20140213

Mati

Assalamualaikum

Holla! Hoyaa esok cuti sebab tu aku curi masa sikit. Tak salah kan? Tolong cakap tak salah. Okayyyyyy tetiba aku nak cakap sekolah dah hampir 2 bulan. Alhamdulillah. tak rasa nak gi terjun bangunan ke apa. Haha okay diam. Perenggan pertama dengan tajuk memang kelaut sangat. Kalau PMR ni memang BM aku A+ insyaAllah.

Dua tiga menjak ni aku memang suka termenung sorang2. Memikir masa depan. Nak kahwin dengan anak raja mana.. Haha tipu je. Dan masa aku termenung tu fikiran melayang jauh. Sampai aku terfikir soal mati. Sampai aku terfikir kawan, family aku pergi. Aku fikir macam mana dia meninggal dunia sampai ke liang lahad. Aku fikir macam mana cara aku nak hadapi semua tu. Dan aku fikir aku mati nanti macam mana?

Ingat mati itu perlu bagi aku. Supaya kita tak terlalu leka dengan keindahan dunia yang sementara ni. Kehidupan sebenar kita selepas bangkit dari liang lahad nanti. itu sebenar2 kehidupan. Sekarang ini hanya tempat mengumpul amalan sebanyak mungkin untuk tempah masuk ke Syurga ataupun ke Neraka. Tapi kalau tengok manusia zaman sekarang, macam diaorg lupa yang diaorg boleh mati bila2 masa je. Masa aku habis publish entry ni aku boleh je meninggal dunia. Takda apa yang mustahil.

''kalau aku mati nanti, aku nak bunga banyak2 atas kubur tiap kali birthday. sungguh tika itu aku sangat gembira melihat orang tersayang datang'' 

Banyak benda lagi.
Banyak amanah lagi.
Banyak ..

Allah..
Rabbi Yassir Wa La Tu'assir

Aku sukaaa ayat niiiiiiiii huwaa :( 

N O T A H A T I :- Dah bermula latihan kawad, game. Bulan 4 dah bermula hidup sebagai seorang pelajar yang padat dengan PBS dan sebagainya. Semoga dipermudahkan oleh-Nya :)

20140208

Ringkas Tapi ?

Assalamualaikum.



''Bersinarlah setiap hari seperti mentari. Tetap bersinar walaupun dibenci. Tapi, akan dirindui bila bersembunyi'' - HS


'' Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu berseri''

Ada orang berpesan, senyumlah walaupun hati dilanda badai ribut taufan banjir dan sebagainya. Aku pernah cuba untuk tersenyum tika lemah. Alhamdulillah berjaya! Semakin kita tunjuk dekat masyarakat yang kita OKAY, lama-lama kita akan OKAY dalam erti kata sebenar tanpa perlu hipokrit. 


N O T A H A T I :- Daddy F kata, ucapan terima kasih adalah pembuka untuk semua pintu kemaafan. Oh kalau aku tak silap lah. 

N O T A H A T I 2 :- Kali ni je ada dua nota hati. Sebabbbbbb suka hati I lah. Blog I kan .. Cuma nak cakap .. saya okay saya dah besar. kbai.

20140131

Dunia Umpama Jalan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah lama tak update apa2. Dah sampai tahap macam ni memang kena 'menganak tirikan' sikit blog dan sebagainya. Haha tetibe kan. Ini pun masa curi2. Padahal boleh lepak buat homework. Tapii saya manusia biasa. Baiklah. Harap awak dan awak dan awak sihat.

'' Dunia ibarat sebuah jalan.
Adakala sukar untuk dilalui.
Adakala boleh lalui, tapi banyak likunya.
Kerana sabar serta yakin semuanya ditempuhi dengan baik.''

Alhamdulillah. Betul kan dunia ni ibarat sebuah jalan. Banyak dugaannya. Banyak rintangannya. Ada masa kita jatuh sebab takut tak mampu. Adakalanya kita terlalu berani. Terlalu yakin walaupun tak tahu apa yang akan terjadi di depan sana. Kita yakin dengan apa? Kita terlalu berani sebab apa? Sebab kita yakin sebaik2 tempat bergantung hanya kepada Allah.

Pernah berjalan dalam hutan dan sesat? Atau kat mana2 lah lepas tu sesat. Pernah alami? Sampai sekarang ke berada dalam kesesatan tersebut? Tak kan .. Sebab apa? Sebab Allah. Tiada Allah, tiada kita. Tiada pertolongan atau kasih Allah, kita takkan jadi macam kita sekarang. Contoh, Allah bagi kita sakit. Ada Allah biar sakit macam gitu je? Takde. Allah tolong melalui ubat tu ha.. Memang susah nak telan ubat2 tu. Tapi, untuk sampai ke tahap yang baik, kita perlu melalui saat susah dulu.

Allah tak pernah biarkan kita sorang2.

Dulu Rasulullah banyak disakiti, dikhianati, dihina dan bermacam lagi. Tapi, Rasulullah tak pernah putus asa. Malah makin memperjuangkan Islam. Sebab apa Rasulullah begitu? Sebab Rasulullah tahu dan yakin bahawa Allah itu sebaik2 tempat bergantung dan sebaik2 pertolongan hanya datang dari Allah.

Untuk menuju ke sebuah kemanisan, akan melalui sebuah kepahitan dulu. Pernah makan gula2 sour? Kita akan rasa yang tak sedap dulu baru rasa yang sedap kan? Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan menempuhi dugaan, rintangan serta cubaan untuk meraih sebuah kebahagian. Mahal tahu sebuah kebahagian tu. Tak boleh dibeli dengan wang ringgit, harta mahu pun emas.


Tapi, ada juga manusia yang diuji Allah dengan pelbagai dugaan sepanjang hidupnya. Sampai akhir hayatnya tidak pernah merasa kebahagian yang panjang. Sebab apa? Sebab kebahagian dia di Syurga nanti. InsyaAllah. Semakin susah halangan yang kita tempuhi, makin besar kejayaan yang kita perolehi nanti.


Satu perkara yang aku selalu ingatkan diri sendiri :-

'' Follow the flow ''

Semua tindakan yang kita lakukan, itu semua sudah takdir hidup kita. Tiada yang nama kebetulan dalam hidup ni. Tak suka macam mana pun, aku akan teruskan juga perjalanan ini. Banyak mana pun halangan, aku percaya Allah takkan biarkan aku sorang2. Allah bukan nak menghancurkan kita dengan dugaan yang diberi. Tapi, Allah nak didik kita. Allah tak kejam :) 

Maaf kalau post ni lari dari tajuk. Dah lama tak bebel, lupa dah format. Cehh

N O T A H A T I :- Aku ini manusia pelik. Sangat pelik. Dah macam alien baru turun dari planet baru. Kadang2 kita hilang kita, lepas tu jumpa balik pastu lenyap balik. Faham? Semoga dipermudahkan segala urusan. Allah :)



20131227

Akan Pergi.

Assalamualaikum.

Hai *lambai tangan. Saya budak sekolah. Lagi. Next week dah sekolah. Dan sy excited. Hai *lambai tgn lagi. Saya budak PBSMR. Bangga ni. Haha takde kena mengena dengan apa yang aku nak sampaikan sebentar lagi-- praktis buat ayat bm. Ok cuti berbaki 5 hari lagi. Aku tak tahu nak terkejut ke nak gelak. Patutnya semua org dh tahu result-- kelas, no etc etc untuk next year. Tapi, aku terlupa password frog vle. So tak boleh tengok. Alhamdulillah. ehek.

Siapa yang akan pergi? Benda apa akan pergi tu? Mati.

Aku, kau, mereka, dieorg, kita, kami, awak, adik, abang, ibu, ayah akan pergi suatu masa nanti. Masanya je tak tahu lagi. Kalau lah masa nya kita dah tahu, senanglah nak buat persiapan. Kalau tahu akan mati lagi 24 jam, 24 jam yang terakhir tu agaknya kita berteleku atas sejadah mintak ampun dengan Allah.

Tapi, sekarang Allah dah bagi banyak tanda dah. Manusia masih leka. Manusia masih dalam zon selesa. Macam rasa 'oh aku mati masa tua nanti. sekarang enjoy lah dulu.' kalau lepas kau cakap mcm tu, kau mati macam mana? Tak sempat jenguk waktu tua pun.

Dulu masa ayah aku meninggal, sejak tu aku fikir mati tu boleh datang bila2. Mati tak kenal siapa kita. Kalau dah sampai masa, malaikat izrail tarik nyawa. Beres. Tahun lepas kawan aku sakit dan meninggal dunia. Time tu jugaklah aku rasa mati boleh menjemput aku sekarang. Allah panggil dulu orang yang baik2. Hmm maksudnya aku tak cukup baik lah ni. Banyak lagi dosa. Ikhtilat pun tak reti jaga lagi. Apa semua belum sempurna.


Nanti, bila aku pergi .. aku nak datang dalam mimpi setiap org yang aku sayang. Aku nak senyum dalam mimpi tu. Aku nak peluk mak. Allahu bestnyaaaaaaaaaaaa! Aku nak senyum. Aku nak senyum. Aku nak datang dalam mimpi dia dan senyum. Supaya dia kuat. Haha imaginasi tinggi sangat lah pulak. Maaf..


Dia pernah kata ..
'' Ingat mati tu indah ''

N O T A H A T I :- Amalan masih sikit. Dosa masih bertimbun. Layak ke syurga untuk aku .. Astaghfirullahal'azim ..