Bismillahirrahmanirrahim.
Hiba semacam. Sedih. Sayu. Baru harini aku tergerak hati nak stalk org tu org ni. Sebab seorang yang terlalu istimewa. Ahmad Ammar. Sebenarnya aku baru tahu harini tentang kematian beliau. Pertama kali aku baca kisah kehidupan beliau, air mata deras mengalir. Beliau seorang yang sangat-sangat hebat. Meh aku cerita sedikit tentang beliau. Sifat beliau buat aku rasa macam aku ni hina. Haha sebab beliau hebat. Hebat dari pelbagai jenis sudut.
Ahmad Ammar seorang pelajar di Turki. Seorang yang pernah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik SPM-- 2010 di RMC. Beliau seorang yang sangat pendiam. Beliau juga sangat susah nak bercakap dengan perempuan. Pernah satu kali ni beliau membawa pelajar Malaysia overseas yang kebetulannya perempuan. Oleh kerana beliau malu ingin bercakap beliau sanggup menelefon seorang sahabat yang mengambil master di Turki untuk memberitahu perempuan tu apa yang beliau nak bagi tahu. Padahal, beliau ada je depan perempuan tu. Subhanallah sampai begitu sekali beliau menjaga dirinya.
Ahmad Ammar lahir pada 15 Februari 1993. Syahid pada 2 November 2013. Kerana dilanggar ambulan di Turki. Beliau di bahu jalan tergelincir lalu dilanggar. Apa yang aku baca, sahabat Ahmad Ammar cakap orang Turki bawa kenderaan usah cakaplah. Laju je.
Ahmad Ammar pergi tika umurnya 20 tahun. Umur seperti itu sudah menjadi seorang pendakwah. Seorang yang hebat. Aku tak reti nak describe hebat dia. Sebab aku tak reti lah. Bagi aku dia memang hebat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, search je kat mana2. InsyaAllah ada maklumat beliau. Aku terfikir, pemuda 20 tahun seperti Ahmad Ammar sibuk memperjuangkan Islam. Pemuda remaja yang lain sibuk bercinta. Sampai bila nak leka dengan dunia? Sampai bila nak duduk dalam zon selesa? Kita ni bukan lama mana pun kat dunia. Sampai masa akan pergi juga.
Kalau dah sampai masa nanti, tak kan nak jumpa Allah dengan tangan kosong? Malu lah sikit. Ahmad Ammar boleh dijadikan contoh bagi remaja. Mungkin dengan kematian beliau banyak hikmahnya kepada Ummah. Lebih membuka mata hati untuk menuju ke arah yang baik. InsyaAllah.
Seorang pemuda yang selalu disebut2 masyarakat Turki kerana akhlak Ahmad Ammar yang sangat baik. Beliau dikebumikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW. Ya Allah. Ahmad Ammar memang insan yang terpilih. Cukup istimewa. Syahidnya telah membuka mata dunia. Subhanallah.



AHMAD AMMAR
Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan, kerana kejujuran
Hanya satu impian keredhaan Tuhan
Hanya satu impian taman syurga
Biar tak dikenali oleh penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama
" Tulislah yg baik2 walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yg buruk2"
-Ahmad ammar
Berehatlah di Syurga sana wahai Ahmad Ammar. Perjuanganmu tak kan dilupakan :)
N O T A H A T I :- Maaf kalau ada kesilapan maklumat. Aku hanya baca dan berkongsi. Biar kita buat baik tak usah dihebohkan. Allah yang nilai. Biar penghuni bumi tak tahu, tapi bila kita meninggal dunia, InsyaAllah akan disanjung tinggi penduduk langit. Janji Allah itu pasti. AsSyahid Ahmad Ammar dah berehat di Syurga. Kita bila lagi? InsyaAllah. Aku ingin syahid di jalan Allah juga :)
No comments:
Post a Comment