20130628

Cerita 6 Jam Kami.

Assalamualaikum.

Ini bukanlah movie 8 jam tu. dan sebagainya lah. ini cerita realiti dari kami. bukan program realiti. haha merepek. ok ini cerita/pengalaman. eh, ada yang fikir kami kena culik ke? emm boleh lah. haha

Hari ni aku, Fareeda dan Afiqah telah diberi amanah untuk digalas bersama. ecewah. haha kami ditugaskan mencari kelengkapan untuk Karnival Koko pada hari esok. Jadinya, kiteorg pergi BpMaLl. memang kena sebenarnya kecik besar kecik besarkan huruf tu. ok abaikan. kiteorg pergi pukul 11.

Kami pergi ke kedai2 dengan perasaan risau dan gelisah. kekeke. sebenarnya nak cari hadiah. nak cari 4 hadiah je padahal. tapi, kiteorg mengambil masa lebih kurang 4 jam. hebat bukan? haha. dah habis beli barang apa semua, kiteorg pergi makan. makan nasi lauk kicap je :(((( hikhok kena tipu. yeay! hehe

Sepatutnya lepas kami solat, kena balik sekolah pukul 3 sebab nak tolong ahli2 yang lain kemas barang apa semua. tapi, teng teng teng treng ! suspen? tak. Fareeda call cikgu. tak angkat. call. tak angkat. call. tak angkat. frust menonggeng ok. bayangkan 4 jam berjalan mencari barang, akhirnya kena tunggu lagi. lepas tu Fareeda punya idea bernas, dia ajak jalan2. lutut aku dah longgar. haiseh. sebenarnya semua warga Bpmall tu dah kenal kiteorg. femes gitu. pakai baju sekolah. lengkap dari tudung hingga ke kasut. ala2 model. wah! tak baik riak huda.

Tepat pukul 3:30 cikgu call. excited yang amat hanya Allah yang tahu! serius. cikgu cakap cikgu tertidur. ya Allah. rasa macam kena tampar banyak kali. cikgu duduk rengit. kami di batu pahat. bandar yang permai lagi damai. ehekehek rengit dengan batu pahat mungkin sejam kot. 45 minit kot. entah lah. lagi sejam! MasyaAllah. 4:30 lah baru kami sampai ke sekolah tercinta. mungkin lah .. baiklah. kami tunggu punya tunggu dan tunggu punya tunggu, akhirnya cikgu call. cikgu kata dekat depan Ayam Penyet. Kereta warna hijau. eh sat. time tu kiteorg dekat Big Apple. punya gembira yang amat, jalan pun perlahan sangat.

Tengok depan Restoran Ayam Penyet takde kereta. langsung. kelibat cikgu apetah lagikan. Saat itu kami rasa dipermainkan. Hati ini bagai dilempar dari tingkat 100. haha hiperbola. aku tengok jam dah pukul 4:50. rasanya masa kami sampai sekolah nanti, semua ahli silat dah balik kot. At last, cikgu call. lagi.

me : helo.
cikgu : awak kat mna?
me : dekat depan Ayam penyet lah. cikgu kat mane?
cikgu : saya dekat depan Ayam penyet carrefour*telah ditukar nama. 
me : cikgu, kiteorang dekat BPMALL. *gelak*
cikgu : *gelak* ok2. 

Kalau kalian di tempat kami, apa kalian rasa? haha. saat itu kami hanya mampu gelak dan gelak. tapi rasa bengang jugaklah. tunggu dan tunggu dan akhirnya Alhamdulillah! cikgu dah sampai. ingatkan nak bebel2 kat cikgu. tapi, disebabkan ada orang lain dalam kereta tu, kami diam.  

Aku pun cakap dengan afiqah dan fareeda '' kita ni dah macam pemastautin dekat Bpmall ni''. hampir 6 jam kot. lama yang amat. mencatat rekod! patutnya pihak pengurusan BPmall kena bagi hadiah kepada sesiapa yang duduk dalam bpmall paling lama. haha masyukk.

-------

Jangan risau. Kami okey kami dah besar. Sebenarnya disebalik apa yang terjadi, ada hikmah. kami tunggu lama2 pun ada hikmah. Kami dapat tengok orang. orang yang pelbagai ragam. contohnya, pada waktu solat Jumaat, ramai sangat lelaki yang BERAGAMA ISLAM di dalam bangunan tu. tapi, ada yang tengah makan. dating. orang melayu sekarang dah kurang kisah dengan dosa sendiri. dosa sendiri ditayang2kan. aku tak faham sangat. solat jumaat tak lama pun. solat tu statik satu tempat je. kalau dating tu kena jalan. kena keluar duit nak belanja awek bagai. abang2 kat luar sana, kalau korang bijak, korang dapat berfikir dengan waras. tu je yang saya mampu cakap. maaflah. saya manusia biasa je. pernah buat silap. pernah je buat dosa :)

Dan kami diberi masa oleh Allah untuk rasa bersama suka dan duka. senang dan susahnya nak cari hadiah. haha. kami bersahabat. mungkin sampai ... aku pun tak tahu. esok ke. tahun depan ke. tak tahu kan. InsyaAllah persahabatan kami ini diredhai dan kekal hingga Jannah.


N O T A H A T I :- Semoga Silat dapat buat yang terbaik. Tolong doakan kejayaan silat ye :) Kami takdelah hebat. tapi, kami cuba untuk jadi hebat. kerana kami nak bangun dengan sendiri tanpa bergantung. sebab kalau bergantung kepada org sgt, takut orang tu pergi, kami pun 'patah kaki'. 


20130624

Dia Sayang Aku.

Assalamualaikum.

apa persoalan pertama yang timbul dalam akal fikiran korang bila tengok tajuk entry ni? jujur je lah. mesti fikir aku couple? euwww. couple tu haram kawan. teng treng teng teng ! suspen tak? hoho siapa Dia? korang mesti kenal. kalau tak kenal, sila mengucap sekarang. Dia paling hebat diseluruh muka bumi ni. Dia yang paling berkuasa. Kehebatan Dia tiada siapa yang dapat tandingi. Dia itu adalah Allah.

Pertama.

tak baik buruk sangka. sebabnya tajuk entry tu korang dah tafsir macam2. mungkin ada yang fikir aku couple. tak waras. buat tebiat. dan sebagainya. kalau tak tahu, jangan mudah mentafsir. tanya dulu ke siasat dulu ke. bukan main redah je. tahu tak sebab sedikit salah faham, orang sekarang dah boleh main bunuh-bunuh sesama ISLAM macam bunuh semut. bak kata kawan aku lah.

Kedua.

Allah uji sebab Allah sayang

pernah dengar ayat di atas? mesti pernah kan. ya! Allah SWT uji kita sebab Allah sayangkan kita. Allah uji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. siapa kata Allah kejam? hailahhh jangan nak berpoyo disini. Allah tak pernah kejam atas diri kita. TAPI, kita sendiri yang kejam atas diri sendiri. 

dugaan datang tika kita leka dengan dunia. dunia yang penuh drama. dunia yang penuh dengan penipuan. dunia yang penuh dengan kehinaan. tu lah. Allah datangkan dugaan time2 macam tu sebab Allah tak nak kita terlalu jauh dari Dia. Allah tak nak kita jatuh kedalam lembah maksiat yang hina. kemon lah. Allah uji sikit merungut panjang lebar. bila Allah bagi nikmat, ucap Alhamdulillah pun payah. fikir lah. eh kejap. tahu tak sebab ujian2 Allah tu lah kita boleh jadi manusia yang lebih sabar. serius. 

Ok sekarang dah takde pertama ke kedua ke ape ke. sekarang takde pape lah. haha huda keling.

- Aku bukanlah manusia yang baik sangat. tapi, aku cuba untuk jadi baik. haha. kedengaran annoying tp itulah kenyataanya. serius. aku pernah je kutuk orang. aku pernah je benci orang. aku pernah je marah2 orang. aku pernah je rasa nak bunuh orang. aku pernah je merungut. aku pernah je rasa dunia ni tak adil. aku pernah je rasa kenapa aku dihidupkan kalau banyak sangat masalah yang aku kena tanggung. aku pernah je weyh rasa semua tu. walaupun umur aku baru beberapa tahun. 

Tapi, Alhamdulillah lah. Allah pimpin aku untuk lihat apa yang sepatutnya aku lihat. Alhamdulillah walau banyak manapun masalah yang datang, Allah buat aku lebih tabah. kah3 ayat tu macam bajet2 je tp serius. makin banyak masalah, makin matang seseorang. Sedihnya aku menanggung dugaan ini, ada yang LAGI sedih diluar sana tanpa aku ketahui. Alhamdulillah

#Kawan, terima kasih sebab pernah buat aku ketawa. buat aku lupa sementara dengan masalah. buat aku rasa kau pelawak aku dunia akhirat! haha aku teringin nak kau jadi kawan baik aku. tapi, mungkin bukan rezeki aku. mungkin aku bukan kawan yang baik untuk kau. kau terlalu baik. sungguh. nakal kau buat orang lain tersenyum. Pertemuan yang singkat, tak pernah menjanjikan kegembiraan. maaf ku pinta atas kesilapanku. seperti yang ku kata, aku bukan kawan yang baik. akan aku ingat kata2 kau. '' kalau tak suka jangan tunjuk.'' 



N O T A H A T I :- Aku tak sempurna. Sungguh. Aku perlukan Allah. Aku ni lemah. Aku ni cepat jatuh. Aku ni tak kuat mana pun. Tanpa Allah mungkin aku dah dalam liang lahad mungkin. Dan maaf sebab post ni cacat. jalan penceritaan terabur hancus. haha gaya mcm nk tulis novel -.- 


TERIMA KASIH ALLAH : )

20130602

Hati kau ada dua kah?

Assalamualaikum . 

Aku disini bukan untuk jadi seorang psycho. psikik atau apa2 je lah . Aku disini ingin menyatakan secebis pesanan mungkin . haha tapi, ada ke yang nak dengar pesanan dari seorang yang jahil ini? ada ke? haha aku sendiri takde jawapannya. 

Aku mengharapkan juga ada yang sudi membaca atau memahami. tajuk entry ni sedikit biadap bagi aku sendiri. maksud disebalik tajuk tu, aku ada sekeping hati. yang tiada dimana2. sekali disakiti, tiada hati lain yang dapat aku gantikan. hati yang telah disakiti tulah aku kena rawat sendiri. aku kena jaga dia sebaiknya lepas ni. tak kiralah die disakiti oleh orang terdekat, kawan baik sendiri atau sesiapapun. tapi, mungkin lebih parah jika disakiti oleh kawan baik sendiri . kan ?

Kawan, nak bercakap guna akal fikiran. bukan cakap berlandaskan emosi semata2. cakap berlandaskan emosi, hancuss lah nampak gaya nya . Teringat ku dengan kata seorang makhluk Allah ni . Dia kata bukan semua orang sama . jadinya aku nak cakap pula, lain orang lain hatinya lain perangainya dan sebagainya. 

Kau ingin menyatakan sesuatu? kalau rasa akan menyakitkan hati orang lain, tulis skrip siap2 pastu fikir kalau ayat macam ni orang cakap kat aku, sakitkah hati aku nanti? kalau ya jawapannya, tukarlah skrip lain. kalau tidak jawapannya, teruskanlah hasrat mu untuk bagitahu orang itu . mungkin sedikit tidak normal disitu. tapi, kalau buat cara normal tapi akhirnya hancuss apa guna?

Aku ingin menyatakan sesuatu yang penting !!!! suspen tak ?
-
-
-
-
-
-
-
- 
psssss ! 
-
-
-
-
-
-
-
Aku juga ada SEKEPING HATI yang tidak dijual dimana-mana. 

Hormat orang lain. Ya. Sebenarnya jaga hati sendiri lebih susah daripada jaga hati orang lain . Jangan terlalu fikirkan hati orang lain sampai hati sendiri terabai. Kalau hati itu dapat berbicara, mungkin dia kata TUAN KU INI TERLALU KEJAM kerana sanggup sakitkan hati sendiri demi orang lain . haha mungkin . 


N O T A H A T I :- Pesan akak ku pada suatu masa dahulu. ''Jaga hatimu adik.'' maaf kak. kali ni adikmu gagal. InsyaAllah lepas ni akan ku jaga sebaiknya. Huda kuat seperti JDT. Harimau Selatan selamanya. *takde kena mengena. ok .

20130514

Terimalah nasihat walaupun pahit.

Assalamualaikum .

Kenapa ada diantara kita yang susah nk terima nasihat? sbb hati kita tertutup untuk menerima nasihat. kenapa? sebab kurang ibadah kenapa Allah. kenapa? hasutan syaitan. kenapa? nafsu tinggi sangat. kenapa? stop. berhenti bertanya kenapa dan kenapa. sebenarnya jawapan yang sebenar sila tepuk dada tanya iman.

ada satu kisah ni. time ni dalam surau. waktu agama. cikgu datang lambat sikit. murid2 datang awal. sikit. hurmm. huu ok time tu macam bising. masing2 buat hal sendiri. ada yang tekun menghafal surah hafazan. ada yang terlentok. ada yang main apa tah. jadinya suasana surau tu dah mcm pasar malam. boleh bayangkan? setelah beberapa minit selepas tu datang seorang pakcik.

Pakcik : *senyum* diam2 jangan bising. 
Para pelajar : *diam sekejap* 
-bising semula-
Pakcik : jangan bising. ni dekat rumah Allah. Allah tengok tu *senyum*
Para Pelajar : *terkesima. sentap. diam* 

Lepas beberapa minit ditegur mcm tu, ada yang insaf. dan ada yang menerima nasihat pakcik tu mcm air yang deras. time tu rasa mcm haih mcm ni ke anak remaja zaman sekarang? susah ke nak terima nasihat. mungkin kalau Rasulullah SAW masih ada, mungkin Baginda sedih melihat umat2Nya mcm ni. mungkin . .

'' Terimalah nasihat walaupun dari seorang pelacur.'' 

Siapapun dia, tak kira jantina, jawatan, umur atau apapun .. jika dia menasihati, terimalah. bukan senang tau nak orang menasihati kita. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang nak nasihatkan kita. Dalam dunia ni kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Yaaa memang ada je yg jawab '' takpe, kawan aku confirm nak nasihatkan aku kalau aku tersalah bla bla bla .. '' hurmm itupun kalau kawan tu nak nasihatkan. jangan terkejut kalau kawan yang awk anggap akan nasihatkan awk kalau awak tersalah akan lari satu hari nanti jika awk memerlukan nasihatnya. 

Nasihat yang diberikan mungkin kedengaran lebih kepada menyindir, tp mungkin penasihat tu memang mcm tu gayanya. terima jek lah. manusia tak sempurna. Dan siapa kata kita ni tak boleh nasihatkan orang2 yang besar? siapa kata? siapa kata kita tak boleh nasihat Perdana Menteri, pengetua sekolah, guru, atau siapa je lah. tak de lah dalam ayat mane2 mengatakan kita tak boleh nasihat orang yang lebih besar dri kita. tak de takde. tp ade gayanya. bukan dengan cara menengking. bukan dengan cara yang silap. tp, mesti dengan penuh adab. sopan *wahh sopan itu comel ^_^ 

Jangan takut akan dipulaukan selepas menasihati seseorang. jangan rasa serik untuk menasihati selepas dikutuk. itu lumrah. itu lumrah manusia yang susah nak terima nasihat. biarkan. Allah tahu niat kita. biarkan. jangan risau. sejahat mana pun seseorang tu, di sudut hatinya terdetik ingin melakukan kebaikan. ya . senakal manapun dia, dia juga sukakan kebaikan walaupun pada zahirnya dia tak tunjuk. doakan je supaya dia berubah ke arah kebaikan : ) 

N O T A H A T I :- Kawan, kalau aku tersilap jalan, jangan takut/malu untuk tegur/nasihat.