Ya Allah,
Tabahkan hatiku untuk menempuhi dunia yang penuh penipuan ini.
Tabahkan hatiku untuk bertemu dengan org2 yang berlainan ragam ini.
Tenangkan hatiku. Amin.
Okeyh hai-hoi-hei. Aku tak mahu melerettttt. Aku nak straight to the point. Kalau aku sedo nak straight to the point lah. Aku harap kau baca. Harap2 lah. Kejap. Haaa sekolah aku tak cuti lagi. Semua merungut sekolah lain dah cuti. Aku relax je sebab selagi aku tak setelkan hal2 yang berkaitan, selagi tu aku nak sekolah-- bajet. haha. Drop.
Lepas aku tahu tentang itu, aku rasa ya Allah ini ke kawan yang pernah tolong aku dulu? Pedih-Perit-Sakit-Benci. Aku pesan pada diri, takpe dia buat kau. Jangan kau buat orang lain pulak. Tapi, hidup ni karma. What you give, you get back.
Guys-and-girls, aku ada satu tip. Kalau kau tahu sesuatu kebenaran dan kau marah sampai tak bagi peluang langsung untuk orang tu bagi penjelasan, pada pengakhiran marah kau, bagi peluang dia explain. Kita ni manusia je pun. Allah yang Maha Berkuasa tu pun bagi kita peluang walaupun Dia murka dengan apa yang kita buat. Sedar tak?
Aku pernah cakap aku mudah jatuh susah bangkit. Tapi, kalini alhamdulillah. Aku lawan zupzap! Sebab aku ada Allah yang bagi aku kekuatan luar dan dalam. Aku ada kawan yang tak hipokrit macam dia kot yang boleh bagi nasihat yang sumpah awesome. Aku rasa kalau aku takde Allah, aku dah takde dalam dunia ni. Ni pengalaman yang mematangkan aku. Ecewah. Aku boleh lihat orang. Aku boleh nilai manusia. Dan superb Alhamdulillah, semua ni berlaku lepas exam. See? Indahkan perancangan Allah.
Semalam *Jumaat* ada program Maal Hijrah kat sekolah. Disampaikan oleh Ustaz Abdul Jawwad Bin Abdul Rahman. Seorang guru Pendidikan Islam di MRSM Pontian. Dia sangat ohsemm-sporting habis. Beliau kata, jangan tertipu dengan kata manis lelaki. Jangan kerana kita kasihan, kita terima. Sebab itu semua syaitan dan nafsu-- Sekadar perkongsian.

Allah hadirkan orang yang pelbagai ragam dalam hidup kita untuk uji kita. Bukan untuk menghanyutkan kita. Pernah tak alami bila org yg buat kita rasa down, tetiba datang orang yang tolong kita untuk bangkit? Pernah? Alhamdulillah. Berdasarkan pengalaman, aku pun pernah. Tu semua Allah dah aturkan. Allah hadirkan org2 yang baik untuk tolong kita. Allah tak biar kita terkapai2 sengsorang. Pernah terfikir kenapa Allah tolong kita sedangkan kita ni selalu buat dosa? Aku pun pernah. Tapi, aku selalu cakap kat org. Tapi, aku lupa nak cakap kat diri sendiri. Nak tahu apa?
Sebab ...

Tapi, kalau kita tengah sengsorang terkapai2 sedih bagai tapi Allah tak hantar pun orang untuk tolong kita bangkit itu bukan bermakna Allah tak sayang. Cuma, Allah nak kita muhasabah diri. Kalau kita bangkit sendiri tanpa pertolongan manusia, itu menunjukkan yang sebenarnya kita ni tough gila! Percaya? Hmm cuba fikir jauh2. Awak akan dapat jawapan. Allah itu tak kejam. Kita je tak pernah nak bersyukur-- sendiri tulis sendiri sentap T_T

Paling penting bila kita marah atau apapun jangan lupa senyum. Senyuman kita boleh melemahkan musuh. InsyaAllah. Aku pernah cuba dan berjaya! Alhamdulillah. Dan berdasarkan kisah pahit yang baru aku alami ni, aku rasa Allah tunjukkan aku semua ni supaya aku tak sakit kemudian hari. Mungkin kalau aku tahu nanti, aku lagi sakit. Maybe. Maybe dia bukan kawan yang terbaik. Tapi, kau tahu kawan? Kau pernah jadi yang kawan yang aku nak berkawan hingga akhir hayat aku. Tapi, semua tinggal kata2. Harapan tu aku dah buang jauh2.

Beb, keep smile! Tunjuk yang kau ada Allah! ^_^
N O T A H A T I :- Sekolah tinggal 5 hari. Aku macam tak sedar masa cepat berlalu. Rasa macam baru semalam labour room pada 22/04/1999 jam 8:55 pagi bingit dengan suara tangisan bayi. Tapi, sekarang bukan tangisan di labour room. Tapi, tangisan di dalm bilik. Haha kalau kau baca, aku nak kau berubah sebelum aku mati. Tu je.
No comments:
Post a Comment