20171013

Small experience

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Aku kembali lagi.
Tahu ada yang sudah lupa.
Kerana sifat manusia itu cepat melupakan perkara yang tak bermanfaat lagi untuknya.
Ke tak? Ke macam mana?

Okay apa-apa pun lah tak kisah pun. Haha maka dikala rajin ini marilah cerita apa-apa yang berkaitan. Entri terakhir aku adalah pada 9/6 yang bermaksud sudah lebih kurang 4 bulan aku tak buat entri apa-apa. Sebenarnya ada je. Banyak je yang dah taip tapi sampai separuh page, terus ku ucapkan selamat tinggal. Sama ada dah tak ada idea atau malas tiba-tiba datang. Tapi, InsyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk habiskan yang ini. Ayuh!

Dah masuk bulan oktober dah pun. Setengah bulan dah wehhhh maksudnya apa tu? Maksudnya peperiksaan akhir sem 1 dah dekat dan lagi satu, 2017 dah nak sampai ke penghujungnya. Lagi satu.. perpisahan kian menghampiri. Haha okay bertenang semua orang. Hari tu lebih kurang 2 minggu lepas baru selesai peperiksaan percubaan semester pertama. Alhamdulillah selesai walaupun dalam minggu tu sibuk yang amat untuk majlis akhir tahun. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tipulah kalau tak ada peritnya. Tipulah juga kalau kata tak ada memori manisnya.

sebab bila bertiga baru otak masing2 berfungsi dengan baik.

a day before the majlis.

Masa sekolah arus perdana dulu, segala majlis serahkan pada cikgu. Tak pernah pelajar uruskan semuanya dari a sampailah z. Tapi, alhamdulillah pengalaman yang satu ini sangat mengajar macam mana nak uruskan satu majlis besar. Penat lelah usah dicerita. Kena marah satu hal. Hal-hal lain pun banyak lagi. Haha tapi sangat manis bila dikenang lepas majlis. MasyaAllah serius sesuatu yang pasti diingati walau dimana pun aku tercampak nanti. Cikgu siap cakap, ''sabarlah. ini lah masanya awak belajar pasal protokol majlis semua.'' Terbuka lah minda sikit masa cikgu cakap ni. Cikgu-cikgu pun sama, banyak sangat tolong. Baru kenal tak sampai setengah tahun tapi rasa sayang cikgu kepada kami tu uish melimpah-limpah woi. Haha senior-senior pun. Malas cakap lebih-lebih pasal senior. Haha maka, berakhirlah majlis, berakhirlah juga sesi berfoya-foya. Dalam 24 hari je lagi nak peperiksaan akhir.

Cerita sedihnya adalah, event ni setahun sekali. Orangnya bertukar ganti. Tapi, gambar aku yang elok tak ada. Gambar yang ada aku pulak boleh dikira pakai jari. Maka, ini jelah gambar yang elok dan ada aku. Sobs.

bukan kembar
today is her birthday so happy birthday nones!



Lagi satu!
Alhamdulillah hari tu aku ada pergi temuduga untuk separa perubatan. Tak tahu nak terangkan perasaan pergi temuduga. Untuk orang yang banyak gila pergi temuduga, mungkin dah tak kisah dah. Tapi, ini adalah pengalaman pertama aku. Maka, itu satu pengalaman dan pendedahan yang sangat bagus lah. Nak dijadikan cerita, aku orang terakhir untuk temuduga tu. Nak menunggu giliran daripada gementar gelabah terus jadi relaks yang amat. Nasib aku bawa stok biskut, mentos dalam beg. Sempat lah mengunyah sebelum masuk bilik temuduga tu. Haha bila tiba giliran aku, masuk bilik tu masyaAllah aku rasa macam nak lari. Tapi, senyum je lah.

Dipendekkan cerita lagi. Aku dapat 2 panel. Alhamdulillah sangat baik kedua2nya. Perkara pertama yang diaorg suruh buat, ceritakan pasal aku. Aku pun bebel lah apa2. Soalan kedua, kenapa aku rasa aku layak untuk jawatan yang aku mohon tu. Lepas tu, dia dah tanya soalan. Lebih kepada perbincangan. Panel tu pun cakap inilah untungnya awak jadi orang terakhir. Diaorg yang banyak cakap. Aku tukang dengar je. Rezeki weh. Kalau dia tanya macam-macam mau aku gelabah tak tentu pasal. Padahal aku dah siapkan jawapan macam-macam tp alhamdulillah tak ditanya. 

Nampak perkara ini macam tak ada makna kan. Tapi, ini satu pengalaman besar yang macam rasa nak suruh sesiapa yang dapat tawaran temuduga tu.. pergilah. Lagi2 untuk orang yang tak pernah pergi. 

Image result for experience quotes

Dah nak exam ni. Doakan pls dear strangers :)

N O T A H A T I : Nak buat kenduri doa selamat tak sebab berjaya siapkan satu entri tanpa tangguh berhari2 haha. Konsepnya mudah je. Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih. Hamekkauuu sendiri cakap sendiri terasa. So ya! Ada org tu pesan bila dh baca blog aku, '' dont mix your bahasa ". So ini hasilnya. See ya!