Yeayyyyyy! Dah selesai 4 hari berpuasa. Alhamdulillah. another 26 days. ok masih terlalu awal untuk mengira menuju hari itu. toksah tanya 'hari itu' tu, hari ape. aku campak kau dalam gaung kalau tanya jugak. takut? raya nanti aku minta maaf ye. hek hek hek. so far Alhamdulillah lah. aku happy dengan Ramadhan tahun ni. tapi sebenarnya sama je macam tahun2 yang lepas. wuahahaha
Tercetusnya idea nak buat entry pasal rumahku ini time memotong untuk berbuka tadi. ok jap ek. gaya aku cakap memotong tu macam aku je masak. padahal kalau aku masak memang terbakar dapur tu dan jawabnya aku berbuka kat hospital lerr. hikhok huda, kata2 itu macam doa ye. baik jaga lidah baik2. potong kang. ok sambung. time aku tengah memotong tu aku tengok ada jiran aku bawak anak dia jalan naik motor. mengambil udara segar sebelum berbuka mungkin. aku terus teringat dulu aku selalu naik motor dengan suami penjaga aku.
Suami penjaga aku tu namanya En Ismail. baik sangat2 orangnya. aku panggil dia abah. cuwit kan? wakaka. aku ada dua ayah. kau hado? jangan jeles please. harhar. petang2 lepas dia balik kerja, dia bawak aku naik vespa *klasik giloo* pergi kedai cina apa tah beli sugus. kau tahu sugus?

Tu sugus namanya. sedap. ok. Isteri En. Ismail pula namanya aku lupe. sumpah lupe. jap ingat balik. Rahmah kot. sebab mak ayah aku panggil dia Kak Mah je. so aku tak sure nama die ape. aku panggil dia mak je. dia baik sangat2. serius. best ar ada penjaga macam diaorg ni. sampai tak suka balik rumah sendiri. serious talk. tak tipu!
Meh aku nak cite. Dulu aku tak suka balik rumah sendiri. tak tahu kenapa. mungkin sebab aku takde adik beradik yang umurnya dekat untuk main2 kot. masing2 dah besar. Aku masih ingat masa umur 4 tahun kot. aku mengamuk gila kot sebab tak nak balik rumah. sampai sembunyi dalam bilik kat rumah penjaga aku tu ha. serius. bila ingat balik, menyesal. sebab apa? entah. hati kecil ni yang kata dia menyesal. ayat tak yah ajet2 ar huda.
Aku suka rumah penjaga aku tu sebab ade ramai budak2 yang umurnya dekat2 dengan aku. ada baby. aku memang suka baby. aku juga pernah kejutkan baby tu dari tidur semata2 nak ajak bermain. gila kan? bila ingat balik rasa nak gelak guling2 kau. haha yelah kat rumah penjaga tu ramai budak2. petang main2 bagai. pastu mandi. nanti siap2 mak bapak ambil esok berulang benda yang sama. sungguh. best sangat. Rumah penjaga aku tu aku buat macam rumah sendirik sebab apa? sebab aku rasa heaven dapat main lego, main masak2 bagai dan takde orang dewasa kacau.
Tapi bila dah besar baru aku tahu nikmat rumah family sendiri. even bila dah besar ni tak cukup sorang, mungkin Allah nak ajar aku untuk menghargai family sendiri. harharhambar. aku boleh buat kesimpulan sendiri, macam mana pun family kita. macam mana pun rumah kita, itulah yang paling terbaik. Aku curi sat ayat kak Fynn Jamal. '' Di mana ada family kita, disitulah kita rasa macam rumah kita.'' yeah itu betul sangat. bila kat rumah orang lama2 rasa macam nak jerit '' NAK BALIK RUMAH SEKARANG! '' haha tapi alhamdulillah aku tak pernah buat lagi. walaupun aku suka balik kampung nun jauh kat terengganu sana, aku tetap rindu rumah family aku sendirik kat BatuPahat ni. Ekeke.
Di rumah ni aku berlindung dari hujan panas.
Di rumah ni aku membesar selama 14 tahun 2 bulan 22 hari tah bape jam bape minit.
Di rumah ni bermacam suasana pernah aku lalui.
Betullah. Rumahku Syurgaku.
------------
Even ada yang lebih baik kat luar sana, family kita lah paling baik. bukan riak. tapi kenyataan. Bersyukurlah. Orang yang kat Syria sana tu, rumah diaorg dah takde sebab manusia kejam lagi takde hati. Mungkin orang kat Syria sana tu dah takde family. Kita kat sini masih boleh lagi bergembira dengan family. gelak2. bergurau. Alhamdulillah. Alhamdulillah. syukur kepada Allah.
Habiskanlah hidup untuk keluarga. Jangan abaikan family untuk kawan. Tolong jangan. Jika kawan kita lebih pentingkan, aku sure bile dah tua nanti baru tahu ape itu penyesalan. Like seriously bila dah masuk asrama, pergi belajar jauh2 kat ceruk dunia, yang paling kau rindukan adalah rumah dan family. yeahh aku tahu dah perasaan budak belajar jauh2 ni. macam nak cakap padan muka. tapi aku pasti aku juga akan merasa benda yang sama. InsyaAllah.

Gaduh sakan macam mana pun dengan adik beradik, cuba ingat balik apa yang korang pernah gelak sama2. nangis sama2. tidur sama2. apa semua sama2. Jangan pernah menyesal kalau mereka dah takde dan kau tak sempat nak buat apa2 untuk dieorg. Paling penting dalam hubungan, jaga lidah. Lidah boleh jadi racun dalam hubungan . Kerana lidah, hubungan baik boleh hancur ranap. serius.
Ingat juga. Siapa pun kita pada masa akan datang nanti, ingatlah siapa jadi tulang belakang kita untuk kita menuju kejayaan tu. tanpa family, susah untuk kita maju kehadapan. serius. Seteruk mana pun family kita, diaorg tetap darah daging kita. Hargai mereka :')

N O T A H A T I :- Selamat Berpuasa. Ambil lah barakah bulan yang mulia ni. Setiap amalan, ganjarannya perghhh memang terbaik ^^
No comments:
Post a Comment