20211202

Adulting is hard huh?

 .


setahu aku, diri ini tenang orangnya

tak mudah terlihat kesan akibat apa jua yang berlaku.

tak mudah tersadung kerana malas fikir.

mudah koyak tapi tahu bangun semula.


tapi kini,

diri aku jadi serapuhnya.

serpihan kecil yang terusik tapi seluruh tubuh terasa kesannya.

hari ini bukan sekadar mudah koyak tapi sentiasa koyak.


ada hari,

saja buat tak reti

tapi ada hari, fikiran dikuasai penuh dengan keadaan sekeliling

tak jumpa ruang untuk terus bersembunyi seperti selalu.


dulu,

terasa juga sesaknya.

terasa juga sakitnya

terasa juga lemahnya

tapi me time dapat melegakan kekusutan semua


tapi hari ini,

semuanya bagai tiada hujung

sakit. haha

tapi tak tahu nak luah macam mana.

tak tahu macam mana nak pulihkan semuanya


tak berdaya beb.


hari hari bawa tubuh yang koyak

hari hari cuba bertenang seperti semuanya terkawal

hari hari cuba untuk fikir,

'takpe. kali ni mesti boleh'


in denial that your body need help actually hurts me.

but, i really do not know how.


or shall i continue to say,

'takpe. hari ni je. esok mesti okay'

'takpe. kalau sebelum ni boleh, kali ni mesti boleh'


sigh.

im also hurting bruh.

No comments:

Post a Comment