20160415

Grow up.

Assalamualaikum
Bismillah

Heyyo mailo. Saya sedar akan sesuatu. Saya dah besar. Saya sedang membesar. Im start thinking about further study. About my future. Yes my own future. I'm start thinking about which university i want to enter. About what course i want to take. Really complicated huh? Tak lah complicated sangat. Tapi, saya sedang kearah itu. Another step to be somebody. In Sha Allah everything will be fine. tapi hahahahahaha im not ready lah for sure. Its really something yang macam peh bila masa aku dah masuk fasa itu?

Mak dah start tanya banyak kali adik nak ambil apa nanti? Nak masuk uni mana? Ke nak masuk form 6? Nak ambil akaun atau bidang lain? Bila diajukan soalan sebegini oleh mak atau abang akak aku, rasa macam hei.. perlu ke? My childhood is not over yet. Haha aku budak akaun. Dan tak semestinya aku akan sambung akaun juga. Tapi akaun tu my second choice lah. My first choice tak decide betul-betul lagi. Aku ni dilema sangat tau. Tapi macam chill je lah. Maybe aku start fikir about my choice bila nak isi UPU. Seriously huda dah besar. Ingat lagi dulu main basikal, main buaian tenang tak fikir semua ni. Time flies too fast kan?

Bila di tuisyen, my ex classmate cakap my best friend dah start ada crush apa semua rasa macam bila masa diaorg semua ni dah besar? Rasa mak mak sangat tak nak semua orang membesar. Ya my best friend tu dulu tak ada crush. Crush dia pun hanya Hafiz Hamidun, Tajdid Hadhari tu je weh. Bila masa semua ni berlalu... Aku rasa macam baru semalam aku jadi budak baru di sekolah baru. Macam baru semalam aku berjual beli kek batik di sekolah lama. Nak nangis ke macam mana?

Another 3 weeks plus plus, midyear exam pulak. Lagi beberapa bulan saja. Lepas tu trial exam, dan.. SPM. Mungkin aku je kot rasa macam ni. Kot lah kot.



Entahlah ek. Aku rasa makin banyak dah aku belajar tentang kehidupan. Meaning of real life. Serius. Form 5 dah, tapi tak ada lah matured mana. Haha still main2. Sakat orang tu hobi kot. Main kejar-kejar tu ada lagi. Haha rasa excited untuk jumpa dunia baru tu ada juga. Tak tipu. 

Okayyyyyy ni namanya singgahan je pun. Ada kerja lain. Kerja kursus akaun dah start. Ohyeah! Okbai. Doakan saya wahai strangers. May Allah ease every single things in our life. Amin.

N O T A H A T I : Cikgu terkejut bila aku cakap aku tengok spongebob petang-petang. Mungkin cikgu lagi terkejut aku layan Descendants of the Sun kemain siap gelak nangis. Hikhik 

20160319

Baru sekarang.

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali hati terdetikkan sesuatu, pasti ada sesuatu yang Allah nak sampaikan. Yang mana, mungkin kita tak sedar. Atau sedar tapi tak nampak. Ke macam mana?


Image result for realize quotes

Seriously, take care nanti. Kita tak tahu sampai bila Allah bagi kita peluang untuk bernafas, untuk jumpa, untuk ketawa gelak sakan, untuk sakat, untuk semuanya. I've realize it. 

20160114

New Year! and i'm late. [ ada tips ]

Assalamualaikum

Hai! Seriously dude? Lama sangat aku tak update apa2. Alhamdulillah i'm still alive. Still can eat, can eat, can eat, and can sleep. Hasilnya berat aku naik. Engko ghase? Stress duh. Too many works. Too many things to think. Too many homework. Hikhok yelah normal lah form 5. LAST YEAR. Hahahaha alhamdulillah syukur. My new big step began already. Masih bertatih untuk berdisiplin dengan jayanya. Form 5 is not easy like makan coklat cadburry bapak sedap yang buat aku gemok. So sementara aku rajin ni aku nak bagi beberapa tips for form 4 students tahun depan, tahun depannya, tahun depannya dan seterusnya. Harap membantu.

Aku cakap based on my own experiences yang sangat membuka mata jiwa hati aku. So here we go. Ok before korang naik form 4, of course u ambil PT3 which is SANGAT-SANGAT akan menentukan kemana korang selepas exam PT3 tersebut. PT3 tu not easy like u eat ayam goreng kalau tak study. Kau kena study. Malas macam setan mana pun, kau kena paksa diri study kalau tak, kau akan menyesal. Ewah. Tapi serius.

2nd step :- Kau dah study tu, of course you will do your very best masa menjawab papers kan? Okay bila hari result keluar tu kau doalah banyak-banyak. Fuh Fuh sikit kiri kanan. Eh tak gurau saja. Bila dah dapat result, please jangan down macam tiada lagi hari esok bagimu. Tapi, kau bersyukurlah and at the same time kau kena prepare mental untuk form 4. Which is kau akan ditentukan masuk aliran mana bla bla. Aliran tu akan ditentukan berdasarkan psikometrik punya result dengan result PT3 kau.

3rd step :- Let say kau dapat aliran akaun, kau fikir elok2. Ada certain sekolah, aliran akaun dia ada subjek Ekonomi Asas + Addmath + Prinsip Perakaunan. Ada sekolah lain, Addmath + Fizik + Chemist + Prinsip Perkaunan. Tengok sekolah lah. Dalam masa kau nak fikir elok-elok ni, tolong ketepikan soal pesimis kau. Kau takut bawak ke, kau rasa benda ni susah ke, kau tak minat ke apa ke please ketepikan.

Sebabnya pengalaman aku, aku minat sains tulen. Aku nak jadi doktor. Haha aku nak ambil biologi sebab nak jadi doktor. Bila budak sains tulen cakap susah, hm kalau aku lagi kelaut agaknya. Dehek puih haha tapi, rezeki tiada. Aku diberi aliran sastera which is aku ambil akaun, ekonomi + addmath dan subjek2 teras. Aku memang dah digembar gemburkan yang addmath ni susah gila. Demyu. Lepas tu, akaun tu untuk budak pandai SAHAJA. Kau dapat rasa tak perasaan aku ketika itu? Sebulan dua baru naik form 4 tu memang aku hilang semangat. Yelah aku bukan budak pandai weh. Aku punya result memang hancur berdebu. Aku tak layak ambil akaun dengan add math tu. Serious talk. Lepas tu mak aku motivated aku gila2. Sobs. Kalau ada masa aku share apa yang telah dimotivasikan kepada aku.

Lepas aku dah belajar akaun tu.. tak lah susah mana pun. Konghajo betui siapa cakap susah gila babun subjek akaun tu. Dia banyak format je lah. Halahhh tapi untuk addmath, kau kena hadap sendiri. Kau kena buat. Sebabnya, ada budak cakap susah ada budak cakap senang. Addmath ni jangan ikut orang. Samalah macam aku time darjah 6. Matematik aku kijenya tak pernah dapat A sampai masuk kelas pemulihan tiap pagi. Sebenarnya tak susah tapi malas fikir. Gitulah. Hm macam takde kaitan je kau cakap ni da.

4th step :- Kalau kau rasa, nak teruskan dengan aliran yang kau dapat, please buat yang terbaik. Setiap subjek yang susah tu namanya cabaran. Cabaran tu buat kau lagi pandai. Dunia sekarang ni dah mencabar. So soalan yang mencabar tu hanya preparation untuk kau hadapi dunia sebenar nanti. Tapi, kalau kau rasa kau tak nak aliran yang diberi, tolonglah pilih betul-betul. Tolong. Jangan sebab kau suka biologi, kau pergi masuk kelas ada sains tulen. Pastu exam kau main tibai jawab fizik chemist tu tapi, biologi kau skor. Hamboi banyak kacak? Solat istikharah ok?

Apa pun plan yang Allah bagi tu, itulah yang terbaik. Jangan merungut please. Tak ada satu benda pun yang senang dalam dunia ni. Kau makan pun kau usaha dulu. What ever decision yang kau nak buat, doa banyak2 pada Dia. Minta diberi petunjuk, dilapangkan hati. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Stay positive ok :) Aku cakap pasal ni sebab terfikir. Cadangnya nak menulis time cuti haritu tapi, meles benget deh. So takpelah eh hehe.

N O T A H A T I :- Sekolah dah bermula 2 minggu. I am a big senior now. Form 5 uolss. Kau rasa berkuasa gila Hukhuk. Taklah aku lagi suka bersendiri di tepi koridor. Ewah. Okay haa kalau ada yang tetibe berminat nak tanya apa2, silakan. Tu pun kalau. Aku rasa syok sendiri je sekarang. Huhu kbai. adios! 

20151031

Happy Birthday Buddy!

Assalamualaikum

Tralalala alhamdulillah finally dah habis final exam. Itu maksudnya lagi setahun je ler jadi budak sekolah *claps* ok post kali ni khas sikit kot. Nak wish birthday untuk kawan sebab birthday makcik ni je tak ada rezeki nak wish macam karangan. Birthday makcik- makcik lain karangan berjela. Lebih 350 patah perkataan. Ok tipu saja.

Sis,
Dulu kita dua satu kelas time darjah 3.
Tapi tak rapat.
Engko ah Dhia pemalu sangat.
Pastu kau jadi budak pandai sampai darjah 6.
Memang sah tak bercakap ar kan.

Form 1 jumpa balik.
Satu kelas sampai form 3.
Kita dulu geng budak2 TMS je.
Siap kena bahan dengan budak lain.

Time form 2 aku duduk sebelah kau.
Dekat lab pun, dekat bengkel pun.
Senang cakap kat mana ada kau, akan ada aku.
Time gaduh je tak kot tapi kita jarang gaduh. kot HAHAHA

Sis,
Banyak gila babun kenangan kita berlima.
Aku, kau, Dina, Izzah, Wani.
Time form 1 ingat? Nak pakai inai sama2.
Dina kot bawak inai. Tak ingat ah.

Lagi..
Aku selalu cerita problem aku.
Sebab kau duduk sebelah aku dekat kelas.
Bajet2 fokus dalam kelas tu ekceli berbual. Lulz.
Ingat last year? Dalam kelas agama dekat kelas bawah sekali tu
Duduk belakang sekali dari kiri; aku, kau, wani.
Dina Izzah duduk depan dengan mimi.

Wani tido macam biasa. Aku dengan kau entah lah ek buat apa.
Tapi bab cikgu panggil secara mengejut paling win ah.
Kalau tak dapat jawapan rasa macam hm tulah berbual lagi. Adudu




Dhia, sebenarnya banyak lagi nak cakap. Aku rindu kau sangat2. Actually aku rindu kita berlima. Yang dulu. Aku tak tahu korang dekat TIGS macam mana. Kau kecik fizikal, tapi kau berani. Kau lagi pandai dari aku. Kau lagi banyak kelebihan dari aku. Orang tak kenal kau mungkin cakap kau sombong. tapi siapa yang dah kenal.. hamekkkkk haha. Seriuslah bro, kau banyak tolong aku. Terima kasih.

Dhia Nurina binti Norazam,

Happy birthday bro!
Thank you for being my friend.
My protector too. Lulz
Jadi lah apa kau nak jadi nanti.
Tapi jangan lupa siapa kawan kau. Kah!
Jaga diri pendek.
Jaga hati jugak.
Aku rindu kepochi kau tu.
Ajet ajet pendiam. Haha



Good luck for everything sista
Wish all the best for your future.

Sorry sebab last year punya hal. Sungguh aku minta maaf. Rasa bodoh gak ah. Aku tak tahu dah nak cakap apa. Tak reti ah wish panjang2. Terima kasih sebab banyak lagi tolong aku. Bagi aku tiru homework kau. Tulah siapa suruh rajin sangat? Hiks nanti kahwin jangan lupa hantar kad. Nak jadi flower girl! wiwiwi cari lelaki handsome. Lupakan Tajdid.. Hafiz Hamidun. Lagi siapa ek? Lupa.. Sekarang mesti ada yang baru kan? Kakaka i really missed that moment.

N O T A H A T I :- realitinya kita tak bahasakan diri 'kau aku' dengan dhia. Dhia, ada rezeki ada lah hadiah. Kalau tak ada, post ni hadiah untuk tempoh 10 years. Huhu rindu. Adios amigos!