20140213

Mati

Assalamualaikum

Holla! Hoyaa esok cuti sebab tu aku curi masa sikit. Tak salah kan? Tolong cakap tak salah. Okayyyyyy tetiba aku nak cakap sekolah dah hampir 2 bulan. Alhamdulillah. tak rasa nak gi terjun bangunan ke apa. Haha okay diam. Perenggan pertama dengan tajuk memang kelaut sangat. Kalau PMR ni memang BM aku A+ insyaAllah.

Dua tiga menjak ni aku memang suka termenung sorang2. Memikir masa depan. Nak kahwin dengan anak raja mana.. Haha tipu je. Dan masa aku termenung tu fikiran melayang jauh. Sampai aku terfikir soal mati. Sampai aku terfikir kawan, family aku pergi. Aku fikir macam mana dia meninggal dunia sampai ke liang lahad. Aku fikir macam mana cara aku nak hadapi semua tu. Dan aku fikir aku mati nanti macam mana?

Ingat mati itu perlu bagi aku. Supaya kita tak terlalu leka dengan keindahan dunia yang sementara ni. Kehidupan sebenar kita selepas bangkit dari liang lahad nanti. itu sebenar2 kehidupan. Sekarang ini hanya tempat mengumpul amalan sebanyak mungkin untuk tempah masuk ke Syurga ataupun ke Neraka. Tapi kalau tengok manusia zaman sekarang, macam diaorg lupa yang diaorg boleh mati bila2 masa je. Masa aku habis publish entry ni aku boleh je meninggal dunia. Takda apa yang mustahil.

''kalau aku mati nanti, aku nak bunga banyak2 atas kubur tiap kali birthday. sungguh tika itu aku sangat gembira melihat orang tersayang datang'' 

Banyak benda lagi.
Banyak amanah lagi.
Banyak ..

Allah..
Rabbi Yassir Wa La Tu'assir

Aku sukaaa ayat niiiiiiiii huwaa :( 

N O T A H A T I :- Dah bermula latihan kawad, game. Bulan 4 dah bermula hidup sebagai seorang pelajar yang padat dengan PBS dan sebagainya. Semoga dipermudahkan oleh-Nya :)

20140208

Ringkas Tapi ?

Assalamualaikum.



''Bersinarlah setiap hari seperti mentari. Tetap bersinar walaupun dibenci. Tapi, akan dirindui bila bersembunyi'' - HS


'' Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu berseri''

Ada orang berpesan, senyumlah walaupun hati dilanda badai ribut taufan banjir dan sebagainya. Aku pernah cuba untuk tersenyum tika lemah. Alhamdulillah berjaya! Semakin kita tunjuk dekat masyarakat yang kita OKAY, lama-lama kita akan OKAY dalam erti kata sebenar tanpa perlu hipokrit. 


N O T A H A T I :- Daddy F kata, ucapan terima kasih adalah pembuka untuk semua pintu kemaafan. Oh kalau aku tak silap lah. 

N O T A H A T I 2 :- Kali ni je ada dua nota hati. Sebabbbbbb suka hati I lah. Blog I kan .. Cuma nak cakap .. saya okay saya dah besar. kbai.