerana dengki tengok kita gembira. Tak tak tak. Allah itu tidak kejam ya saudara serta saudari.



Banyak mana pun dugaan yang menimpa, pesan pada hati supaya sabar serta kuat. Allah itu ada. Disebalik setiap dugaan itu terselit kebahagian. Lambat atau cepat je. Bila kita diuji, ikhlaskan hati. Mungkin itu lebih baik untuk kita. Dalam hidup, kita merancang kan? Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan dari Allah itu lebih baik.

Jika ingin menangis, luahkan. Menangis bukan tanda lemah. Bukan sama sekali. Lepas ni dah takde masa langsung mungkin nak update blog. Maka, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah tutur bicara, tersilap cara. Aku ini manusia biasa. Yang sering buat khilaf tanpa sudah. Maaf. Doakan kejayaan kami.



N O T A H A T I :- Saya okay saya dah besar. Setiap kepahitan pasti ada kemanisan. Keep smile and trust Allah :)