20141109

Diam.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.

Nak tulis, tapi tiada idea.
Rasa nak bercakap, tapi tak terkeluar.
Rasa nak berlari, tapi tiada jalan yang jelas.



Sebab ini yang terbaik mungkin.


N O T A H A T I :- Cuti sendiri. Lagi 2 minggu habis sekolah untuk tahun ni. Manusia senang berubah kan?

20141016

Tolong Rindu Saya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Haiiiiiiiiiiiiiiiiii
Aku excited gila woi. Serius. Tak tipu. Dari semalam aku over excited gila. Psss! Aku nak cakap ni .. Mohon bersabar. Jangan terkejut tau .. Tajuk tu takde kena mengena. Sebab aku dah lama tak update. Tu je. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU DAH HABIS EXAM !! 


Saya rasa over. Tapi, aku sebagai first batch PT3 siapa tak over? Cakap sikit. 6 subjek je pun. Memang je pun. Tapi, aku cabar sesiapa yang rasa ''senang'' tu jawab semua paper tu. Aku nak tengok gak berkerut2 tak dahi jawab. Hikhok okay papepun alhamdulillah. Walaupun ada antara paper tu yang macam hoho i need superman to help me. Kah! Yeah .. dah lepas dah pun. Aku tengok ramai je cakap paper tu susah. pheww ~

Superb happy lepas habis paper agama. Cikgu kutip je kertas aku, aku dah start senyum yang macam lekat tak boleh tanggal. Happy sangat! Senyuman lepas tamat exam itu berganda manisnya berbanding jumpa crush tepi pintu. Kah! Perumpamaan mana aku kutip ni. Okay.



Especially for my beloved sisters and brothers,
Good luck for your SPM. Another 16 days if im not mistaken. Huhu. Do your best. Ada masa lagi nak struggle bagai nak mati. Singkat tapi sempat. Trust yourself first. Usaha, doa. tawakal. Kejayaan kita Allah dah siapkan awal2. Tapi, kalau bukan rezeki kita .. redha. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. Mari senyum. 

Untuk mereka yang dah tamat berjuang untuk PT3,
Tahniah kawan! Soalan susah macam mana pun kita dah berjaya jawab. Result itu nanti. Kan? Abaikan mereka yang kata kita over. Sape kesah bro? PT3 tak kan pernah sama macam PMR. K malam aku nak explain apa perbezaan antara keduanya itu. Dan aku tak nak bahas untuk suruh diam mereka yang tak merasa *sigh. Alhamdulillah. Happy kan? Alhamdulillah. Dan boleh chicken dance!

Nanti insyaAllah kalau aku berkesempatan atau kata lainnya rajin, aku akan update blog serajin macam dulu. Even aku tahu takde orang baca .. tapi this is my blog. So pahal? hekhek Lagi sebulan nak keluar exam. Hikhok kbai.

p/s - Tak usah kritik orang itu ini kalau kau sendiri tak pernah hidup macam dia. Dan .. kalau ada apa2 tak puas hati, cakap depan2. Bukan sampai tahap menfitnah tanpa sebab. Adios :)

20140826

Sedo-sedo Sikit Dah Nak Trial

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Dah lamaaaaa tak update. Haha Sebab apa? Sebab saya budak PT3. Maka, perlulah sedarkan diri yang dah nak exam. Kikiki *gelak sopan. Alhamdulillah 2 minggu lepas tak silap dah selesai jalani ujian lisan dan mendengar. Hari pertama ujian mendengar untuk Bahasa Melayu sekolah saya banjir. Datang sekolah buka kasut. First time okay rasa banjir paras lutut. Dia punya eksaited tu .... Allah je lah tahu. Ingatkan tangguh. Rupanya berjalan juga ujian mendengar tu. Alhamdulillah selesai semuanya.

Okay.
Minggu depan TRIAL.
Seram sejuk jugak ah.
Tapi, relax.

Lepas trial, 5 minggu bersilat dengan buku  dan nota dan cikgu. Eh? Haha kemudian .. Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 pun bermula. InsyaAllah sempat. InsyaAllah cemerlang. InsyaAllah.




Dengan itu, saya memohon kemaafan atas silap2 yang pernah dilakukan. Tak kiralah di mana sekalipun. Aku hanya manusia biasa yang sarat dengan salah. Dan good luck kepada semua calon PT3 seluruh Malaysia *bajet2 mcm apa je. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Nak kejayaan yang gempak harus dimulakan dengan USAHA yang mantap. Takde apa yang terlambat. 

Ada masa lagi :)


N O T A H A T I :- Kata2 yang tajam ibarat pedang menusuk jantung tanpa henti. Sakitnya berterusan. Tapi, siapa aku untuk tidak memaafkan orang? Haha diam itu lebih baik. Maka .. selamat tinggal. Doakan :)

Kenapa engko comel sangat? Ya Allah tergugat iman T.T

20140705

Dugaan itu Tanda Sayang



Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang padat dengan kemuliaan. Penuh dengan keberkatan. Sebenarnya dah masuk bulan Julai ni dah mula PT3. Yaaaa hai. Saya calon PT3. Awak pula bagaimana? hekhek okay. Sekarang tengah busy untuk buat Instrumen pelbagai -- sejarah dan geografi. Alhamdulillah okaylah sebab kami first batch. Tiba2 rasa first batch yang disayangi. Kuikui

Okay.
Berbalik pada tajuk.
Dugaan itu tanda sayang.

Tanda sayang dari siapa untuk siapa? Sayang yang bagaimana? Untuk apa? Baiklah. Dugaan itu tanda sayang dari Allah untuk kita. Bila kita terlalu gembira, Allah akan datangkan secebis dugaan untuk menguji. Bukan kerana dengki tengok kita gembira. Tak tak tak. Allah itu tidak kejam ya saudara serta saudari.



Banyak mana pun dugaan yang menimpa, pesan pada hati supaya sabar serta kuat. Allah itu ada. Disebalik setiap dugaan itu terselit kebahagian. Lambat atau cepat je. Bila kita diuji, ikhlaskan hati. Mungkin itu lebih baik untuk kita. Dalam hidup, kita merancang kan? Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan dari Allah itu lebih baik.

Jika ingin menangis, luahkan. Menangis bukan tanda lemah. Bukan sama sekali. Lepas ni dah takde masa langsung mungkin nak update blog. Maka, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah tutur bicara, tersilap cara. Aku ini manusia biasa. Yang sering buat khilaf tanpa sudah. Maaf. Doakan kejayaan kami.



N O T A H A T I :- Saya okay saya dah besar. Setiap kepahitan pasti ada kemanisan. Keep smile and trust Allah :)