20171129

Kucing

Assalamualaikum
Bismillah,

Hai saya disini kembali untuk berkongsi cerita dari akal mahupun hati.
Sekadar perkongsian untuk tatapan masa nanti.
Mahu pun nanti jasadku mati,
Tulisanku akan kekal abadi.
InsyaAllah.

So ya tajuk macam klise sangat kan? Klise tak klise lah yang penting aku rasa aku patut share apa yang baru terjadi ni. Kita teruskan je lah ya? Tadi petang aku pergi ke Pet Shop sekadar cuci mata nak tengok harga sangkar kucing. Dah alang2 tu tanya lah sekali harga makanan kucing yang biasa beli di luar. Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya makanan yang biasa aku beli tu, tak elok untuk kucing. Katanya sebab kandungan garam tinggi. Ya rabbi aku rasa macam nak siat-siat hati sendiri sebab tergamak bagi kucing sendiri makan makanan tak elok.

Kesan makanan tu pada kucing dalam jangka panjang ialah ada batu karang. Weh, batu karang is not a joke kot. Kalau kena pada manusia pun masyaAllah sakit kan? Itu untung sakit dan boleh bagitahu. Ini kucing kalau sakit dia ngiau je. Untung faham, faham. Kalau dapat owner macam aku ni, asal ngiau je aku fikir dia lapar. Pehhh luruh hati aku ni ha kalau fikirkan lagi. Aku baru bela kucing. Before this pernah lah bela tapi itu lebih kurang 10 tahun yang lalu kot. Kucing sekarang ni yang datang sendiri.

Inilah kucing2 aku. besar tu ibu. kecil tu anak dia. minum susu gaya upside down.

Aku disini ingin mengingatkan kalau ada yang baru nak bela apa2 binatang sekalipun, tolong cek dulu makanan tu okay ke tak apa semua. Tak perlu makanan yang mahal. Cukup dengan kemampuan kita dan haiwan yang kita bela tu sihat. Tak perlu lah dinyatakan aku pakai brand apa. Aku pakai brand tu sebab bumiputera punya dan pernah ada iklan di tv. So, sebagai pengguna yang berjaya dipujuk dengan pengiklanan, memang beli lah jawabnya.

Tanyalah dekat mana2 pun. Pet shop ke, ig yang jual kucing ke atau orang yang dah bela kucing untuk tempoh yang lama. Kiranya yang berpengalaman sangat lah. Tanya je macam2 at least kau tak menyesal dikemudian hari seperti aku ni ha. Tapi, aku tanya jugak dulu tapi tulah pergi tukar makanan lain. Huwarghhh sedangkan kita pun nak makanan yang terbaik masuk dalam perut kita kan. Ok sedih.

At the end of the day, aku rasa makanan yang paling bagus adalah nasi gaul dengan ikan. Sekian.

N O T A H A T I : Entry yang tak plan lah yang muncul dulu. Coming soon insyaAllah berkenaan dengan lesen. InsyaAllah weh insyaAllah! Mohon tak malas. haha kbai

20171013

Small experience

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Aku kembali lagi.
Tahu ada yang sudah lupa.
Kerana sifat manusia itu cepat melupakan perkara yang tak bermanfaat lagi untuknya.
Ke tak? Ke macam mana?

Okay apa-apa pun lah tak kisah pun. Haha maka dikala rajin ini marilah cerita apa-apa yang berkaitan. Entri terakhir aku adalah pada 9/6 yang bermaksud sudah lebih kurang 4 bulan aku tak buat entri apa-apa. Sebenarnya ada je. Banyak je yang dah taip tapi sampai separuh page, terus ku ucapkan selamat tinggal. Sama ada dah tak ada idea atau malas tiba-tiba datang. Tapi, InsyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk habiskan yang ini. Ayuh!

Dah masuk bulan oktober dah pun. Setengah bulan dah wehhhh maksudnya apa tu? Maksudnya peperiksaan akhir sem 1 dah dekat dan lagi satu, 2017 dah nak sampai ke penghujungnya. Lagi satu.. perpisahan kian menghampiri. Haha okay bertenang semua orang. Hari tu lebih kurang 2 minggu lepas baru selesai peperiksaan percubaan semester pertama. Alhamdulillah selesai walaupun dalam minggu tu sibuk yang amat untuk majlis akhir tahun. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tipulah kalau tak ada peritnya. Tipulah juga kalau kata tak ada memori manisnya.

sebab bila bertiga baru otak masing2 berfungsi dengan baik.

a day before the majlis.

Masa sekolah arus perdana dulu, segala majlis serahkan pada cikgu. Tak pernah pelajar uruskan semuanya dari a sampailah z. Tapi, alhamdulillah pengalaman yang satu ini sangat mengajar macam mana nak uruskan satu majlis besar. Penat lelah usah dicerita. Kena marah satu hal. Hal-hal lain pun banyak lagi. Haha tapi sangat manis bila dikenang lepas majlis. MasyaAllah serius sesuatu yang pasti diingati walau dimana pun aku tercampak nanti. Cikgu siap cakap, ''sabarlah. ini lah masanya awak belajar pasal protokol majlis semua.'' Terbuka lah minda sikit masa cikgu cakap ni. Cikgu-cikgu pun sama, banyak sangat tolong. Baru kenal tak sampai setengah tahun tapi rasa sayang cikgu kepada kami tu uish melimpah-limpah woi. Haha senior-senior pun. Malas cakap lebih-lebih pasal senior. Haha maka, berakhirlah majlis, berakhirlah juga sesi berfoya-foya. Dalam 24 hari je lagi nak peperiksaan akhir.

Cerita sedihnya adalah, event ni setahun sekali. Orangnya bertukar ganti. Tapi, gambar aku yang elok tak ada. Gambar yang ada aku pulak boleh dikira pakai jari. Maka, ini jelah gambar yang elok dan ada aku. Sobs.

bukan kembar
today is her birthday so happy birthday nones!



Lagi satu!
Alhamdulillah hari tu aku ada pergi temuduga untuk separa perubatan. Tak tahu nak terangkan perasaan pergi temuduga. Untuk orang yang banyak gila pergi temuduga, mungkin dah tak kisah dah. Tapi, ini adalah pengalaman pertama aku. Maka, itu satu pengalaman dan pendedahan yang sangat bagus lah. Nak dijadikan cerita, aku orang terakhir untuk temuduga tu. Nak menunggu giliran daripada gementar gelabah terus jadi relaks yang amat. Nasib aku bawa stok biskut, mentos dalam beg. Sempat lah mengunyah sebelum masuk bilik temuduga tu. Haha bila tiba giliran aku, masuk bilik tu masyaAllah aku rasa macam nak lari. Tapi, senyum je lah.

Dipendekkan cerita lagi. Aku dapat 2 panel. Alhamdulillah sangat baik kedua2nya. Perkara pertama yang diaorg suruh buat, ceritakan pasal aku. Aku pun bebel lah apa2. Soalan kedua, kenapa aku rasa aku layak untuk jawatan yang aku mohon tu. Lepas tu, dia dah tanya soalan. Lebih kepada perbincangan. Panel tu pun cakap inilah untungnya awak jadi orang terakhir. Diaorg yang banyak cakap. Aku tukang dengar je. Rezeki weh. Kalau dia tanya macam-macam mau aku gelabah tak tentu pasal. Padahal aku dah siapkan jawapan macam-macam tp alhamdulillah tak ditanya. 

Nampak perkara ini macam tak ada makna kan. Tapi, ini satu pengalaman besar yang macam rasa nak suruh sesiapa yang dapat tawaran temuduga tu.. pergilah. Lagi2 untuk orang yang tak pernah pergi. 

Image result for experience quotes

Dah nak exam ni. Doakan pls dear strangers :)

N O T A H A T I : Nak buat kenduri doa selamat tak sebab berjaya siapkan satu entri tanpa tangguh berhari2 haha. Konsepnya mudah je. Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih. Hamekkauuu sendiri cakap sendiri terasa. So ya! Ada org tu pesan bila dh baca blog aku, '' dont mix your bahasa ". So ini hasilnya. See ya!

20170610

Tidak Mengapa

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Haiiiilo mailo stailo eberebadeh! Ya Rabbi dah lama sangat ni tinggalkan blogku keseorangan terkapai-kapai. Tak busy pun tapi tak ada rasa nak menulis ha giteww. Alhamdulillah sekarang kita berada dalam bulan ramdhan yang penuh barakah. Aku alhamdulillah sihat dan makin sihat haha. Awak apa khabar? Semoga sihat juga ya. Okay blur jap tak tahu nak sambung apa sebab macam excited dah lama tak mengarang.

So maybe i can share what i'm doing right now kot? Okay so yeah as you guys know budak-budak lepasan SPM dah berteraburan di muka bumi Allah untuk menyambung pelajaran dan tidak terkecuali aku. Alhamdulillah aku masuk form 6. Dekat mana? Dekat hati awak boleh?




Alhamdulillah baru je sebulan bersekolah so cabaran tu belum betul2 terasa tu yang berjalan aje kojenya haha. Soon lah soon. Haha doakanlah aku dan kawan2 dapat menyelesaikan form 6 kami dengan penuh kejayaan gilang gemilang terbilang dan dapat sambung degree insyaAllah.

Act, ramai cakap form 6 susah lah amende lah. So let me ask you. Diploma tak susah ke? Matriks tak susah ke? Asasi tak susah ke? JAWAPANNYA : SEMUA SUSAH. Sesungguhnya, setiap fasa dalam hidup kita ada susah dan senangnya. Effort masing2 lah kan? Sis mohon jangan dah buat perbandingan antara apa2 lepas ni. Semua tempat ada kelebihan masing2. Okay? Tak makan dalam pun cuma macam kenapa kena macam tu? Ha giteww tp aku okay je.

Lagi pun form 6 sekarang dah pakai sistem penggal. Lebih kurang macam sistem universiti lah. Memang lebih kurang pun sebab form 6 kan pra-u giteww. Yang penting, semua tempat sama sebab niat kita nak belajar. Pergi tempat bagus mana pun tapi kalau tak nak belajar pun tak jadi apa kot. Kan? 

So yeah today is last day for holiday. Tak payah tanya excited ke tidak nak sekolah. Of course tak. Haha sebab dah lama benauu cuti. Sekolah nanti mungkin dah banyak kerja ke apa so nak menghapdet blog ni makin jarang lah kot. Ceh baru sem 1. Sem 1 macam chill je. Bak kata senior.

Maybe next post entry pasal lesen kot. InsyaAllah.

N O T A H A T I :- rindu gila nak buat nota hati! haha tak ada apa dari hatiku ini. Cuma nak cakap, jangan memberi harapan jika apa yang lidah katakan dan hati rasakan tidak sehaluan. Okbaiiiiiii 

20170313

Hikmah

Assalamualaikum

Will come one day, you lost your ownself.
You does not even know-- 
what should you do,
what should you say or, 
what should you react to something.


I dont know why.
Rasa kecelaruan yang macam apa benda ni weh?! Ha gitu.
Mungkinkah sebab result spm dah nak keluar in a few days?
Wallahi hati aku dah serupa rojak petis.

Okay what ever just forget about the result for now.
Hari ini, Allah temukan aku dengan seorang makcik ni.
After a few topic, dia tanya,
'' apa tujuan kamu hidup di dunia? "
I was like tergamam yg hanya mampu tersenyum padahal makcik tu nak dgr jawapan aku haha
But then she said, " di penghujung nanti kita nak jumpa Allah "

" Kalau kita nak pergi mekah ke us ke kita bawa bekal kan? "
angguk.
" Samalah bila nak jumpa Allah, kita kena jaga solat, jaga semua sebagai bekalan nak jumpa Allah nanti. "
angguk, senyum lagi.
" Sambil nak tunggu customer ni, sambil tu boleh berzikir, banyak sangat pahala. Rugi kalau bazir macam tu je. "
angguk, senyum lagi dan lagi.

After that conversation rasa macam hidup ni not because of hidup semata. We have mision. Terlalu banyak ruang dalam dunia ni yang kita boleh ambil untuk dijadikan saham akhirat. We live in this dunya only for temporary. We dont even know when the time Allah panggil kita dan tinggalkan dunia.Time tu, segala harta duit, rumah, kawan, bahkan keluarga kita tinggalkan. Kita dalam kubur nanti sorang-sorang. Bertemankan siapa?-- amalan kat dunia tu ha.

Aku selalu cakap dekat org atau pada diri sendiri--
Allah temukan kita dengan seseorang tu bersebab.
Serius, sejak aku kerja ni aku jumpa berbagai jenis org dan diaorg ajar aku macam2 secara tidak langsung :)

terlalu rindu.


N O T A H A T I :- May Allah ease everything pada hari khamis ni. Moga hati ini tenang dengan segala ketentuan-Nya. He knows better :)