20140705

Dugaan itu Tanda Sayang



Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang padat dengan kemuliaan. Penuh dengan keberkatan. Sebenarnya dah masuk bulan Julai ni dah mula PT3. Yaaaa hai. Saya calon PT3. Awak pula bagaimana? hekhek okay. Sekarang tengah busy untuk buat Instrumen pelbagai -- sejarah dan geografi. Alhamdulillah okaylah sebab kami first batch. Tiba2 rasa first batch yang disayangi. Kuikui

Okay.
Berbalik pada tajuk.
Dugaan itu tanda sayang.

Tanda sayang dari siapa untuk siapa? Sayang yang bagaimana? Untuk apa? Baiklah. Dugaan itu tanda sayang dari Allah untuk kita. Bila kita terlalu gembira, Allah akan datangkan secebis dugaan untuk menguji. Bukan kerana dengki tengok kita gembira. Tak tak tak. Allah itu tidak kejam ya saudara serta saudari.



Banyak mana pun dugaan yang menimpa, pesan pada hati supaya sabar serta kuat. Allah itu ada. Disebalik setiap dugaan itu terselit kebahagian. Lambat atau cepat je. Bila kita diuji, ikhlaskan hati. Mungkin itu lebih baik untuk kita. Dalam hidup, kita merancang kan? Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan dari Allah itu lebih baik.

Jika ingin menangis, luahkan. Menangis bukan tanda lemah. Bukan sama sekali. Lepas ni dah takde masa langsung mungkin nak update blog. Maka, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah tutur bicara, tersilap cara. Aku ini manusia biasa. Yang sering buat khilaf tanpa sudah. Maaf. Doakan kejayaan kami.



N O T A H A T I :- Saya okay saya dah besar. Setiap kepahitan pasti ada kemanisan. Keep smile and trust Allah :)




20140530

Tahun Akhir.

Assalamualaikum

Akhirnya! Cuti setengah tahun telah pun kembali. Alhamdulillah. Tapi, cuti kali ni macam padat lagi mampat. Mungkin. Cikgu sejarah ku berkata ... " awak ni mana boleh cuti. dah nak exam kan" Lepastu reaksinya macam eh eh eh eh haha okay sekian.

Tahun akhir?

Kenapa?
Tahun ni dah form 3 .. tahun ni patutnya aku happy. Tapi, kurang happy dengan format PT3 yang tak tetap lagi. I was like macammmmmm wehhhh. Ha gitu. Stress senang cakap. Sebab tu takde masa nak update blog walaupun aku tahu tiada siapa yang sudi menjenguk blog ku yang serba kekurangan ni. Ewahh. Exam mid year sudah pun berlalu dengan jayanya. Jaya sangat uolls -.-

So, aku nak cakap pasal game silat haritu. 29/4/2014. Selapas seminggu befday guwe. Alhamdulillah tahun ni aku rasa enjoy. Walaupun pada mulanya ada pelbagai rasa. Tapi, alhamdulillah Allah tu Maha Kaya kan? So, setelah 3 tahun aku join game silat baru tahun ni dapat rasa apa itu kemenangan. Baru aku rasa puas lepas keluar gelanggang. Baru rasa maruah telah dibersihkan. Baru rasa ini baru namanya JUARA!

Mungkin sebab rasa perlu menang tahun ni. Dia kata, target nak menang je. Jangan niat nak balas dendam ke apa. Ouh yaaa dan Alhamdulillah. Berkat usaha serta doa.


suku daripada kaum penyorak yang setia yang coolio lagi havoc lagi disayangi


Them. Budak2 marshal. Susah senang sama2. Latih tiap petang macam hape. Stress sama2. Patutnya ada kak Alia' tapi mana tah beliau time ni. Sama2 tersenyum saat perit menahan mental yang tak normal. Haaa lepas je keluar gelanggang terus rasa macam okay. Kita ada peluang. 3 sekolah je bertanding. Paling tak pun kita ada tempat juga. Bila diumumkan tempat ketiga, tapi bukan TIGS. Terus tanya orang sebelah '' eh ni kategori apa?'' '' marshal perempuan lah" Lepas tu macam eh ni tempat ketiga.

Bila diumumkan naib johan tu TIGS terus macam ya Allah Alhamdulillah syukur! Gembira tak terkata dek lidah. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati. Dan Alhamdulillah makin gembira bila tengok Cikgu2 senyum. Rasa terbalas sikit budi mereka. Serius weh! Aku rindu ... 



Tak tahu tahun depan masih berada di TIGS atau pun berhijrah. Semoga ini boleh dijadikan kenangan terindah sepanjang 3 tahun aku jadi pelajar TIGS a.k.a pesilat :) Walaupun marshal no 2, aku dah rasa kita tetap Juara! Alhamdulillah. Terima kasih. 

Dan iyaaaa ini merupakan hadiah dari sendiri. Haha sebenarnya aku rindu. Noktah.


Us.


N O T A H A T I :- Siapapun kita sekarang, semuanya bermula dari bawah. Bersyukurlah. Segala kehebatan, kenikmatan yang ada pada kita hanyalah sementara. Allah boleh tarik kapan sahaja. Hidup ini cuma sekali. Dan tak bermakna dengan itu kita boleh henjoy sampai lupa diri. Mati juga boleh berlaku bila2 masa sahaja. Teruskan tersenyum serta sabar. Kerana setiap kesabaran akan ada baiknya nanti :) 

20140419

Jagalah Diri

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah lama sangat aku tak update pape. Walaupun aku tahu tak ada orang baca. tapi .. suka hati ai lah. Hewhew aku dah tak pandai nak cari masa untuk update blog. Dan aku dah tak pandai nak merangka ayat.

Dia pesan banyak kali; Jaga diri.
Dia pesan lagi; Jaga diri.
Dia pesan hari-hari; Jaga diri.

Kita tak tahu bila akhir nafas kita. Tak tahu apa jadi esok lusa. Aku pun tak tahu bila akhir hayat.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Petang2 kurang oksigen. Otak tak berfikir sangat. Uhuk!

Matahari,
Teruskan tersenyum kalau nanti coklat pergi.


N O T A H A T I :- Aku bukan manusia sempurna. Pernah terlebih kejarkan dunia tapi, akhirat terlupa. Aku masih merangkak. Bukan selayaknya dipanggil kawan.

20140315

Dunia. Hidup. Ujian.

Assalamualaikum

Long time no see woo. haha Hai. Heyyo. Holla. Dah terlalu lama aku tak menulis panjang meluahkan apa yang dirasa. Tadok masa. Kena faham .. aku seorang pelajar yang sentiasa penuh dengan aktiviti-- minta penampo. On twitter 24/7 boleh pula. Haha bab intro aku memang lemah. Kena faham ..

Hari2 kita dengar tentang musibah itu dan ini. Kemarau. Jerebu. Kehilangan pesawat MH370. Maksiat berleluasa dan sebagainya. Tahu satu perkara? Bumi makin tua. Makin penat dengan segala jenis maksiat yang dilakukan oleh manusia- manusia. Jangan tanya mengapalah kalau kemarau, jerebu. Tanya hati. Tanya diri. Apa yang aku dah buat sampai sebegini rupa dunia kini. Manusia masih leka? Masih seronok dengan dunia. Sampai bila? Tepuk dada tanya iman.

Harini dah masuk 7 hari kehilangan pesawat MH370. Ini merupakan ujian bukan untuk penumpang pesawat tersebut sahaja, bahkan ujian untuk kita semua juga. Tak kiralah peristiwa ini sudah dirancang ke, terhempas ke apa2 sekalipun, ini sudah tertulis. Ini takdir. Siapa kita nak menidakkannya? Kalau Allah kata 'Kun, Fayakun', tiada siapa boleh halang. Manusia mungkin terlupa tentang itu.


Semakin hari, semakin kita dekat dengan jodoh yang bernama Kematian. Sungguh kalau ditanyakan pada aku, aku akan jawab aku belum bersedia. Masih belum cukup timbangan amal. Masih banyak urusan yang belum selesai. Tapi, sampai bila nak tunggu bersedia? Mati tak kan tunggu kita. Malah sedang megejar kita.

Sedarlah manusia.
Dunia makin tenat.
Sampai bila mahu begini?

Hingga tiupan yang pertamakah?
Dunia tidak menunggu kita.
Hari 'itu' akan tiba
Tidak diketahui bila
Tapi boleh jadi bila kita sedang terlalu selesa dengan nikmat dunia

Kiamat menghampiri
Tarikhnya masih misteri
Hanya Allah yang mengetahui
Kita perlu bersedia tanpa henti

Kembalilah kepada-Nya. Dia Maha Mengampun. Allah tidak kejam. Pintu taubat masih terbuka luas.




N O T A H A T I :- Maaf senang diungkap, memaafkan suatu perkara sukar. Tak perlu menafikan. Aku faham sendiri tanpa perlu penjelasan. Alhamdulillah aku manusia yang akan pergi.