20151031

Happy Birthday Buddy!

Assalamualaikum

Tralalala alhamdulillah finally dah habis final exam. Itu maksudnya lagi setahun je ler jadi budak sekolah *claps* ok post kali ni khas sikit kot. Nak wish birthday untuk kawan sebab birthday makcik ni je tak ada rezeki nak wish macam karangan. Birthday makcik- makcik lain karangan berjela. Lebih 350 patah perkataan. Ok tipu saja.

Sis,
Dulu kita dua satu kelas time darjah 3.
Tapi tak rapat.
Engko ah Dhia pemalu sangat.
Pastu kau jadi budak pandai sampai darjah 6.
Memang sah tak bercakap ar kan.

Form 1 jumpa balik.
Satu kelas sampai form 3.
Kita dulu geng budak2 TMS je.
Siap kena bahan dengan budak lain.

Time form 2 aku duduk sebelah kau.
Dekat lab pun, dekat bengkel pun.
Senang cakap kat mana ada kau, akan ada aku.
Time gaduh je tak kot tapi kita jarang gaduh. kot HAHAHA

Sis,
Banyak gila babun kenangan kita berlima.
Aku, kau, Dina, Izzah, Wani.
Time form 1 ingat? Nak pakai inai sama2.
Dina kot bawak inai. Tak ingat ah.

Lagi..
Aku selalu cerita problem aku.
Sebab kau duduk sebelah aku dekat kelas.
Bajet2 fokus dalam kelas tu ekceli berbual. Lulz.
Ingat last year? Dalam kelas agama dekat kelas bawah sekali tu
Duduk belakang sekali dari kiri; aku, kau, wani.
Dina Izzah duduk depan dengan mimi.

Wani tido macam biasa. Aku dengan kau entah lah ek buat apa.
Tapi bab cikgu panggil secara mengejut paling win ah.
Kalau tak dapat jawapan rasa macam hm tulah berbual lagi. Adudu




Dhia, sebenarnya banyak lagi nak cakap. Aku rindu kau sangat2. Actually aku rindu kita berlima. Yang dulu. Aku tak tahu korang dekat TIGS macam mana. Kau kecik fizikal, tapi kau berani. Kau lagi pandai dari aku. Kau lagi banyak kelebihan dari aku. Orang tak kenal kau mungkin cakap kau sombong. tapi siapa yang dah kenal.. hamekkkkk haha. Seriuslah bro, kau banyak tolong aku. Terima kasih.

Dhia Nurina binti Norazam,

Happy birthday bro!
Thank you for being my friend.
My protector too. Lulz
Jadi lah apa kau nak jadi nanti.
Tapi jangan lupa siapa kawan kau. Kah!
Jaga diri pendek.
Jaga hati jugak.
Aku rindu kepochi kau tu.
Ajet ajet pendiam. Haha



Good luck for everything sista
Wish all the best for your future.

Sorry sebab last year punya hal. Sungguh aku minta maaf. Rasa bodoh gak ah. Aku tak tahu dah nak cakap apa. Tak reti ah wish panjang2. Terima kasih sebab banyak lagi tolong aku. Bagi aku tiru homework kau. Tulah siapa suruh rajin sangat? Hiks nanti kahwin jangan lupa hantar kad. Nak jadi flower girl! wiwiwi cari lelaki handsome. Lupakan Tajdid.. Hafiz Hamidun. Lagi siapa ek? Lupa.. Sekarang mesti ada yang baru kan? Kakaka i really missed that moment.

N O T A H A T I :- realitinya kita tak bahasakan diri 'kau aku' dengan dhia. Dhia, ada rezeki ada lah hadiah. Kalau tak ada, post ni hadiah untuk tempoh 10 years. Huhu rindu. Adios amigos!

20151002

So Busy like Prime Minister

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Okay WEH DAH LAMA TAK UPDATE BLOG.

Lately busy ya rabbi. Tadi ni ha baru siap kerja kursus. Alhamdulillah alhamdulillah thanks for those helping me to do that kerja kursus. 2 bulan buat and finally bereh. Siapa je tak happy bruh? Jadi gila kot sebab tak balance debit kredit tu. Ok dah. Another 10 months kot mengadap nombor-nombor tu. Lagi setahun je kot. Chillax lah der.

I dont know what i want to say. Ni sebahagian daripada apa yang bergelumang dalam otak aku yang serabut. Haru.

Image result for nakbebel quotes

Image result for nakbebel quotes

Image result for understand quotes

N O T A H A T I :- Im not a good person that u have know. Sometimes i can be so evil to you. Maaf. Saya tahu awak akan baca walaupun bukan sekarang. Thanks for all the memories we create together. Adios amigos-- only me say this.

20150807

Zaman Kegelapan

Assalamualaikum
Bismilillahirrahmanirrahim

So haloha! Sungguh lama aku tak update blog. Hari tu dah ada tulis something. Lepas tu, kalut dengan benda lain terus jadi draft. That something about raya, puasa dan something yang tengah viral. Ya biarlah terus jadi draft. Malas nak edit pape. So ha selamat hari raya! Wuh! Kesimpulannya raya ni kurang sikit hasilnya. Sebab dah tua agaknya. Hmps. The end.

Ceritanya aku nak cerita pasal paip. Actually, peristiwa ni dah lama. Tapi baru nak cerita sebab aku teringat dan maybe ada sedikit pengajaran yang aku boleh kongsikan bersama.

Image result for pili air tekan

A few years ago, aku pergi toilet dekat sebuah pusat membeli belah di daerah ni. Peh ayat! Okay aku nak basuh tangan. Aku pulas paip tu banyak kali kot tapi, tak keluar pun airnya. Aku tengok orang sebelah dah pandang semacam. Aku dah naik bengang satu badan. Lepas beberapa puluh saat, orang sebelah aku tolong tekankan weh paip tu! Aku pun macam OH without thank you dan blah. Sumpah malu siot!

Eh boleh bayangkan ke? That paip yang main tekan-tekan tu. Itulah kisah zaman kegelapan aku. Jadinya, itulah first time aku guna paip tekan-tekan. Yelah, dekat rumah paip main pulas je. Haha pengajaran yang aku boleh nyatakan adalah..

  • Jangan pernah malu untuk bertanya atau kau akan MEMALUKAN diri sendiri nanti.
  • Jangan pernah rasa kau tahu semua benda
  • Tolong ucap terima kasih lepas orang tolong atau buat baik dekat kau
  • Tak payah bajet sangat
Buang ego bila tengah belajar something. Ego tu pemusnah aku rasa. Makin aku tua, makin banyak aku nampak apa yang aku tak tahu. Its mean, menuntut ilmu itu bukan hanya pada usia muda. Tapi, sampai ke liang lahad. Betullah kan apa yang sering kita dengar itu.

N O T A H A T I :- BAM! Okay aku dah suka gila amat tengok cerita The Mysterious of Laura. Wuh tapi dah habis. Tapi best gila. About homicide. Ya aku suka. Pengajaran in my own view adalah, we can die anytime and anyway. Adios amigos!

20150613

Ayah

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

This year aku baru 16 tahun. Bila aku duduk sorang-sorang tu aku terfikir. Dah banyak sangat peristiwa yang berlaku. Macam cepat sangat. 16 tahun bukan waktu yang singkat. I'm not matured yet. Haha tapi, ini cara budak 16 tahun berfikir kot. Setiap tahun mesti ada peristiwa yang meninggalkan kesan dalam diri. Tak kiralah fizikal atau mental. Aku tergerak nak update blog lagi sebab i'm gonna miss my blog. Bila dah sekolah, dah amat jarang aku akan update. So here we go!

Setiap memori yang berbekas di hati, akan buat hidup kita berubah. Tak banyak, akan ada sikit yang terkesan. Aku ambil contoh aku sendiri. Ayah aku sendiri meninggal dunia masa aku darjah 3. Darjah 3 macam kecil sangat aku rasa. Not really lah tapi darjah 3 tahu apa je? Start dari saat tu aku mula tahu menghargai. Walaupun sikit tapi aku baru tahu menghargai. Aku baru tahu 'sayang' family aku. Mungkin sebelum tu aku tak fikir mati kot. Aku cuma tahu semua orang akan mati tapi, family aku lambat lagi. Huhu

Ayah.



Speechless bhai. Aku sayang ayah aku. Dia tak garang. Tapi, nampak tegas. Paling awesome. Paling handsome. Paling tenang dalam dunia. Aku rasa aku baru faham kenapa perempuan diluar sana anggap ayah diaorg first love ever. Korang boleh faham sendiri kan? I dont have to explain because i dont know how to explain. Kah! Aku rasa aku pernah cerita pasal ayah aku sebelum ni. Tapi.. please i miss my ayah so, takpe lah eh. 

Dulu aku tak faham apa makna menyibuk kot. Aku suka ikut ayah aku kemana-mana. Walaupun tika itu hanya adik beradik lelaki aku yang ikut nanti muncul seorang makhluk iaitu aku. Sesat gila. But i dont care. Lulz. Tapi.. tu dulu. Aku rindu macam mana mengendeng dekat ayah sendiri. Haha 7 tahun beb. Bila aku fikir balik berapa banyak kekuatan yang Allah bagi. Tiap saat yang aku down. Tiap saat yang aku menangis nak ayah. Tiap saat tu lah Allah bagi aku kekuatan.

Aku pelik. Kenapa orang sekarang tak sayang ayah sendiri. Aku pelik. Aku pelik dengan orang yang tak hargai family. Sis/bro, family kita tak ada jual dekat kedai bundle. Family tak ada jual dekat butik paling mahal dalam dunia. Family kita tak ada jual dekat mana-mana. Kalau hilang itu, tak ada galang gantinya. Sayangi ayah, ibu, adik beradik macam kau sayang nyawa kau. Macam mana family kita, hargai. Boleh janji? Aku tak nak dah hilang yang lain. 

Aku pernah terbaca yang hidup dan yang mati hanya terpisah dengan satu garisan. Garisan itu adalah dunia. Ayah, nanti kita jumpa ayah kat syurga je okay :')

Mohd Sidek bin Hassan.
15/11/1958-30/12/2008
Alfatihah

N O T A H A T I :- Ayah adalah superhero forever and ever! Oh kamon! i tak nangis. fuh fuh. Kadang2 bila dah takde depan mata, baru kita tahu betapa sayangnya kita dekat seseorang tu. Adios!