20221201

Dark

 .

yep, hi? its been a while huh.

as today is the first day of december 2022, i want to recap a bit about what happened in my november.

nothing much. but ya..


my november really goes beyond my expectation. if i can use the graph here to illustrate my november, it will show a very messy graph hahah. nothing went easy in our life. kan? if we see along the way in our life ni pun, nothing goes as planned. its either, you reach the destination with a lot of surprises along the way and reach the ending, or you get very smooth journey but, the plot twist is at the ending which means you get something different than you want.

actually, we know that. we always know that we have to prepare for the worse. because yep, we plan yada yada. but, there is The Best Planner. can't be denied, its hurt. ada masa, ketika tak ready, we just thought if something happened pun paling-paling kita rasa sakit tu sikit je. it will affect us with minimal pain. i was like that. i was wrong back then. i thought i would be fine. i thought its gonna be fine someday as i didnt expect something gonna happened and it affect me so huge. 

but ya, at least i learned a lot. kan? 

aku bawa rasa ini sampai bila-bila. aku tahu dan percaya tidak semudah itu rasa ini akan hilang dan berganti. aku berani kata 5 tahun kehadapan pun, aku masih tidak lepaskan rasa ini. sebab its really hit me hard. like so hard. but, through it aku jadi huda yang sekarang. walaupun aku tak suka huda yang sekarang. but at least i learn something. haha

if ada orang baca post yang ni, mesti orang tak faham. but its okay. hahahaha this blog dah macam jadi diary. tapi ya, kalau ada pun, just pray for me okie? the feeling tu tak best tapi i have to bear with it. 

aku rajin sangat nak mengarang on 1st december is because i think, previous month really crazy. hahaha tak tahu lah nak letak perkataan yang sesuai apa. tapi memang gila. but ya, i hope another 5 years, huda akan tengok this post and i hope she will say, "this is just small matter. awak dah berjaya lalui dah da." i really hope she will. tak sabar.. haha :)


if i have a chance to deliver a message to someone :

thank you for existing in my journey. even though just for short time, it affects me so much. you taught me a lot. i regret a few things but sure i will be fine. you are the first person i meet and motivate me. you are the first person teach me the things which i think i wont understand. you are the first person that i trusted the most back then. you are the first person i know that i can rely on. thank you for being the most understanding person, without i need to comprehend my words. thank you for being so kind. thank you make me feel you are always there. i have a lot to say, but i guess i should have some boundaries kan.

i want to be like you. i need to fly high. so that, i can see you wherever you go. because i believe, you will be somewhere higher than where you are now. haha you already set high benchmark for me for my next journey. insyaAllah i can do this. i do hope i will see you in the future.


" adapt and improvise "

see ya. 

20220210

Kenapa sekarang banyak tersimpan?

 .

I'm currently at the end of semester 5.

haha, actually i don't have any specific thing to write, to share. it's like my random thought caused i already done all my assignments. ouhhhh on 14/2 i will have my last quiz. itu memang terpaling official end of this semester lah. so for now, my mind alhamdulillah is free from academic things. its tiring though. tapi, dah memang perjalanan sebagai seorang student, begitulah. nak senang, tidur aje lah. tapi banyak tidur pun penat. mati je kot senang? tapi banyak dosa pun susah juga. hahaha serabut lah awak ni da. 

okay done mengarut.

actually, i feel lost. i need something that i can feel content with again. or is it normal to feel this way? tak tahu lah. mungkin dah terlalu biasa sentiasa ada someone that i can rely on; to share, lending their shoulder for me. terlalu manja dan sentiasa rasa semua orang ada. my bad to act that way before this. hahah and now, i being more realistic dalam keadaan yang im not ready. 

jadi realistik adalah kemestian untuk aku. sebab kesakitan dalam pengharapan dalam apa jua keadaan itu amat perit dan pahit. tapi sekarang, rasa terumbang ambing itu sangat ketara. tapi tak reti nak cerita atau cari siapa. i just do not know. i feeling too much of everything. marah, kecewa, kecil hati, sedih, ralat, jatuh, koyak, rasa sorang-sorang tu -- aku dah macam tak mampu nak handle weh. ive mentioned before, kot lah yang aku dah tak reti menulis that i used to. aku pun tengok my previous post dari tahun-tahun sebelum. i write a lot. i write everything. and semuanya macam positif. honestly, that side of me is gone. 

dah terlalu lama rasa hilang diri sendiri tu. i can ignore everything last time. i can wear my poker face everywhere. hahah kenapa fasa ni macam serabut lain macam ek? im scared that i will burst out yang akan affect many thing. yep takut sangat. kita harap tidak lah. hahah

tapi, sakit sebenarnya rasa macam ni....

orang tengok semuanya okay....

tapi, tak do....

aku tak okay....

pendewasaan macam ni rasa sorang-sorang sangat.....

i think people thinks this is normal.


rasa nak mati dalam diam tu kadang muncul. rasa nak hilang. rasa nak senyapkan diri. cause i need that. tapi mustahil do. haha maybe i need extra of me time kut ek?


haha dah lah. see ya!

20211229

Rindu yang sakit

 .

seperti kebiasaan tahun tahun yang sudah juga

hujung tahun jadi satu masa yang rasa sayu tu tak tertahan

rasa sepi yang tak terisi

rasa sakit yang tak terubati

rindu yang juga tak berbalas


saban tahun,

beberapa detik dalam 365 hari itu pasti ada saat jatuh dan koyak kerana rindu sahaja.

makin banyak tahun, lumrah fitrah patutnya makin pudar dan hilang

tapi tidak rindu yang satu ini


kalau rindu pada yang masih ada,

at least we know how to reach them

and we know how to transfer rindu tu

supaya hati dah tak rasa berat menahan perasaan


tapi pada yang sudah tiada ni

kadang hilang punca beb

kadang sakit tu macam apak ah sakit siak. haha 

tak terluah

tak terjawab

segala jenis tak.


setiap kali rasa macam ni,

setiap kali itu juga harap sosok tubuh itu didepan mata

setiap kali itu juga rasa it would be nice if you still here


hahah sorry, harini rasa rindu tu berat sangat.

sangat sangat.

everytime rindu pun rasa macam ni

but today aku decide untuk keluarkan melalui tulisan


hahah sakit.

terlalu banyak impian dan cita-cita yang ceritanya lebih indah jika ada sosok tubuh itu turut serta

maaf, terlalu banyak penggunaan kalau dan jika dalam tulisan kali ni.

cause i just cant stop myself by doing that


sakit juga bila tiada gambar untuk ditatap

suara untuk didengar

senyuman untuk ditunggu


hahah dah lah.


ayah,

rindu.


semoga nanti kita semua jumpa balik dekat tempat yang lebih baik.

yang jauh lebih baik.


okbai


your bongsu always love and miss you!

i cant wait to hug you and see your smile yah!

soon ok soon.

20211202

Adulting is hard huh?

 .


setahu aku, diri ini tenang orangnya

tak mudah terlihat kesan akibat apa jua yang berlaku.

tak mudah tersadung kerana malas fikir.

mudah koyak tapi tahu bangun semula.


tapi kini,

diri aku jadi serapuhnya.

serpihan kecil yang terusik tapi seluruh tubuh terasa kesannya.

hari ini bukan sekadar mudah koyak tapi sentiasa koyak.


ada hari,

saja buat tak reti

tapi ada hari, fikiran dikuasai penuh dengan keadaan sekeliling

tak jumpa ruang untuk terus bersembunyi seperti selalu.


dulu,

terasa juga sesaknya.

terasa juga sakitnya

terasa juga lemahnya

tapi me time dapat melegakan kekusutan semua


tapi hari ini,

semuanya bagai tiada hujung

sakit. haha

tapi tak tahu nak luah macam mana.

tak tahu macam mana nak pulihkan semuanya


tak berdaya beb.


hari hari bawa tubuh yang koyak

hari hari cuba bertenang seperti semuanya terkawal

hari hari cuba untuk fikir,

'takpe. kali ni mesti boleh'


in denial that your body need help actually hurts me.

but, i really do not know how.


or shall i continue to say,

'takpe. hari ni je. esok mesti okay'

'takpe. kalau sebelum ni boleh, kali ni mesti boleh'


sigh.

im also hurting bruh.

20211006

Lamanya menyepi

.

Its been a while huh?

i feel a bit awkward here.

dah lama sangat tak menaip.


tapi tadi aku try tengok balik entry lama-lama.

sebak beb.

caused i feel like i lost myself.

i used to be someone who can write anything.

tapi sekarang, i prefer to keep it to myself. em do i have any option pun?


haha

see ya :)

20200813

it's been a while

so ya assalamualaikum guys :)
i hope everyone are fine with your life, work etc.
if nothing went well, it's okay.
at least you're still alive.
that does matter. am i right?

alhamdulillah i'm doing fine.
not everything goes well as i want.
but i'm still alive, can eat good food, still scrolling my social media, laughing to my lame jokes.
haha alhamdulillah.

actually, i don't have any specific topic to write here.
ya many thought in my head.
but sometimes that thoughts just fade away as i think i'm lazy to think further.
haha apa awak merepek ni huda?

one of my thought is, i want to keep my blog private.
sebab twitter yang aku dulu banggakan kerana itulah satu-satunya medium yang aku tak private dan i can write anything pun aku rasa tak insecure dah.
lalu aku privatekan.
ya those feeling sxck you know.

jadi, rasanya lambat laun aku akan tukar setting my blog to fully private.
so ya :)

btw, I'm eating banoffee pie while listening to sendu songs
suddenly i feel terrible yang tak dapat diungkap.
rasa teruk sangat.
rasa I'm not worth enough
rasa I'm not good enough.
but I'm okay.
but actually I'm not.

btw, dekat twitter sekarang semua lincah ambil test minda sihat apatah tu.
self diagnosed is not really good. lagi-lagi if you get bad result from it.
better go to hospital ke apa untuk dapatkan proper diagnosed by doctor etc.
sebab i do it twice, and it affect me badly right now.
mestilah aku ada rasa perlu pergi hospital lagi-lagi rumah dengan hospital jaraknya macam dari bilik nak ke dapur, nak cakap dekatnya tu.
tapi, entah tak cukup courage lah kot.
plus, people think I'm okay so what for I'm going there.
dannnnnnn aku busy sekarang.
busy kejar kdrama semestinya.
haha tak lah.

apa-apa pun, aku harap semua orang baik baik saja.
if you need me, im still here.
you know where you can find me.
insyaAllah, selagi nadi ini masih terasa, selagi itu aku ada.

tak ada nota hati, cause i feel not to :)

20200110

Comfort zone is over geng

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim

Sedikit awkward untuk mulakan apa-apa. Aku tak update selama setahun kot. Apo gila busy bonar ya awak huda. Haha but ya alhamdulillah everything is fine. Aku sihat malah makin sihat, harapnya sesiapa yang jenguk kemari pun sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya. So lets start!

Okay sebelum aku pergi lagi jauh, aku ringkas kan sedikit apa yang berlaku pada aku dalam tempoh setahun sunyi sepi ini. Awal tahun 2019, aku dapat result STPM. Alhamdulillah keputusannya elok, mencapai target aku. Kemudian, mohon UPU dan keputusannya alhamdulillah juga. Aku dapat pilihan pertama aku daripada 12 pilihan iaitu Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Ya saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada warga UUM. Peh tiber. Hahah nanti aku cerita lebih sikit berkaitan kos aku tu. Kemudian, aku mulakan semester pertama dari September/2019 sampailah awal Januari/2020. Alhamdulillah aku dah pun seat for my final exam. Dah balik dah pun untuk cuti semester. Jauh di sudut hati, berharap keputusan akhir semester pertama ni boleh membanggakan hati kecil ini. Amin.

By the way, untuk entry kali ni aku lebihkan kepada cerita di negeri orang lah.

Sumber : Google Image

Aku pasti semua orang tahu UUM terletak di Sintok, Kedah. Orang kata tu hujung dunia. Dah lah dalam hutan, hujung dunia pula tu. Hujung dunia tu sebab aku dari Johor lepas tu tercampak dekat Kedah. Hujung ke hujung deknon. Jangan offended okay. Hahaha time aku tahu aku dapat UUM tu, aku call mak aku terus. Aku tak menangis aku tak apa. Aku macam clueless. Tak tahu lah sebab faktor masa tu tengah kerja ke apa tapi aku speechless lah. Sebab aku rasa jauh kot. But well aku tak menangis which is good. Tapi runsing. ahhh aku pun tak tahu lah apa aku rasa time tu.

Hari yang dinanti-nanti pun telah tiba. Aku dedor weh sebelum daftar tu. Aku excited tapi dalam masa yang sama hati aku tak rela. Banyak faktor yang mempengaruhi aku masa tu. Huhu sedih chui. Silap silap.. aku tak ada ambil gambar barang-barang yang aku angkut pergi sana. Dia tak ada lah banyak cuma tu lah aku fikir ke depan sangat. Sabun-sabun, segala stok makanan yang sepatutnya aku boleh beli dekat sana, aku angkut juga dari sini. Itu silap pertama tapi dimaafkan. Semoga nak naik sem dua ni tak buat perangai macam tu ya.

Hari daftar tu aku datang lambat sikit. Nak datang awal mula-mula tu sebab nak dapat bilik yang okay. Em tak tahu pun bilik okay tak okay macam mana tapi ya lah expectation datang awal, dapat bilik okay. Tapi padahal sama je haha. Okay disinilah aku mula kenal roomate aku. Aku rasa sangat bersyukur alhamdulillah sebab aku ada roomate sebegitu untuk first sem ni. Allah sangat tahu orang yang macam mana boleh handle aku. Ha gitu dan disini juga lah kita dapat lihat detik lemah seorang huda apabila kena tinggal dengan mak dia ya. Allahu semuanya masih segar diingatan ya anak-anak. 

Aku ni anak bongsu tau. Tak pernah tinggalkan rumah, family dari lahir lagi. So can you imagine how sad i am bila mak nak tinggalkan aku dekat situ? Bukan setakat sedih sebenarnya. Aku rasa macam a part of me pergi tinggalkan aku. Allahu rapuhnya aku saat tu rasa macam memang nak ikut balik. Semua perasaan bercampur baur, dengan tengok orang lain cukup mak ayah pergi hantar, dengan tengok orang lain asal bawa barang sikit sangat ni. Aku bawa barang macam nak pindah. Lepas tu aku fikir macam mana nak survive. Aku fikir lagi boleh ke aku hidup dekat sini. Ya side pesimistik aku keluar dengan penuh kejayaan. 

Alhamdulillah bermula minggu orientasi, maka bermulalah seorang huda nak sesuaikan diri di tempat orang yang jauh dari negeri asal. Aku call mak aku hari-hari time orientasi ni. Setiap kali call, setiap kali tu juga aku menangis. Aku memang cengeng gila time ni. Tapi mak selalu bagi motivation supaya kuat. Macam-macam mak aku cakap supaya aku kuat dekat sintok tu dan kata-kata tu lah jadi penguat aku setiap hari untuk terus hidup. Ya time tu yang aku perlu hanya hidup. Nak jadi apa, jadilah. Apa yang penting aku hidup. Hahah sabar je lah. Aku menangis tiap kali family contact aku. Tak kira abang-abang aku ke kakak-kakak aku, memang menangis. Part ni aku bersyukur sangat ramai orang yang supportive. Even diaorang buli aku ke apa, tapi bila aku jatuh diaorang ada. Alhamdulillah. Ok nak upah. Dah puji ni :p gurau gurauu. 

Lepas tu, time video call ada anak-anak buah aku, menangis juga wehhhhhh. Tahap rindu dekat Sofia, Adam dengan Dhuha rasa macam ya Allah, jangan bagi diaorang lupa aku. Thats why aku cakap aku rasa macam kena tinggal. Sebab orang-orang yang aku sayang tu jauh sangat. Sampaikan ada satu masa tu kakak aku call, aku terfikir nak tukar universiti. Paling dekat dengan rumah aku, ada UTHM. Aku pernah terfikir nak tukar ke situ atas sebab tertentu. Aku cakap dengan dia aku nak pindah. Tahap tu aku dah tak boleh go dengan apa benda aku hadap dekat situ. Padahal tak ada apa teruk pun aku hadap tapi mental aku koyak teruk. Tahap teruk tu sampai cara aku nak survive, aku all out dalam setiap aktiviti time orientasi tapi, bila nak tidur aku akan menangis. Haha aku tak ada buat apa pun, tapi aku jadi budak paling baik, tepati masa, time malam MSK tu aku all out gila-gila sampai hilang suara dan mak ingat aku demam. Hewhew

Fasa menangis setiap hari berlarutan sampai mak kata, kena call 2 atau 3 hari sekali. Tak boleh call setiap hari macam ni. Sebab ye lah lemah bonar ekau ni da. Eh mak aku tak cakap macam tu tapi ye lah macam mana nak kuat kalau macam ni. Ha gitu. So ya aku call 2/3 hari sekali macam tu. Alhamdulillah aku fully okay selepas 3 minggu dekat situ kot atau sebulan? Lama lah cerita dia. 




I should choose other photo kan. For now, biar dulu. hahah

Dah start kelas apa semua, alhamdulillah. Tapi mental aku kembali rapuh apabila aku kena belajar sejarah. Dude, i never know i will learn history. Likeee whyyyyyyyy history??? Ya silap aku sebab tak buat reasearch pasal course aku tu. Belajar dalam kelas Bahasa Inggeris tau. Padahal apa yang aku belajar tu, aku belajar masa tingkatan 6. Tapi kali ni aku belajar dalam Bahasa Inggeris. Ya Allah memang aku blank weh. Haih tapi tulah tu hahah nak hidup, koyak. Nak belajar, koyak. Tengok orang lain terlebih pandai pun koyak. Serius aku rasa macam aku salah course ke ni. Hampir setiap kali habis kelas, aku keluar aku rasa aku tak belajar apa-apa. 


Hahah tapi, dengan segala pahit manis ngadap semua subjek tu akan jadi ikhtibar lah untuk semester akan datang. Masa sem 1 ni aku jumpa juga beberapa jenis manusia yang banyak aku ajar macam-macam. Jenis yang betul-betul buat aku terduduk. Jenis yang buat aku koyak teruk. Jenis yang buat aku termenung fikir nasib sendiri. Jenis yang buat aku rasa jangan percaya orang walaupun orang tu paling rapat dengan kau. Ada banyak lagi tapi itulah antara yang betul-betul mencabar mental dan hati seorang huda. Entah lah aku rasa semester pertama ni adalah proses membentuk mental aku supaya jadi kuat dan tak mudah koyak. Orang yang kenal aku tahu yang aku jarang koyak dan susah gelabah. Tapi kat sini, hamekkkkkkk terciduk member hahaha

Settle KPO dengan mantan :)

Tapi kegelapan akan pudar bila datangnya cahaya kan? Eceh tiber. Minggu kedua aku dekat sana, aku nampak poster kelab Johor ni cari exco kepimpinan baru macam tu lah. Dia buat interview gitu. Aku pun pergilah dengan niat saja-saja dan teman kawan. Tapi realitinya aku amat tidak suka segala sesi interview sebab tak suka lah. Hahah so ya aku pergi interview dengan tak ada prepare apa-apa. Datang bawa badan sebab otak dan hati entah tertinggal dekat mana-mana. Bila masuk bilik tu berdua dengan kawan aku tadi. You know what, surprisingly aku happy sebab aku jumpa orang Johor yang lain. Aku mula sedar bukan aku sorang je budak Johor yang kejauhan dari family semua. Bila datang interview saja-saja tadi tu, aku memang tak expect aku diterima ke apa lah. Satgi time kelas history dapat whatsapp yang mengatakan anda diterima yada yada. Aku tersenyum seketika. Eceh berbunga lah sikit hati member. 




Jujur aku cakap, disaat aku rapuh, bila jumpa budak-budak Johor ni, aku rasa happy. Macam jumpa family. But actually diaorang memang family pun. But ya faham kan perasaannya. Aku rasa macam hidup sikit. Okay done puji. Maleh ah puji-puji hahahah btw, aku masuk kelab ni bukan jadikan aku assabiyah ke apa tau. Please dont think that way. You know, i'm kinda person yang susah nak rapat dengan orang. I've that kind of problem that i find it's hard for me to survive lagi-lagi dekat tempat orang. Tapi bila aku jumpa diaorg, aku rasa selamat. Sebab diaorang family. Wallahi aku bersyukur sebab Allah gerakkan hati pergi interview etc. Alhamdulillah aku jumpa budak-budak masuk air ni hahah plus, diaorang sangat memahami. Allahu dah tu je. Sebak rasa hahahah






More dinner with you guys insyaAllah :)
Aku rasa sampai sini sahaja aku coretkan cerita permulaan aku di UUM. Aku tengah cuti ni so dengan harapan yang agak tinggi, aku akan update banyak lagi lah. Even merapu tapi, sebenarnya ini antara platform atau medium untuk aku build my confidence level gittew. Atau lebih tepat medium untuk membebel. Hahaha maybe untuk next posting, aku share pasal course dan roomate. Ha apa tu yang special sangat pasal roomate aku ni? jeng jeng tak ada apa pun. 

By the way, perjalanan baru ini adalah titik permulaan hidup aku yang sebenar. Sesungguhnya ia tidak mudah. Langsung tidak. I'm struggling each day to stay alive dan till now aku masih mencari kekuatan untuk sentiasa kuat bila dekat sana. Huhu aku harap dengan coretan ini, akan jadi penguat aku bila rapuh nanti. Kalau nanti-nanti aku baca, aku harap diri aku tahu yang aku pernah jatuh dan aku pernah bangkit lagi. Bukan terus jatuh dihimpit emosi sendiri. So ya bubai. 

N O T A H A T I : degree life is tough weh. soalan final haritu aku rasa tahap goreng tu hangus lunyai duh. wiwiwiwiwiwiw selesai first semester guwe. dear strangers, doakan saya please :) moga kita sama2 capai redha Allah dan berjaya dunia akhirat okie! see you when i see you!

huda dan acah comel berpisah tiada

20190316

Its 2019 guys

Assalamualaikum

HAIIIIII IM BACK WEH!!!!!

Im good and alhamdulillah my form 6 journey was done.
Dah dapat result and in process untuk mohon upu.
Its quite hard actually to decide for our own future.

Sebelum ni sedikit sibuk dengan study, uruskan emosi, buka laptop semata buat assignment. Tapi banyak juga tidur. But Alhamdulillah semuanya berakhir dengan tenang. Eh awkward lah menulis. Biasa buat status whatsapp panjang2 just because im missing to write again. Tu jerrr

Okay I think, enough for the beginning. Soon insyaAllah i'll update again.

Note: Somehow, i think i have to write again because there are so many things i want to say to people but im scared to do so and.. you know, its hard to make a big decision in your life without your ayah. Yes i have my mom beside me. But you know i want both. Because each side has different opinion. But ya, i hope everything will be fine insyaAllah.

Pray for me!

20171226

End of December!

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys. I'm back with so many thought in my head. It gonna burst someday which i don't know when. Nevermind and forget it. Alhamdulillah aku sihat lagi setia disini. Awak sihat? I hope you are doing fine. Its been a while right? I'm not brave enough to ask you through ws or what but ya moga sihat2 saja ya.

So we already at the end of december. Yes time flies so fast. Tiba2 lagi seminggu dah nak sekolah. Disebabkan aku sedar yang blog aku tiada yang menjenguk so aku decide nak tulis apa je. Haha lantak ko ler. Kali ni maybe entry sedikit rojak. Tapi, siapa kisah?

Sepanjang 2017, Allah susun setiap detik hidup aku penuh dengan warna. Wallahi i think this year is the most challenging year. If 2009 is my struggle to live without ayah. But this year i'm struggling to find my self. It is not easy if you want to know. Allah hantar pelbagai ujian. Perit dan pedih pada mulanya. Tapi, Allah juga yang hantar kekuatan dari pelbagai arah dan cara. Tidak terkira berapa banyak kali menangis. Rasa macam why do i have to live like this? Do i have to care about my surrounding? Rasa bergaduh dengan diri sendiri lagi teruk daripada bergaduh dengan orang luar. Because your inner self know you better.

People keep comes and go. Give fake hope and suddenly dissapear. Thats the part of challenge i have to face. Every morning i wake up and the same thing happen. How many times i've tell myself to give up? Countless. How many times i want to run from all this thing? Countless.

But then, i realised. Till when i have to run instead of facing everything? Problems cannot be fixed if we keep running without solve it. I just wanna share my sadness. (?) Haha tapi aku sedar kini, kesedihan itu buat aku rasa nak bangkit. Untuk tahun ini saja, aku hilang 3 ekor kucing. Seekor pada bulan 6. Seekor pada bulan 9 atau 10. Terkini, a few days ago. Konsep dia sama kalau kau hilang orang yang kau sayang. Bila kita dah sayang, jaga elok2 dan hilang. Allahu.. sedih sangat weh. Kucing tu dia datang sendiri pastu pergi ni pun sendiri.

Then, aku terfikir. Allah uji begitu supaya aku ingat yang manusia tu boleh pergi dan datang bila2 je tanpa cakap apa2. Jangan mengharap tinggi. Jangan sayang lebih. Sebab bila kita dah sayang lebih, bila dia pergi tu peh perit weh. Allah uji bukan saja2 tapi Allah nak bagi mesej. Tipulah kalau tak sedih tapi kalau Allah dah tetapkan begitu, siapa mampu melawan? Sedangkan malaikat yang sering turuti perintah Allah tanpa bantahan pun tak boleh lawan apa yang Allah dah takdirkan apatah lagi kita ni yang iman kejap naik kejap turun. Dunia ni menyedihkan dan mengecewakan. So why do you expect more?

Ok lapar.
No nota hati.
Sebab hati koyak.
haha.

20171129

Kucing

Assalamualaikum
Bismillah,

Hai saya disini kembali untuk berkongsi cerita dari akal mahupun hati.
Sekadar perkongsian untuk tatapan masa nanti.
Mahu pun nanti jasadku mati,
Tulisanku akan kekal abadi.
InsyaAllah.

So ya tajuk macam klise sangat kan? Klise tak klise lah yang penting aku rasa aku patut share apa yang baru terjadi ni. Kita teruskan je lah ya? Tadi petang aku pergi ke Pet Shop sekadar cuci mata nak tengok harga sangkar kucing. Dah alang2 tu tanya lah sekali harga makanan kucing yang biasa beli di luar. Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya makanan yang biasa aku beli tu, tak elok untuk kucing. Katanya sebab kandungan garam tinggi. Ya rabbi aku rasa macam nak siat-siat hati sendiri sebab tergamak bagi kucing sendiri makan makanan tak elok.

Kesan makanan tu pada kucing dalam jangka panjang ialah ada batu karang. Weh, batu karang is not a joke kot. Kalau kena pada manusia pun masyaAllah sakit kan? Itu untung sakit dan boleh bagitahu. Ini kucing kalau sakit dia ngiau je. Untung faham, faham. Kalau dapat owner macam aku ni, asal ngiau je aku fikir dia lapar. Pehhh luruh hati aku ni ha kalau fikirkan lagi. Aku baru bela kucing. Before this pernah lah bela tapi itu lebih kurang 10 tahun yang lalu kot. Kucing sekarang ni yang datang sendiri.

Inilah kucing2 aku. besar tu ibu. kecil tu anak dia. minum susu gaya upside down.

Aku disini ingin mengingatkan kalau ada yang baru nak bela apa2 binatang sekalipun, tolong cek dulu makanan tu okay ke tak apa semua. Tak perlu makanan yang mahal. Cukup dengan kemampuan kita dan haiwan yang kita bela tu sihat. Tak perlu lah dinyatakan aku pakai brand apa. Aku pakai brand tu sebab bumiputera punya dan pernah ada iklan di tv. So, sebagai pengguna yang berjaya dipujuk dengan pengiklanan, memang beli lah jawabnya.

Tanyalah dekat mana2 pun. Pet shop ke, ig yang jual kucing ke atau orang yang dah bela kucing untuk tempoh yang lama. Kiranya yang berpengalaman sangat lah. Tanya je macam2 at least kau tak menyesal dikemudian hari seperti aku ni ha. Tapi, aku tanya jugak dulu tapi tulah pergi tukar makanan lain. Huwarghhh sedangkan kita pun nak makanan yang terbaik masuk dalam perut kita kan. Ok sedih.

At the end of the day, aku rasa makanan yang paling bagus adalah nasi gaul dengan ikan. Sekian.

N O T A H A T I : Entry yang tak plan lah yang muncul dulu. Coming soon insyaAllah berkenaan dengan lesen. InsyaAllah weh insyaAllah! Mohon tak malas. haha kbai

20171013

Small experience

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Aku kembali lagi.
Tahu ada yang sudah lupa.
Kerana sifat manusia itu cepat melupakan perkara yang tak bermanfaat lagi untuknya.
Ke tak? Ke macam mana?

Okay apa-apa pun lah tak kisah pun. Haha maka dikala rajin ini marilah cerita apa-apa yang berkaitan. Entri terakhir aku adalah pada 9/6 yang bermaksud sudah lebih kurang 4 bulan aku tak buat entri apa-apa. Sebenarnya ada je. Banyak je yang dah taip tapi sampai separuh page, terus ku ucapkan selamat tinggal. Sama ada dah tak ada idea atau malas tiba-tiba datang. Tapi, InsyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk habiskan yang ini. Ayuh!

Dah masuk bulan oktober dah pun. Setengah bulan dah wehhhh maksudnya apa tu? Maksudnya peperiksaan akhir sem 1 dah dekat dan lagi satu, 2017 dah nak sampai ke penghujungnya. Lagi satu.. perpisahan kian menghampiri. Haha okay bertenang semua orang. Hari tu lebih kurang 2 minggu lepas baru selesai peperiksaan percubaan semester pertama. Alhamdulillah selesai walaupun dalam minggu tu sibuk yang amat untuk majlis akhir tahun. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tipulah kalau tak ada peritnya. Tipulah juga kalau kata tak ada memori manisnya.

sebab bila bertiga baru otak masing2 berfungsi dengan baik.

a day before the majlis.

Masa sekolah arus perdana dulu, segala majlis serahkan pada cikgu. Tak pernah pelajar uruskan semuanya dari a sampailah z. Tapi, alhamdulillah pengalaman yang satu ini sangat mengajar macam mana nak uruskan satu majlis besar. Penat lelah usah dicerita. Kena marah satu hal. Hal-hal lain pun banyak lagi. Haha tapi sangat manis bila dikenang lepas majlis. MasyaAllah serius sesuatu yang pasti diingati walau dimana pun aku tercampak nanti. Cikgu siap cakap, ''sabarlah. ini lah masanya awak belajar pasal protokol majlis semua.'' Terbuka lah minda sikit masa cikgu cakap ni. Cikgu-cikgu pun sama, banyak sangat tolong. Baru kenal tak sampai setengah tahun tapi rasa sayang cikgu kepada kami tu uish melimpah-limpah woi. Haha senior-senior pun. Malas cakap lebih-lebih pasal senior. Haha maka, berakhirlah majlis, berakhirlah juga sesi berfoya-foya. Dalam 24 hari je lagi nak peperiksaan akhir.

Cerita sedihnya adalah, event ni setahun sekali. Orangnya bertukar ganti. Tapi, gambar aku yang elok tak ada. Gambar yang ada aku pulak boleh dikira pakai jari. Maka, ini jelah gambar yang elok dan ada aku. Sobs.

bukan kembar
today is her birthday so happy birthday nones!



Lagi satu!
Alhamdulillah hari tu aku ada pergi temuduga untuk separa perubatan. Tak tahu nak terangkan perasaan pergi temuduga. Untuk orang yang banyak gila pergi temuduga, mungkin dah tak kisah dah. Tapi, ini adalah pengalaman pertama aku. Maka, itu satu pengalaman dan pendedahan yang sangat bagus lah. Nak dijadikan cerita, aku orang terakhir untuk temuduga tu. Nak menunggu giliran daripada gementar gelabah terus jadi relaks yang amat. Nasib aku bawa stok biskut, mentos dalam beg. Sempat lah mengunyah sebelum masuk bilik temuduga tu. Haha bila tiba giliran aku, masuk bilik tu masyaAllah aku rasa macam nak lari. Tapi, senyum je lah.

Dipendekkan cerita lagi. Aku dapat 2 panel. Alhamdulillah sangat baik kedua2nya. Perkara pertama yang diaorg suruh buat, ceritakan pasal aku. Aku pun bebel lah apa2. Soalan kedua, kenapa aku rasa aku layak untuk jawatan yang aku mohon tu. Lepas tu, dia dah tanya soalan. Lebih kepada perbincangan. Panel tu pun cakap inilah untungnya awak jadi orang terakhir. Diaorg yang banyak cakap. Aku tukang dengar je. Rezeki weh. Kalau dia tanya macam-macam mau aku gelabah tak tentu pasal. Padahal aku dah siapkan jawapan macam-macam tp alhamdulillah tak ditanya. 

Nampak perkara ini macam tak ada makna kan. Tapi, ini satu pengalaman besar yang macam rasa nak suruh sesiapa yang dapat tawaran temuduga tu.. pergilah. Lagi2 untuk orang yang tak pernah pergi. 

Image result for experience quotes

Dah nak exam ni. Doakan pls dear strangers :)

N O T A H A T I : Nak buat kenduri doa selamat tak sebab berjaya siapkan satu entri tanpa tangguh berhari2 haha. Konsepnya mudah je. Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih. Hamekkauuu sendiri cakap sendiri terasa. So ya! Ada org tu pesan bila dh baca blog aku, '' dont mix your bahasa ". So ini hasilnya. See ya!

20170610

Tidak Mengapa

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Haiiiilo mailo stailo eberebadeh! Ya Rabbi dah lama sangat ni tinggalkan blogku keseorangan terkapai-kapai. Tak busy pun tapi tak ada rasa nak menulis ha giteww. Alhamdulillah sekarang kita berada dalam bulan ramdhan yang penuh barakah. Aku alhamdulillah sihat dan makin sihat haha. Awak apa khabar? Semoga sihat juga ya. Okay blur jap tak tahu nak sambung apa sebab macam excited dah lama tak mengarang.

So maybe i can share what i'm doing right now kot? Okay so yeah as you guys know budak-budak lepasan SPM dah berteraburan di muka bumi Allah untuk menyambung pelajaran dan tidak terkecuali aku. Alhamdulillah aku masuk form 6. Dekat mana? Dekat hati awak boleh?




Alhamdulillah baru je sebulan bersekolah so cabaran tu belum betul2 terasa tu yang berjalan aje kojenya haha. Soon lah soon. Haha doakanlah aku dan kawan2 dapat menyelesaikan form 6 kami dengan penuh kejayaan gilang gemilang terbilang dan dapat sambung degree insyaAllah.

Act, ramai cakap form 6 susah lah amende lah. So let me ask you. Diploma tak susah ke? Matriks tak susah ke? Asasi tak susah ke? JAWAPANNYA : SEMUA SUSAH. Sesungguhnya, setiap fasa dalam hidup kita ada susah dan senangnya. Effort masing2 lah kan? Sis mohon jangan dah buat perbandingan antara apa2 lepas ni. Semua tempat ada kelebihan masing2. Okay? Tak makan dalam pun cuma macam kenapa kena macam tu? Ha giteww tp aku okay je.

Lagi pun form 6 sekarang dah pakai sistem penggal. Lebih kurang macam sistem universiti lah. Memang lebih kurang pun sebab form 6 kan pra-u giteww. Yang penting, semua tempat sama sebab niat kita nak belajar. Pergi tempat bagus mana pun tapi kalau tak nak belajar pun tak jadi apa kot. Kan? 

So yeah today is last day for holiday. Tak payah tanya excited ke tidak nak sekolah. Of course tak. Haha sebab dah lama benauu cuti. Sekolah nanti mungkin dah banyak kerja ke apa so nak menghapdet blog ni makin jarang lah kot. Ceh baru sem 1. Sem 1 macam chill je. Bak kata senior.

Maybe next post entry pasal lesen kot. InsyaAllah.

N O T A H A T I :- rindu gila nak buat nota hati! haha tak ada apa dari hatiku ini. Cuma nak cakap, jangan memberi harapan jika apa yang lidah katakan dan hati rasakan tidak sehaluan. Okbaiiiiiii 

20170313

Hikmah

Assalamualaikum

Will come one day, you lost your ownself.
You does not even know-- 
what should you do,
what should you say or, 
what should you react to something.


I dont know why.
Rasa kecelaruan yang macam apa benda ni weh?! Ha gitu.
Mungkinkah sebab result spm dah nak keluar in a few days?
Wallahi hati aku dah serupa rojak petis.

Okay what ever just forget about the result for now.
Hari ini, Allah temukan aku dengan seorang makcik ni.
After a few topic, dia tanya,
'' apa tujuan kamu hidup di dunia? "
I was like tergamam yg hanya mampu tersenyum padahal makcik tu nak dgr jawapan aku haha
But then she said, " di penghujung nanti kita nak jumpa Allah "

" Kalau kita nak pergi mekah ke us ke kita bawa bekal kan? "
angguk.
" Samalah bila nak jumpa Allah, kita kena jaga solat, jaga semua sebagai bekalan nak jumpa Allah nanti. "
angguk, senyum lagi.
" Sambil nak tunggu customer ni, sambil tu boleh berzikir, banyak sangat pahala. Rugi kalau bazir macam tu je. "
angguk, senyum lagi dan lagi.

After that conversation rasa macam hidup ni not because of hidup semata. We have mision. Terlalu banyak ruang dalam dunia ni yang kita boleh ambil untuk dijadikan saham akhirat. We live in this dunya only for temporary. We dont even know when the time Allah panggil kita dan tinggalkan dunia.Time tu, segala harta duit, rumah, kawan, bahkan keluarga kita tinggalkan. Kita dalam kubur nanti sorang-sorang. Bertemankan siapa?-- amalan kat dunia tu ha.

Aku selalu cakap dekat org atau pada diri sendiri--
Allah temukan kita dengan seseorang tu bersebab.
Serius, sejak aku kerja ni aku jumpa berbagai jenis org dan diaorg ajar aku macam2 secara tidak langsung :)

terlalu rindu.


N O T A H A T I :- May Allah ease everything pada hari khamis ni. Moga hati ini tenang dengan segala ketentuan-Nya. He knows better :)

20170127

Form 5

Bismillahirrahmanirrahim

Heyooo finally the mood is back! So sementara mood membara nak hapdet blog ni, marilah kita mulakan ya. Uish i'm so excited okay. So, today i want to share about my form 5 year. My form 5 life. My memories as form 5 student. My bad day as form 5 hak hak banyaknya. So what ever yang penting aku nak cerita pasal aku dan form 5. Gitchewww

So, alhamdulillah i was done with my school life. Now i tanam anggur kat rumah sambil tengok cerita korea all the time. Kalau time depressed i tidur all the time. Kalau i happy but i bosan i em so far tak ada lagi perasaan sebegitu. Aku rasa lifeless jugak lah. Aku nak kerja tp belum sampai masa. Takpe.. so ya tadi petang aku nampak lah situasi budak sekolah balik sekolah. Pastu tertengok ada budak handsome. Aku pun bermonolog asal dulu aku balik sekolah tak ada nampak budak handsome pun. Hm its okay.

So banyak gila so kau wahai huda. Bila nak start ni woi? So here we go! Aku dulu budak kelas bijak. Budak kelas akaun tp akaun aku kelaut. Aku tak tahu lah kenapa dulu aku redha bila aku dapat kelas akaun. Tapi, i'm survived with so much tears sobs. Alhamdulillah serius alhamdulillah aku dapat cikgu2 semua bagus. Rasa terjamin masa depanku kah! Maka, aku mulakan dulu aku ni macam mana dalam kelas ok? Haha aku tak tahu nak start macam mana. Serius weh aku ni kalau bab intro memang sumpah kelaut. Karangan aku pun macam tu dulu. Nak spm ni tp aku tak reti nak buat intro karangan. Lagi berapa minggu tah baru aku pulun buat karangan eh tak pulun sangatlah tp atas bantuan seorang guru ini, alhamdulillah hehe dan alhamdulillah one of the karangan yang aku latih tu keluar dalam spm huhu syukurrr tak lah sebijik sebulat tapi, dalam kelompok yang sama. 

Aku bukan spesis hantar homework on time sangat lah. Aku ingat lagi awal2 tahun memang berazam nak hantar homework on time, takde tangguh2. Lepas tu ada seorang kawan aku cakap, " alah itu semua awal tahun je. Tengok ah nanti dah bulan 2 ke bulan 3." kuaja gila. Tapi betul lah tu bila dah masuk bulan 3 dah lemau. Haha too many homeworks like takde life kot. Start bulan berapa ek cikgu dah kurang bagi homework tapi, banyak latihan ke latihan sama je dengan homework? Haha aku tak dapat bezakan luls. Oh! Start bulan berapa tah start dengan kerja kursus akaun so sebab tu kurang sikit homework. Aku short term memory punya orang lah hadoi. Pasal kerja kursus tu.. banyak dugaan serta liku2 kehidupan yang kami redahi. Hakhak acah tapi alhamdulillah Pn Tee banyakkkkk sangat tolong. Serius, beliau sangat membantu i really adore her. Haha rindu lah pulak. Bila time imbangan duga tak imbang, ramai classmate yang tolong. Thank you guysss haha nak mention sorang2 segan. Aku ingat siapa mereka. Pernah weh aku jerit dalam kelas waktu cikgu tak ada sebab imbangan duga aku tak imbang. Stress lah kira2 pastu tak imbang. Thanks to those yang tolong aku hehe lebiyu.

I was known as budak pendiam serta sopan. Itu diaorg yang cakap tapi, tak ada lah seperti perempuan melayu terakhir. Tapi, more to diam bila orang yang aku tak kenal sangat ada di situ. Haha acahnya eii lempang kang! Dalam diam2 tu nakal jugak lah. Aku tak tahu lah kenapa sebab aku kurang kasih sayang dari kawan2 kot. Yelah, since form 4 time rehat aku bertugas so waktu dengan kawan2 ni terhad. Ada time kelas dengan waktu solat serta kelas tambahan je. Sedih lah weh ke tak? What ever tapi yang rasa kecewa sikit dengan diri sendiri, aku tidak begitu gemar ambil gambar. Serius. Time diaorg ambil gambar tetiba aku lari. Lepas tu nak menyesal sekarang eii tak guna dah. Ada lah sisa2 gambar yang aku kutip kat mana2. Haha bongok jugek ler resenye. Then, yang pentingnya aku bukan stok budak2 baik of course i'm not hukhuk humble teruks.

So nak cakap apa lagi ni?

Oh dear deskmates/groupmates/classmates/gosipmates,
Thanks for support me through thin and thick. Always help me even i'm not asked to. Terima kasih untuk layanan yang baik since day one aku masuk sekolah tu. Segala tunjuk ajar, gurau senda yang mampu buat aku tersenyum malah gelak tak ingat dunia seriously i really appreciate it. Terima kasih juga sudi pujuk bila aku menangis. Haha so gembeng. Aku tak berapa ingat sangat bad memory kat sta. Serious talk! Ini bukan kes jaga hati tapi memang kabur je.

Ingat tak.. waktu addmath form 4 dengan Cikgu Wildan? Tajuk apa ek yang ada kalau nilai maksimum muka masam ke senyum entah. Then, he suppose to said muka senyum but accidentally he said muka manis. Sampai ke form 5 korang still bahankan benda yang sama. Mungkin cerita ni nothing. Kosong. Tapi, bagi aku it still make me smile mungkin aku memang jenis mudah terhibur dengan benda simple. Haha serius budak kelas aku memang suka bahan orang termasuk cikgu weh. Haa siapa terasa nasib ah. Aku tak mention nama kira bersyukur tau kalau aku mention jakgi aku yg kena luku kepala.

We really loved waktu pjk. Bukan bersukan pun.. more to bercerita atas kerusi yang bertingkat tu. Haha oh ya! Main bola jaring! Omaigadddddd ingat tak mostly lepas waktu pj adalah waktu inggeris. Kelams kabuts kau tahu lepas kat padang terus rushing balik kelas. Perati je either miss dah sampai ke belum. Lagi haru kalau ada homework yang beliau nak pada hari itu. Sampai ke padang bawak kamus kau! Haha bila ingat balik lawak weh hadoi. Rasa lah fakenya disitu. Garang2 beliau pun, we still boleh gelak2 dalam kelas. Ada satu hari tu, semalamnya aku pergi program bahasa melayu tu alangkah tidak begitu baiknya nasib aku, aku kena ceritakan apa yang aku dapat time program tu in english. Speaking berhabuk terabur berlanggar kereta motor lori semua kau. Serius weh aku banyak kena gelak je time cakap tu. Nasib sis pandai cover *flip tudung*.

Aku sebenarnya tak berapa ingat aku ni macam mana dalam kelas. Logik tak reason? Haha serius tapi aku cepat annoyed bila ada yang nyanyi lagu yang sama all the time. Haha yg lagi bertambah annoying jakgi dia dah diam, aku pulak pergi nyanyi lagu yang sama hahaha pastu macam bongok ah diam ah! i always like that and my classmates already knew it and they dont care hak hak. Aku paling tak boleh lupa setelah diingatkan baru2 ni pasal aku kantoi simpan stok makanan bawah meja. Kalau budak2 kelas yang jumpa okay lagi lah ni cikgu yang jumpa. Aku punya gelak malu tu subhanallah maruah aku tercalah bhaii. Haha overnya eii. Yeah aku memang suka simpan stok makanan bawah meja. Paling setia, gula2. Sadisnya bekas aku simpan gula2 pecah berkecai lagi berapa bulan ek nak spm? Sebulan? Tak ingat ah.. Deskmate aku pun suka bagi makanan so we can share together2. Awhh so sweettt.


my tugasmates? haha nama yang sama tapi beza ejaan tapi sama maksud? awh rindu my alia dan my aliah.
teman rehat untuk tempoh yg kejap gila tu. thank you muah!

Lastbut not least, haha acahnya so dah nak dekat spm, i was like macam what would happen after my spm? Do i be able to live in this world without anyone will always remind me to do this to do that, be careful to strangers, becareful to this and that. Siapa yang tahu aku bagaimana, they should worry about me! Haha bajet kau anak siapa dalam dunia ni? Aku takut sebenarnya.. Aku takut nak tengok dunia luar. I've been too protected by people around me atau aku sendiri yang mengendeng sentiasa dengan mereka. Haha silalah rindu aku.

Aku sangat out of idea sekarang. Tapi, i must siapkan post ni! Haha kamon baby kamon.. if aku dah give up sebab tak ingat, insyaAllah aku sambung next post which is i dont know when. Aku try lah bila aku ada idea, aku catat dekat note aku dulu. Ok penat dah. InsyaAllah i try my best untuk sambung. Sebab aku rasa macam tertinggal something but ya.. aku sangat nak update so hamek hamek! 

our last day at our dewan. ceh our dewan. so on that day was my 2nd day exam kat dewan
before this, di kelas yang bertujuh itu yang meroyan on 2nd day exam tak dapat pengawas handsome okbai

sebab aku lawo dalam ni.



N O T A H A T I :- posting kali ni sedikit hambar. oh bukan sedikit tapi, banyak. In progress cantikkan bahasa ibunda. insyaAllah lain kali aku update lagi haha tak rajin sangat lah sekarang. i rajin tido serta baking jerrr. sooooooo maybe if one of you nak tanya atau nak aku tulis sesuatu untuk next posting maybe boleh komen di bawah atau dm me di instagram atauuuu apa2 ah. zaman dah maju. okbaiiiii

20170114

Memories never die

Bismillah

Dah tengah bulan satu dah and i still tak post apa2 pasal sekolah. Sungguhlah aku ada niat tersebut setiap hari tapi hanya Allah yang tahu betapa tidak rajinnya diri ini. Orite marilah kita bust teaser je dulu. Teaser ke?


So insyaAllah by this week ada muncul satu entryyyyyyyy oh tolonglah rajin sikit wahai diriiii. okbaii see ya!


20160908

TRIAL EXAM IS OVER

Assalamualaikum orang kampung sekalian!

Ommo like seriously dah lama yang amat tak membebel sorang-sorang. So hai from me to you with love. Eceh.. so tulah dia alhamdulillah secara rasminya tamatlah peperiksaan percubaan SPM 2016. Alhamdulillah syukur. Penuh dengan perit, menangis bagai haha dan sebagainya. Tiada suka so far. Yang penting dah habis lah ceritanya. Trial exam ni tak seperti yang aku expect lah. Apa yang aku expect? Aku expect soalannya susah nak matey! Tapi.. nampaknya aku masih hidup. Dia punya susah tu masih dapat diatasi dengan baik. Susah tu susah lah weh tapi, bertabahlah anak-anak. Exam mana yang tak susah ya dak?

Tadi paper akaun. So, malam tadi pulun lah study balik bagai. Then, aku lupa macam mana nak kira susut nilai terkumpul. Serious macam tepu entah apa. Dengan penuh berani tanpa ragu-ragu aku pergi makan nasi time tu dah nak pukul 11 gitu. Dengan yakinnya aku cakap mesti lepas makan ingat balik. Pastu tak kisah pun berat naik ke apa ke. Dengan alasan, takpe. Lepas SPM diet ah! Ciskek sungguh. Dan alhamdulillah lepas makan aku tengok buku. Hadam baik-baik maka dapatlah kira. Tergelak juga lah time tu.

Bila fikir balik, time form 5 adalah part yang paling precious sekali lah. 13 tahun dah kot insyaAllah aku bersekolah. Too many things yang berlaku dalam tempoh bersekolah. Onyonyo tak boleh cerita semua sekarang. Sebab nanti lepas SPM baru boleh rumus semuanya. Luls

Seriously. Untuk batch 99, do your best. SPM is your beginning to be somebody in the future. Sambunglah belajar di mana-mana pun, rezeki Allah tu luas. Nanti kerjalah dimana-mana pun yang penting halal. Allah tu Maha Mengetahui. Dont worry too much okay? Yang penting bila usaha baru awak dapat. Serious talk.


 - Hai, saya Sofia. Saya cucu pertama dalam keluarga Sidek. Macam cerita kartun Sofia the First tu. Saya ni budak paling cheeky. Saya ada makcik dan saya panggil dia ucu. Ucu ni baik tapi suka picit pipi saya macam dia takde pipi dan mungkin juga dia tak pernah jumpa budak comel macam saya. Tapi, saya redhakan sebab ucu saya sayaaaaaaang saya -

FINALLY! Complete weh complete! Hehe I'm gonna miss this moment okayyy 

Ok done. Syukur. Tahniah Gg dan kak wan! Semoga kekal hingga ke syurga. wiwiwi ceganlah caye nak wish pepanjang. Yang penting i lep uolss 

N O T A H A T I :- Klik SINI semoga bermanfaat. Dan ya SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Kalau sempat berpuasa, puasalah. Pada 8 Zulhijjah, doalah banyakkkkk banyak. InsyaAllah doamu akan dimakbulkan. InsyaAllah. Okbai saya lapar! 


20160729

#sebab dah lama tak menulis

Assalamualaikum
Bismillah

Taaaaaaaaaaaaaaaadaaaaaaaaaaaaaaa! Huda indahausyow! Hai. Aku tak tahu lah nak gelak ke nak senyum nak krik2 ke. Tengok last post adalah pada bulan 4. Masa birthday sendiri pun tak ada posting apa-apa. Entah apa busy sangat pun tak tahulah. Raya pun tak ada post apa-apa. Dehek! Aku ni jaga anak agaknya. luls [gurau. don't take it so serious. i dont't have any child. i only have fruit daughter yang mana amat dirindui]

So alkisahnya sekarang dah masuk sem dua. Dah separuh sem dua dah pun. Kah! Trial SPM ada dalam 4 minggu lagi. Tak sebulan. Tapi 4 minggu. Haa gitu. Which is soooo fast like krezeh! Ouh ya hari tu kan dah exam midyear. Alhamdulillah result idokler gempak mana. Tapi, alhamdulillah. Semua ada peningkatan. Addmath yang digeruni pun ada peningkatan 100% mak kata tapi still fail. Tak apa.. nanti trial lulus insyaAllah, mak kata juga. Huhu dah ayah tak ada, mak jeler bagi support lebih :)

Alkisahnya lagi, hari tu aku ada banyak gila cerita nak cerita kat blog ni ha. Tapi, sekarang aku lupa sebab aku gabra belum iron baju nak pergi open house haha. Raya kan sebulan, kasi chan lah. Kenyataannya, aku sedang diserang virus selesema tapi tak sedar diri bila minum ais bagai. Kasi chan please? Ok dah habis merepek.


Sesungguhnya, insyaAllah pada 23/8/2016 - 8/9/2016 saya menduduki peperiksaan percubaan SPM. Maka, to all strangers yang dikasihi tolong doakan ya? Doakan saya dan para pejuang SPM yang lain dapat jawab setiap soalan dalam semua paper dengan mudah. Ya tolong ya? Thank you! Lebiyuuu

N O T A H A T I :- dekat uni nanti, kita jumpa macam-macam orang lagi. yang dekat sekolah tu kira percubaan. this is just my own opinion. kawan aku cakap, jangan terlalu desperate nak ada bestfriend. sebab, people changed. yang mana, rasanya sakit banget. ok bai




20160415

Grow up.

Assalamualaikum
Bismillah

Heyyo mailo. Saya sedar akan sesuatu. Saya dah besar. Saya sedang membesar. Im start thinking about further study. About my future. Yes my own future. I'm start thinking about which university i want to enter. About what course i want to take. Really complicated huh? Tak lah complicated sangat. Tapi, saya sedang kearah itu. Another step to be somebody. In Sha Allah everything will be fine. tapi hahahahahaha im not ready lah for sure. Its really something yang macam peh bila masa aku dah masuk fasa itu?

Mak dah start tanya banyak kali adik nak ambil apa nanti? Nak masuk uni mana? Ke nak masuk form 6? Nak ambil akaun atau bidang lain? Bila diajukan soalan sebegini oleh mak atau abang akak aku, rasa macam hei.. perlu ke? My childhood is not over yet. Haha aku budak akaun. Dan tak semestinya aku akan sambung akaun juga. Tapi akaun tu my second choice lah. My first choice tak decide betul-betul lagi. Aku ni dilema sangat tau. Tapi macam chill je lah. Maybe aku start fikir about my choice bila nak isi UPU. Seriously huda dah besar. Ingat lagi dulu main basikal, main buaian tenang tak fikir semua ni. Time flies too fast kan?

Bila di tuisyen, my ex classmate cakap my best friend dah start ada crush apa semua rasa macam bila masa diaorg semua ni dah besar? Rasa mak mak sangat tak nak semua orang membesar. Ya my best friend tu dulu tak ada crush. Crush dia pun hanya Hafiz Hamidun, Tajdid Hadhari tu je weh. Bila masa semua ni berlalu... Aku rasa macam baru semalam aku jadi budak baru di sekolah baru. Macam baru semalam aku berjual beli kek batik di sekolah lama. Nak nangis ke macam mana?

Another 3 weeks plus plus, midyear exam pulak. Lagi beberapa bulan saja. Lepas tu trial exam, dan.. SPM. Mungkin aku je kot rasa macam ni. Kot lah kot.



Entahlah ek. Aku rasa makin banyak dah aku belajar tentang kehidupan. Meaning of real life. Serius. Form 5 dah, tapi tak ada lah matured mana. Haha still main2. Sakat orang tu hobi kot. Main kejar-kejar tu ada lagi. Haha rasa excited untuk jumpa dunia baru tu ada juga. Tak tipu. 

Okayyyyyy ni namanya singgahan je pun. Ada kerja lain. Kerja kursus akaun dah start. Ohyeah! Okbai. Doakan saya wahai strangers. May Allah ease every single things in our life. Amin.

N O T A H A T I : Cikgu terkejut bila aku cakap aku tengok spongebob petang-petang. Mungkin cikgu lagi terkejut aku layan Descendants of the Sun kemain siap gelak nangis. Hikhik 

20160319

Baru sekarang.

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali hati terdetikkan sesuatu, pasti ada sesuatu yang Allah nak sampaikan. Yang mana, mungkin kita tak sedar. Atau sedar tapi tak nampak. Ke macam mana?


Image result for realize quotes

Seriously, take care nanti. Kita tak tahu sampai bila Allah bagi kita peluang untuk bernafas, untuk jumpa, untuk ketawa gelak sakan, untuk sakat, untuk semuanya. I've realize it.