20170313

Hikmah

Assalamualaikum

Will come one day, you lost your ownself.
You does not even know-- 
what should you do,
what should you say or, 
what should you react to something.


I dont know why.
Rasa kecelaruan yang macam apa benda ni weh?! Ha gitu.
Mungkinkah sebab result spm dah nak keluar in a few days?
Wallahi hati aku dah serupa rojak petis.

Okay what ever just forget about the result for now.
Hari ini, Allah temukan aku dengan seorang makcik ni.
After a few topic, dia tanya,
'' apa tujuan kamu hidup di dunia? "
I was like tergamam yg hanya mampu tersenyum padahal makcik tu nak dgr jawapan aku haha
But then she said, " di penghujung nanti kita nak jumpa Allah "

" Kalau kita nak pergi mekah ke us ke kita bawa bekal kan? "
angguk.
" Samalah bila nak jumpa Allah, kita kena jaga solat, jaga semua sebagai bekalan nak jumpa Allah nanti. "
angguk, senyum lagi.
" Sambil nak tunggu customer ni, sambil tu boleh berzikir, banyak sangat pahala. Rugi kalau bazir macam tu je. "
angguk, senyum lagi dan lagi.

After that conversation rasa macam hidup ni not because of hidup semata. We have mision. Terlalu banyak ruang dalam dunia ni yang kita boleh ambil untuk dijadikan saham akhirat. We live in this dunya only for temporary. We dont even know when the time Allah panggil kita dan tinggalkan dunia.Time tu, segala harta duit, rumah, kawan, bahkan keluarga kita tinggalkan. Kita dalam kubur nanti sorang-sorang. Bertemankan siapa?-- amalan kat dunia tu ha.

Aku selalu cakap dekat org atau pada diri sendiri--
Allah temukan kita dengan seseorang tu bersebab.
Serius, sejak aku kerja ni aku jumpa berbagai jenis org dan diaorg ajar aku macam2 secara tidak langsung :)

terlalu rindu.


N O T A H A T I :- May Allah ease everything pada hari khamis ni. Moga hati ini tenang dengan segala ketentuan-Nya. He knows better :)

20170127

Form 5

Bismillahirrahmanirrahim

Heyooo finally the mood is back! So sementara mood membara nak hapdet blog ni, marilah kita mulakan ya. Uish i'm so excited okay. So, today i want to share about my form 5 year. My form 5 life. My memories as form 5 student. My bad day as form 5 hak hak banyaknya. So what ever yang penting aku nak cerita pasal aku dan form 5. Gitchewww

So, alhamdulillah i was done with my school life. Now i tanam anggur kat rumah sambil tengok cerita korea all the time. Kalau time depressed i tidur all the time. Kalau i happy but i bosan i em so far tak ada lagi perasaan sebegitu. Aku rasa lifeless jugak lah. Aku nak kerja tp belum sampai masa. Takpe.. so ya tadi petang aku nampak lah situasi budak sekolah balik sekolah. Pastu tertengok ada budak handsome. Aku pun bermonolog asal dulu aku balik sekolah tak ada nampak budak handsome pun. Hm its okay.

So banyak gila so kau wahai huda. Bila nak start ni woi? So here we go! Aku dulu budak kelas bijak. Budak kelas akaun tp akaun aku kelaut. Aku tak tahu lah kenapa dulu aku redha bila aku dapat kelas akaun. Tapi, i'm survived with so much tears sobs. Alhamdulillah serius alhamdulillah aku dapat cikgu2 semua bagus. Rasa terjamin masa depanku kah! Maka, aku mulakan dulu aku ni macam mana dalam kelas ok? Haha aku tak tahu nak start macam mana. Serius weh aku ni kalau bab intro memang sumpah kelaut. Karangan aku pun macam tu dulu. Nak spm ni tp aku tak reti nak buat intro karangan. Lagi berapa minggu tah baru aku pulun buat karangan eh tak pulun sangatlah tp atas bantuan seorang guru ini, alhamdulillah hehe dan alhamdulillah one of the karangan yang aku latih tu keluar dalam spm huhu syukurrr tak lah sebijik sebulat tapi, dalam kelompok yang sama. 

Aku bukan spesis hantar homework on time sangat lah. Aku ingat lagi awal2 tahun memang berazam nak hantar homework on time, takde tangguh2. Lepas tu ada seorang kawan aku cakap, " alah itu semua awal tahun je. Tengok ah nanti dah bulan 2 ke bulan 3." kuaja gila. Tapi betul lah tu bila dah masuk bulan 3 dah lemau. Haha too many homeworks like takde life kot. Start bulan berapa ek cikgu dah kurang bagi homework tapi, banyak latihan ke latihan sama je dengan homework? Haha aku tak dapat bezakan luls. Oh! Start bulan berapa tah start dengan kerja kursus akaun so sebab tu kurang sikit homework. Aku short term memory punya orang lah hadoi. Pasal kerja kursus tu.. banyak dugaan serta liku2 kehidupan yang kami redahi. Hakhak acah tapi alhamdulillah Pn Tee banyakkkkk sangat tolong. Serius, beliau sangat membantu i really adore her. Haha rindu lah pulak. Bila time imbangan duga tak imbang, ramai classmate yang tolong. Thank you guysss haha nak mention sorang2 segan. Aku ingat siapa mereka. Pernah weh aku jerit dalam kelas waktu cikgu tak ada sebab imbangan duga aku tak imbang. Stress lah kira2 pastu tak imbang. Thanks to those yang tolong aku hehe lebiyu.

I was known as budak pendiam serta sopan. Itu diaorg yang cakap tapi, tak ada lah seperti perempuan melayu terakhir. Tapi, more to diam bila orang yang aku tak kenal sangat ada di situ. Haha acahnya eii lempang kang! Dalam diam2 tu nakal jugak lah. Aku tak tahu lah kenapa sebab aku kurang kasih sayang dari kawan2 kot. Yelah, since form 4 time rehat aku bertugas so waktu dengan kawan2 ni terhad. Ada time kelas dengan waktu solat serta kelas tambahan je. Sedih lah weh ke tak? What ever tapi yang rasa kecewa sikit dengan diri sendiri, aku tidak begitu gemar ambil gambar. Serius. Time diaorg ambil gambar tetiba aku lari. Lepas tu nak menyesal sekarang eii tak guna dah. Ada lah sisa2 gambar yang aku kutip kat mana2. Haha bongok jugek ler resenye. Then, yang pentingnya aku bukan stok budak2 baik of course i'm not hukhuk humble teruks.

So nak cakap apa lagi ni?

Oh dear deskmates/groupmates/classmates/gosipmates,
Thanks for support me through thin and thick. Always help me even i'm not asked to. Terima kasih untuk layanan yang baik since day one aku masuk sekolah tu. Segala tunjuk ajar, gurau senda yang mampu buat aku tersenyum malah gelak tak ingat dunia seriously i really appreciate it. Terima kasih juga sudi pujuk bila aku menangis. Haha so gembeng. Aku tak berapa ingat sangat bad memory kat sta. Serious talk! Ini bukan kes jaga hati tapi memang kabur je.

Ingat tak.. waktu addmath form 4 dengan Cikgu Wildan? Tajuk apa ek yang ada kalau nilai maksimum muka masam ke senyum entah. Then, he suppose to said muka senyum but accidentally he said muka manis. Sampai ke form 5 korang still bahankan benda yang sama. Mungkin cerita ni nothing. Kosong. Tapi, bagi aku it still make me smile mungkin aku memang jenis mudah terhibur dengan benda simple. Haha serius budak kelas aku memang suka bahan orang termasuk cikgu weh. Haa siapa terasa nasib ah. Aku tak mention nama kira bersyukur tau kalau aku mention jakgi aku yg kena luku kepala.

We really loved waktu pjk. Bukan bersukan pun.. more to bercerita atas kerusi yang bertingkat tu. Haha oh ya! Main bola jaring! Omaigadddddd ingat tak mostly lepas waktu pj adalah waktu inggeris. Kelams kabuts kau tahu lepas kat padang terus rushing balik kelas. Perati je either miss dah sampai ke belum. Lagi haru kalau ada homework yang beliau nak pada hari itu. Sampai ke padang bawak kamus kau! Haha bila ingat balik lawak weh hadoi. Rasa lah fakenya disitu. Garang2 beliau pun, we still boleh gelak2 dalam kelas. Ada satu hari tu, semalamnya aku pergi program bahasa melayu tu alangkah tidak begitu baiknya nasib aku, aku kena ceritakan apa yang aku dapat time program tu in english. Speaking berhabuk terabur berlanggar kereta motor lori semua kau. Serius weh aku banyak kena gelak je time cakap tu. Nasib sis pandai cover *flip tudung*.

Aku sebenarnya tak berapa ingat aku ni macam mana dalam kelas. Logik tak reason? Haha serius tapi aku cepat annoyed bila ada yang nyanyi lagu yang sama all the time. Haha yg lagi bertambah annoying jakgi dia dah diam, aku pulak pergi nyanyi lagu yang sama hahaha pastu macam bongok ah diam ah! i always like that and my classmates already knew it and they dont care hak hak. Aku paling tak boleh lupa setelah diingatkan baru2 ni pasal aku kantoi simpan stok makanan bawah meja. Kalau budak2 kelas yang jumpa okay lagi lah ni cikgu yang jumpa. Aku punya gelak malu tu subhanallah maruah aku tercalah bhaii. Haha overnya eii. Yeah aku memang suka simpan stok makanan bawah meja. Paling setia, gula2. Sadisnya bekas aku simpan gula2 pecah berkecai lagi berapa bulan ek nak spm? Sebulan? Tak ingat ah.. Deskmate aku pun suka bagi makanan so we can share together2. Awhh so sweettt.


my tugasmates? haha nama yang sama tapi beza ejaan tapi sama maksud? awh rindu my alia dan my aliah.
teman rehat untuk tempoh yg kejap gila tu. thank you muah!

Lastbut not least, haha acahnya so dah nak dekat spm, i was like macam what would happen after my spm? Do i be able to live in this world without anyone will always remind me to do this to do that, be careful to strangers, becareful to this and that. Siapa yang tahu aku bagaimana, they should worry about me! Haha bajet kau anak siapa dalam dunia ni? Aku takut sebenarnya.. Aku takut nak tengok dunia luar. I've been too protected by people around me atau aku sendiri yang mengendeng sentiasa dengan mereka. Haha silalah rindu aku.

Aku sangat out of idea sekarang. Tapi, i must siapkan post ni! Haha kamon baby kamon.. if aku dah give up sebab tak ingat, insyaAllah aku sambung next post which is i dont know when. Aku try lah bila aku ada idea, aku catat dekat note aku dulu. Ok penat dah. InsyaAllah i try my best untuk sambung. Sebab aku rasa macam tertinggal something but ya.. aku sangat nak update so hamek hamek! 

our last day at our dewan. ceh our dewan. so on that day was my 2nd day exam kat dewan
before this, di kelas yang bertujuh itu yang meroyan on 2nd day exam tak dapat pengawas handsome okbai

sebab aku lawo dalam ni.



N O T A H A T I :- posting kali ni sedikit hambar. oh bukan sedikit tapi, banyak. In progress cantikkan bahasa ibunda. insyaAllah lain kali aku update lagi haha tak rajin sangat lah sekarang. i rajin tido serta baking jerrr. sooooooo maybe if one of you nak tanya atau nak aku tulis sesuatu untuk next posting maybe boleh komen di bawah atau dm me di instagram atauuuu apa2 ah. zaman dah maju. okbaiiiii

20170114

Memories never die

Bismillah

Dah tengah bulan satu dah and i still tak post apa2 pasal sekolah. Sungguhlah aku ada niat tersebut setiap hari tapi hanya Allah yang tahu betapa tidak rajinnya diri ini. Orite marilah kita bust teaser je dulu. Teaser ke?


So insyaAllah by this week ada muncul satu entryyyyyyyy oh tolonglah rajin sikit wahai diriiii. okbaii see ya!


20160908

TRIAL EXAM IS OVER

Assalamualaikum orang kampung sekalian!

Ommo like seriously dah lama yang amat tak membebel sorang-sorang. So hai from me to you with love. Eceh.. so tulah dia alhamdulillah secara rasminya tamatlah peperiksaan percubaan SPM 2016. Alhamdulillah syukur. Penuh dengan perit, menangis bagai haha dan sebagainya. Tiada suka so far. Yang penting dah habis lah ceritanya. Trial exam ni tak seperti yang aku expect lah. Apa yang aku expect? Aku expect soalannya susah nak matey! Tapi.. nampaknya aku masih hidup. Dia punya susah tu masih dapat diatasi dengan baik. Susah tu susah lah weh tapi, bertabahlah anak-anak. Exam mana yang tak susah ya dak?

Tadi paper akaun. So, malam tadi pulun lah study balik bagai. Then, aku lupa macam mana nak kira susut nilai terkumpul. Serious macam tepu entah apa. Dengan penuh berani tanpa ragu-ragu aku pergi makan nasi time tu dah nak pukul 11 gitu. Dengan yakinnya aku cakap mesti lepas makan ingat balik. Pastu tak kisah pun berat naik ke apa ke. Dengan alasan, takpe. Lepas SPM diet ah! Ciskek sungguh. Dan alhamdulillah lepas makan aku tengok buku. Hadam baik-baik maka dapatlah kira. Tergelak juga lah time tu.

Bila fikir balik, time form 5 adalah part yang paling precious sekali lah. 13 tahun dah kot insyaAllah aku bersekolah. Too many things yang berlaku dalam tempoh bersekolah. Onyonyo tak boleh cerita semua sekarang. Sebab nanti lepas SPM baru boleh rumus semuanya. Luls

Seriously. Untuk batch 99, do your best. SPM is your beginning to be somebody in the future. Sambunglah belajar di mana-mana pun, rezeki Allah tu luas. Nanti kerjalah dimana-mana pun yang penting halal. Allah tu Maha Mengetahui. Dont worry too much okay? Yang penting bila usaha baru awak dapat. Serious talk.


 - Hai, saya Sofia. Saya cucu pertama dalam keluarga Sidek. Macam cerita kartun Sofia the First tu. Saya ni budak paling cheeky. Saya ada makcik dan saya panggil dia ucu. Ucu ni baik tapi suka picit pipi saya macam dia takde pipi dan mungkin juga dia tak pernah jumpa budak comel macam saya. Tapi, saya redhakan sebab ucu saya sayaaaaaaang saya -

FINALLY! Complete weh complete! Hehe I'm gonna miss this moment okayyy 

Ok done. Syukur. Tahniah Gg dan kak wan! Semoga kekal hingga ke syurga. wiwiwi ceganlah caye nak wish pepanjang. Yang penting i lep uolss 

N O T A H A T I :- Klik SINI semoga bermanfaat. Dan ya SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Kalau sempat berpuasa, puasalah. Pada 8 Zulhijjah, doalah banyakkkkk banyak. InsyaAllah doamu akan dimakbulkan. InsyaAllah. Okbai saya lapar!