20150522

Salah Ke?

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Hailo mailo! Apa kabar? Asal rasa awkward dol --' Okay let me relax myself first. Aku masih dalam exam week sebenarnya. This sunday insyaAllah last paper. Wuhu! Aku tak rasa the result will be gempak cikacikabom. Ada paper yang tough sangat. Pastu nangis gembeng betul minah ni. Haha ok abaikan. Actually i dont want to share about exam dekat sini. Oh ya! Blog ni kan dah tukar link. So sesiapa yang macam eh ni blog huda ni! Kenapa dah tukar nama? Sebab.. tak nak orang baca. Eh tak bukan macam tu. Tapi macam this is my blog so sekati i lah *emoji wasep angkat tangan sebelah*

Itu bukanlah yang aku ingin sampaikan. I just want to share something. Beberapa hari lepas, aku berjalan di youtube dan aku ada dengar satu lagu ni. Memang ramai gila dok cover lagu tu dan aku tak kisah pun. Dan aku tertarik dengan satu cover oleh seorang perempuan dan aku tengok komen-komen dia. Ada satu komen ni dia cakap macam ni, "... suara seorang perempuan adalah aurat..." dan aku terkejutnya ada yang tak dapat terima komen baik tersebut dan siap kutuk. The end.

Image result for menasihati

Persoalannya perlu ke kutuk? Persoalannya salah ke makhluk Allah itu tegur? Mungkin not really proper tegur macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia ada effort untuk tegur benda yang salah. Walaubagaimana pun Rasulullah telah mengajar how to tegur/nasihat orang dengan hikmah. Ya mungkin ada yang cakap, tak salah untuk dia nyanyi kan suka-suka je tu atau biarlah dia n bla bla. Kita ada akal, we should think wisely before do something atau cakap apa2. Seriously kita hidup akhir zaman sangaaaaaaaat banyak dugaan dan cabaran.


Image result for menasihati

Tapi..
Sungguh, aku tak sempurna.
Masih banyak cacat celanya
Aib aku pun Allah simpan
Kalau Allah tunjuk,
Mungkin aku ini lagi teruk daripada segala jahat dunia.

Jom jadi baik? Jomlah.. nanti boleh jejak kaki kat syurga sama sama :)

N O T A H A T I:- Hei sista brada, aku hanya cakap apa yang aku mampu dan maaf jika keterlaluan. Kalau ada yang tersakitnya tuh disini, komen di bawah entry ni. Kalau aku perlu untuk delete this post, aku akan. InsyaAllah. Oh ya.. Kalau Allah nak tunjuk, takde apa, takde siapa, takde kuasa yang mampu halang. Allah lah yang paling berkuasa :)

20150514

Death Note

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang tengah bulan exam. Tinggal 5 subjek je weh! Dan aku sempat update blog. Syabas da XD I need something to relax my mind. Aku macam nak gi snorkelling lah. Celah mana tah nak snorkelling kat sini. Takde laut jernih pun T.T Okay lulz haha semua ni hanya impian yang tak kesudahan.

So, siapa pernah tengok cerita Death Note? Angkat tangan! Yeah same with me aaa i watch the movie part 1 and 2 also meh. Okay ehem. Gila best kot! L tu handsome kot. Aku tergelak kot time dia jatuh kerusi. Okay dah. Bukan ini yang sebenarnya aku nak sampaikan sebenarnya. Aku tak sure maksud death note tu. Maleh den cek kamus. Lagi pun paper english dah lepas. Hikhik

Mati -- suratan takdir.
Yang tak terlewat
Yang tak terlajak
Walau sesaat

Pangkat harta,
Rupa usia,
Yang dipandang sepi tiada halangan

Jika mati kerana kemalangan, kemalangan itu hanya sebab. Sedangkan itu sudah ajalnya. Kita tengah tidur pun Malaikat Izrail boleh cabut nyawa. Tengah makan dah tercekik pun boleh. Tercekik itu hanya sebab. Padahal itu sudah masanya.




Aku suka Ustaz ni. Ceramah dia santai kot. Tergelak2 aku tengok kot. Tapi, banyak sangat info. Alhamdulillah. 

Apa pun, redha dengan segala ketetapan Dia. He knows the best for us. Dan suatu hari nanti, tempat kembali kita hanya pada Dia. Aku sedang belajar untuk terima segalanya untuk jumpa dengan hikmah yang Allah sediakan. Dan kalau aku mati, ini sajalah peninggalan ku. Tulisan yang tak ku bawa pergi. Hanya kenangan mengganti diri. Jangan rindui yang telah pergi. Mati dan hidup hanya dipisahkan dengan satu garisan. Garisan itu hanya dunia. Nanti, di Syurga kita jumpa ya. 

Image result for allah thanks

N O T A H A T I :- Kalau kita berharap sepenuh hati hanya pada Dia, Dia akan tolong. Allah tak akan merumitkan. Aku ada Allah sampai bila-bila.

20150430

Pengalaman Mendewasakan

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim ( from draft )

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Tak tahu nak describe perasaannya macam mana. Mungkin boleh tanya hari ke 365 bagi tahun 2015 kot perasaannya macam mana di sekolah baru ni. Hiks! Aku tak mohon vokay. Tak mohon sbp. Tak mohon MRSM. Oh sebelum tu tahniah untuk sesiapa yang dapat melanjutkan pelajaran ke sbp, mrsm atau vokay. Chaiyok ah kalian.

Masa first day sekolah. rasa kekok ya ampun. Aku nak gerak setapak pun rasa takut. Sungguh tak tipu. Rasa macam buat silap je. Entahlah sebab tak selesa orang pandang aneh kot. Lulz --' Sesungguhnya aku masih dalam proses membiasakan diri dengan suanana baru. Aku masih terbawa2 adat resam TIGS. Haha kat kantin tigs macam ni. Kat sekolah baru lain sikit. Ceh bajet macam pergi kantin je waktu rehat. Haha aku rindu minah2 kepochi 3 waruna last year.

Tapi, makin hari, makin banyak hikmah yang Allah tunjukkan kenapa aku sekolah dekat situ. Banyak sangat. Didik aku untuk lebih berdikari, berani, percaya diri etc. Allah tak jadikan sesuatu tu sia-sia kan? Ya tak pernah sia-sia. Cumanya kat sekolah baru semua bangunan 2 tingkat. Tak rushing sangat lah. Watlek watpis udeh. Haha oh ya mungkin kat sekolah ni aku lebih rajin buat homework sendiri. Kakaka

Alhamdulillah dah besar dah kan. Matang sikit lah eh? Perjuangan perlu ada pengorbanan. Banyak benda kena tinggal untuk kejayaan. Tak ada benda senang dalam dunia kalau tak ada usaha.

----

Okay atas ni dari draft 3 bulan lepas. Hmps.

Dan sekarang, dah 4 bulan 19 hari aku bersekolah disitu. Alhamdulillah semuanya okay. Sebenarnya sama je belajar di mana-mana.


Image result for study quote


Makin hari, makin banyak aku belajar. Belajar how to be a better person. Kalau nak cakap, aku masih sayang rindu TIGS. Aku still nak samakan TIGS dengan sekolah sekarang. Apa tah masalah aku. Haha dont u kecam me! Hee kadang-kadang kita selalu kritik sekolah orang macam ni macam ni. Kita kutuk budak sekolah ni cenggini. Sekolah kita je baik, perfect etc. Tapi, bila aku menapak ke sekolah baru dan sekolah tu dalam daerah yang sama, baru aku faham suanasanya. Studentsnya. Situasi pembelajaran dan banyak lagi. Betullah orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. 

Banyak pindah sekolah, banyak kawan. Lai lai pindahlah sekolah. Hijrah brada sista! Okay gurau. Aku tak tahu nak share apa lagi. Aku tak tahu nak gelak ke senyum ke apa ke pe ke. Ada classmates aku cerita. Pertama kali diaorg jumpa aku, diaorg cakap aku sombong. Tak senyum. Muka masam. Guys! I memang cool bukan sombong lulz TvT haha. Eh, gurau. Aku cuma perlu cakap dont jugde me with my cool face. Kah! Engko cepat muntah pelangi! 


Tak kisah pun apa orang nak cakap. Tapi cuma, itu aku. Budak TIGS yang dah 3 tahun dengan aku tahulah siapa aku. Takpe okay? Slow2 okay. Aku berkawan je. Umpan dengan makanan insyaAllah lagi erat hubungan kita. Tenenet sengal. Tak tak gurau. Cuma, tegurlah aku jika aku buat silap. Aku bukan budak baik yang tak buat silap. Alhamdulillah budak kelas semua okay. Baik cina mahupun melayu. 

Betullah. Bila kita nak, dan kita berharap hanya dari Dia, insyaAllah dipermudahkan jika itu yang terbaik untuk kita. Allah tu tak kejam. 

Sampai disini saja kot hikayat budak baru yang dah lapuk. Oh ya. Next week dah start midyear exam. And hopefully semuanya okay. InsyaAllah. Doakan! Exam berjam2 serta berminggu. Apalah rasanya ya. Haha dengo macam teruja beno ya engko huda. Papepun, maaf atas kekasaran bahasa atau pape. Tegur kalau aku ada silap. Please :) 



N O T A H A T I :- Alhamdulillah esok dah start cuti. Some said this weekend is Golden Week. Sebab 1 dunia cuti 4 hari. Gitulah.. So guys, aku tadok idea da ni. Aku tak tahu bila lagi aku update new story. Doakan yang terbaik untuk aku ya. Thank you untuk yang membaca. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. Cuma, susahkan nak betulkan benda yang salah? adios!


SEBELUM MENGUNDUR DIRI, NAK CAKAP ..

CONGRATULATIONS TO PSSSC SMK TEMENGGONG IBRAHIM. TEMPAT KETIGA UNTUK MASAL DAH CUKUP BUAT AKU BANGGA. I LOVE YOU ALL. AKU RINDU TIGS DAN SILAT.

Yang benar,
Pesilat Pencen

20150425

Freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nah!

Assalamualaikum


Almost 3 months tak update blog! Ekhem, 4 bulan kot. Syabas wahai diri! Bukan apa-- busy. Dah banyak kali juga aku plan nak update blog. Tapi, bila nak update, aku lebih tergoda dengan bantal. Bila nak update je, mood sudah musnah dibadai lautan. Bila nak update je, aku MALAS. Hee form 4 banyak homework, tugasan yang tak putus-putus. Aku rasa kalau 'ada' orang yang agak rajin dulunya tengok blog ni mesti ingat aku dah tak akan update lagi kan? Haha sungguh perasan ya anda ini wahai saudari huda?

Ya alhamdulillah aku sihat. Berat badan makin naik. Ya sihat kan? Aku tak tahulah aku makan banyak sebab stress ke bahagia. Aku pilih stress. Jyeah! Sebenarnya aku nak update juga pasal kursus bulan 3 ritu. Nak update pasal sekolah baru tapi ya Allah sungguh aku belum berkesempatan untuk buat demikian. Orang kata benda baik kena share bukan? Sharing is caring brader sista :) InsyaAllah one fine day i'll update. KOT!

Entry kali ni khas untuk . . . . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
My birthday. Hmps.

Hambar kan? Err ya. So beberapa hari lepas adalah hari kelahiran saya! Alhamdulillah. 1 dekad 6 tahun sudah diri ini duduk dimuka bumi dengan izin Dia. Tanpa izin Dia, aku tidak akan ada disini. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Cuma macam siapa yang macam eh befday huda lah last week! Oh sokay. Doa dari jauh sudah cukup. Bagi aku, hadiah tidak ada apanya jika nak dibandingkan dengan ingatan. Setuju?

Terima kasih bagi yang wish sampai aku menangis, terharunya tu susah nak cakap. Aku hargai. Terima kasih daun keladi, tahun depan wish lah lagi. Hiks! Takde wishlist tahun ni. Tak tahu nak describe perasaan sendiri. Macam hambar. Tahlah. Huhu cuma harap untuk menuju 17 tahun ni, diri ini akan jadi lebih matang, tinggalkan bad habits, fokus belajar lebih, jadi budak baik dan bersambung di diari sendiri. Hehe

16 tahun ini aku banyak belajar. Alhamdulillah. Takde lah zero sangat. Hee


N O T A H A T I :- Please jangan pandang aku macam 'baik' sangat. Aku tak layak dapat tanggapan baik dari kalian. Im not perfect. Sungguh im just ordinary girl yang banyak silapnya. Yang banyak cacat celanya. Okay brada sista? wait for my next entry! Tak next week, next month. Haha takdelah. Aku update bila mampu je. Hmps maaf atas ke-perasan-an saya ini. Dont take it serious ok? Dah maafkan english aku. Adios!