20130709

Rokok dan asap hitam like virus.

Assalamualaikum.

Pada detik ini, dah masuk 1 Ramadhan. bulan keberkatan. Allahu. serius macam tak percaya dah masuk bulan Ramadhan. haisehh bila belum bulan ramadhan, sibuk cakap cepatlah Ramadhan datangggg nak raya ni. eh? ehek ehek. tapi, bila dah bulan Ramadhan, tak percaya pula. orang suka cakap bersimpang siur memang cenggitu *cikgu BM saya memang bangga dapat ank murid yang ayatnya macam ni.

Bukan soal Ramadhan yang inginku persoalkan. tapi, pasal perokok, rokok dan asap rokok. well dah bosan topik rokok ni kan? so apa lagi, klik lah X yang kat atas belah kanan tu. senang kan? eh baca lagi? ok teruskan. kalau bosan, aku tak jamin apa2 tau. aku cuma nak cerita satu peristiwa malam hari. ecewah ayat ngongeng2 je. semalam aku keluar makan dengan family. berdekatan dengan meja aku, ada satu meja sekumpulan remaja 20-an kot. tah bape minit lepas tu, salah sorang dari dieorg hisap rokok. dengan gaya spontan, aku tutup mulut dan hidung. nafas time tu dah macam orang nak meninggal.

serius dalam hati dah menyumpah2 cepatlah kau blah. lusa dah nak puasa kau masih buat perangai. aku rejam kang. ehek ehek ayat reka je. cuma aku cakap dalam hati ''biadap''. sorry to say lah. tp itu lah kenyataannya. kau ingat asap rokok tu bau lavender ke? ke bau air bandung? haisehh bro, sumpah mana adab sopan sebagai anak jati melayu? hmm

5 minit kemudian. 

5 orang pakcik dari masjid mungkin. sebabnya dieorg pakai kopiah. kain pelikat. baju melayu. handsome . datang ngeteh kot. dieorg duduk meja betul2 sebelah meja sekumpulan remaja tu. pakcik tu betul2 nak duduk, budak yang hisap rokok tu hembuskan asap rokok die betul2 menghala ka arah pakcik2 tu. aku punya sentap sampai rasa nak baling kerusi, meja, batu, lampu, api kat budak tu. ya Allah kau bayangkan pakcik2 tu dah tua. kang mana tahu disebabkan asap rokok tu tetibe salah sorang dari pakcik tu jatuh sakit jantung ke ape. memang tak rasa apa2 sebab tak jadi kat diri sendiri lah kan? 

tapi, pakcik2 tu takde pulak nak marah ke ape. aku yang tengok aku yang emosi lebih. haisehh huhu lepas tu terus budak2 tu bayar dan blah. leganya Alhamdulillah hanya Allah yang tahu. tapi serius aku pelik yang amat lah kan. mana adab sopan orang melayu? dah ditelan zaman ke? kemon. kita orang melayu. dah diajar sopan santun. yelah makin tua, mana nak dengar cakap orang yang mendidik kan ^^

----------

Nak hisap rokok, tolong. jangan hisap rokok di tempat awam. tak fikir ke apa kesan pada wanita yang mengandung? budak2 kecik? pakcik makcik yang dah tua? jangan fikir kepuasan sendiri je bro. kalau memang dah terdesak sangat nak hisap rokok tu hisap dalam toilet. asap semua kau sedut balik. kalau kau meninggal, Innalillah. 



Ingat hebat ke keluar asap dari telinga/hidung/mulut tu? Ha? hebat sangat lah? sekotak rokok mungkin 10 ringgit lebih. kalau setiap hari 10 ringgit. sebulan dah 310++. setahun mungkin 111,600. eh matematik aku betul ke tidak ni. haaa RM111,600 tu dah mampu pergi haji tah bape kali. Ya Allah. nampak tak pembaziran yang telah berlaku? Membazir itu satu dosa. membakar rokok, umpama membakar nyawa sendiri. 

Bagi aku sendiri, perokok2 ni dah tahu kesan merokok. dia tak berhenti merokok sebab kesan2 tu belum kena dekat dia. mungkin bila kaki dah takde, anak dalam kandungan isteri sendiri gugur sebab asap rokok yang dia main hembus, baru nak menyesal bagai. mungkinlah. lain manusia lain cara yang Allah bagi untuk sedarkan dia kan. 

Akhirrrrrrrrrrrrrr. 

Jangan sampai orang bagi gelaran biadap pada awak. Nak hisap rokok, sedut sekali lah dia punya asap. senang kan? senang je kot nak berhenti merokok. sentiasa berdoa pada Allah. tawakal. InsyaAllah sikit2 boleh lah tak merokok. yang paling penting, YAKIN dengan Allah. 



N O T A H A T I :- Kalau sedar diri tu ISLAM, pandai2 lah jaga adab. Rasulullah dah ajar kita untuk menghormati orang lain kan. Maaf, bahasaku sedikit kasar. dannnn SELAMAT BERPUASA BAGI SELURUH MUSLIMIN dan MUSLIMAT di serata dunia. Semoga Allah berkati amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ni :) 

20130628

Cerita 6 Jam Kami.

Assalamualaikum.

Ini bukanlah movie 8 jam tu. dan sebagainya lah. ini cerita realiti dari kami. bukan program realiti. haha merepek. ok ini cerita/pengalaman. eh, ada yang fikir kami kena culik ke? emm boleh lah. haha

Hari ni aku, Fareeda dan Afiqah telah diberi amanah untuk digalas bersama. ecewah. haha kami ditugaskan mencari kelengkapan untuk Karnival Koko pada hari esok. Jadinya, kiteorg pergi BpMaLl. memang kena sebenarnya kecik besar kecik besarkan huruf tu. ok abaikan. kiteorg pergi pukul 11.

Kami pergi ke kedai2 dengan perasaan risau dan gelisah. kekeke. sebenarnya nak cari hadiah. nak cari 4 hadiah je padahal. tapi, kiteorg mengambil masa lebih kurang 4 jam. hebat bukan? haha. dah habis beli barang apa semua, kiteorg pergi makan. makan nasi lauk kicap je :(((( hikhok kena tipu. yeay! hehe

Sepatutnya lepas kami solat, kena balik sekolah pukul 3 sebab nak tolong ahli2 yang lain kemas barang apa semua. tapi, teng teng teng treng ! suspen? tak. Fareeda call cikgu. tak angkat. call. tak angkat. call. tak angkat. frust menonggeng ok. bayangkan 4 jam berjalan mencari barang, akhirnya kena tunggu lagi. lepas tu Fareeda punya idea bernas, dia ajak jalan2. lutut aku dah longgar. haiseh. sebenarnya semua warga Bpmall tu dah kenal kiteorg. femes gitu. pakai baju sekolah. lengkap dari tudung hingga ke kasut. ala2 model. wah! tak baik riak huda.

Tepat pukul 3:30 cikgu call. excited yang amat hanya Allah yang tahu! serius. cikgu cakap cikgu tertidur. ya Allah. rasa macam kena tampar banyak kali. cikgu duduk rengit. kami di batu pahat. bandar yang permai lagi damai. ehekehek rengit dengan batu pahat mungkin sejam kot. 45 minit kot. entah lah. lagi sejam! MasyaAllah. 4:30 lah baru kami sampai ke sekolah tercinta. mungkin lah .. baiklah. kami tunggu punya tunggu dan tunggu punya tunggu, akhirnya cikgu call. cikgu kata dekat depan Ayam Penyet. Kereta warna hijau. eh sat. time tu kiteorg dekat Big Apple. punya gembira yang amat, jalan pun perlahan sangat.

Tengok depan Restoran Ayam Penyet takde kereta. langsung. kelibat cikgu apetah lagikan. Saat itu kami rasa dipermainkan. Hati ini bagai dilempar dari tingkat 100. haha hiperbola. aku tengok jam dah pukul 4:50. rasanya masa kami sampai sekolah nanti, semua ahli silat dah balik kot. At last, cikgu call. lagi.

me : helo.
cikgu : awak kat mna?
me : dekat depan Ayam penyet lah. cikgu kat mane?
cikgu : saya dekat depan Ayam penyet carrefour*telah ditukar nama. 
me : cikgu, kiteorang dekat BPMALL. *gelak*
cikgu : *gelak* ok2. 

Kalau kalian di tempat kami, apa kalian rasa? haha. saat itu kami hanya mampu gelak dan gelak. tapi rasa bengang jugaklah. tunggu dan tunggu dan akhirnya Alhamdulillah! cikgu dah sampai. ingatkan nak bebel2 kat cikgu. tapi, disebabkan ada orang lain dalam kereta tu, kami diam.  

Aku pun cakap dengan afiqah dan fareeda '' kita ni dah macam pemastautin dekat Bpmall ni''. hampir 6 jam kot. lama yang amat. mencatat rekod! patutnya pihak pengurusan BPmall kena bagi hadiah kepada sesiapa yang duduk dalam bpmall paling lama. haha masyukk.

-------

Jangan risau. Kami okey kami dah besar. Sebenarnya disebalik apa yang terjadi, ada hikmah. kami tunggu lama2 pun ada hikmah. Kami dapat tengok orang. orang yang pelbagai ragam. contohnya, pada waktu solat Jumaat, ramai sangat lelaki yang BERAGAMA ISLAM di dalam bangunan tu. tapi, ada yang tengah makan. dating. orang melayu sekarang dah kurang kisah dengan dosa sendiri. dosa sendiri ditayang2kan. aku tak faham sangat. solat jumaat tak lama pun. solat tu statik satu tempat je. kalau dating tu kena jalan. kena keluar duit nak belanja awek bagai. abang2 kat luar sana, kalau korang bijak, korang dapat berfikir dengan waras. tu je yang saya mampu cakap. maaflah. saya manusia biasa je. pernah buat silap. pernah je buat dosa :)

Dan kami diberi masa oleh Allah untuk rasa bersama suka dan duka. senang dan susahnya nak cari hadiah. haha. kami bersahabat. mungkin sampai ... aku pun tak tahu. esok ke. tahun depan ke. tak tahu kan. InsyaAllah persahabatan kami ini diredhai dan kekal hingga Jannah.


N O T A H A T I :- Semoga Silat dapat buat yang terbaik. Tolong doakan kejayaan silat ye :) Kami takdelah hebat. tapi, kami cuba untuk jadi hebat. kerana kami nak bangun dengan sendiri tanpa bergantung. sebab kalau bergantung kepada org sgt, takut orang tu pergi, kami pun 'patah kaki'. 


20130624

Dia Sayang Aku.

Assalamualaikum.

apa persoalan pertama yang timbul dalam akal fikiran korang bila tengok tajuk entry ni? jujur je lah. mesti fikir aku couple? euwww. couple tu haram kawan. teng treng teng teng ! suspen tak? hoho siapa Dia? korang mesti kenal. kalau tak kenal, sila mengucap sekarang. Dia paling hebat diseluruh muka bumi ni. Dia yang paling berkuasa. Kehebatan Dia tiada siapa yang dapat tandingi. Dia itu adalah Allah.

Pertama.

tak baik buruk sangka. sebabnya tajuk entry tu korang dah tafsir macam2. mungkin ada yang fikir aku couple. tak waras. buat tebiat. dan sebagainya. kalau tak tahu, jangan mudah mentafsir. tanya dulu ke siasat dulu ke. bukan main redah je. tahu tak sebab sedikit salah faham, orang sekarang dah boleh main bunuh-bunuh sesama ISLAM macam bunuh semut. bak kata kawan aku lah.

Kedua.

Allah uji sebab Allah sayang

pernah dengar ayat di atas? mesti pernah kan. ya! Allah SWT uji kita sebab Allah sayangkan kita. Allah uji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. siapa kata Allah kejam? hailahhh jangan nak berpoyo disini. Allah tak pernah kejam atas diri kita. TAPI, kita sendiri yang kejam atas diri sendiri. 

dugaan datang tika kita leka dengan dunia. dunia yang penuh drama. dunia yang penuh dengan penipuan. dunia yang penuh dengan kehinaan. tu lah. Allah datangkan dugaan time2 macam tu sebab Allah tak nak kita terlalu jauh dari Dia. Allah tak nak kita jatuh kedalam lembah maksiat yang hina. kemon lah. Allah uji sikit merungut panjang lebar. bila Allah bagi nikmat, ucap Alhamdulillah pun payah. fikir lah. eh kejap. tahu tak sebab ujian2 Allah tu lah kita boleh jadi manusia yang lebih sabar. serius. 

Ok sekarang dah takde pertama ke kedua ke ape ke. sekarang takde pape lah. haha huda keling.

- Aku bukanlah manusia yang baik sangat. tapi, aku cuba untuk jadi baik. haha. kedengaran annoying tp itulah kenyataanya. serius. aku pernah je kutuk orang. aku pernah je benci orang. aku pernah je marah2 orang. aku pernah je rasa nak bunuh orang. aku pernah je merungut. aku pernah je rasa dunia ni tak adil. aku pernah je rasa kenapa aku dihidupkan kalau banyak sangat masalah yang aku kena tanggung. aku pernah je weyh rasa semua tu. walaupun umur aku baru beberapa tahun. 

Tapi, Alhamdulillah lah. Allah pimpin aku untuk lihat apa yang sepatutnya aku lihat. Alhamdulillah walau banyak manapun masalah yang datang, Allah buat aku lebih tabah. kah3 ayat tu macam bajet2 je tp serius. makin banyak masalah, makin matang seseorang. Sedihnya aku menanggung dugaan ini, ada yang LAGI sedih diluar sana tanpa aku ketahui. Alhamdulillah

#Kawan, terima kasih sebab pernah buat aku ketawa. buat aku lupa sementara dengan masalah. buat aku rasa kau pelawak aku dunia akhirat! haha aku teringin nak kau jadi kawan baik aku. tapi, mungkin bukan rezeki aku. mungkin aku bukan kawan yang baik untuk kau. kau terlalu baik. sungguh. nakal kau buat orang lain tersenyum. Pertemuan yang singkat, tak pernah menjanjikan kegembiraan. maaf ku pinta atas kesilapanku. seperti yang ku kata, aku bukan kawan yang baik. akan aku ingat kata2 kau. '' kalau tak suka jangan tunjuk.'' 



N O T A H A T I :- Aku tak sempurna. Sungguh. Aku perlukan Allah. Aku ni lemah. Aku ni cepat jatuh. Aku ni tak kuat mana pun. Tanpa Allah mungkin aku dah dalam liang lahad mungkin. Dan maaf sebab post ni cacat. jalan penceritaan terabur hancus. haha gaya mcm nk tulis novel -.- 


TERIMA KASIH ALLAH : )

20130602

Hati kau ada dua kah?

Assalamualaikum . 

Aku disini bukan untuk jadi seorang psycho. psikik atau apa2 je lah . Aku disini ingin menyatakan secebis pesanan mungkin . haha tapi, ada ke yang nak dengar pesanan dari seorang yang jahil ini? ada ke? haha aku sendiri takde jawapannya. 

Aku mengharapkan juga ada yang sudi membaca atau memahami. tajuk entry ni sedikit biadap bagi aku sendiri. maksud disebalik tajuk tu, aku ada sekeping hati. yang tiada dimana2. sekali disakiti, tiada hati lain yang dapat aku gantikan. hati yang telah disakiti tulah aku kena rawat sendiri. aku kena jaga dia sebaiknya lepas ni. tak kiralah die disakiti oleh orang terdekat, kawan baik sendiri atau sesiapapun. tapi, mungkin lebih parah jika disakiti oleh kawan baik sendiri . kan ?

Kawan, nak bercakap guna akal fikiran. bukan cakap berlandaskan emosi semata2. cakap berlandaskan emosi, hancuss lah nampak gaya nya . Teringat ku dengan kata seorang makhluk Allah ni . Dia kata bukan semua orang sama . jadinya aku nak cakap pula, lain orang lain hatinya lain perangainya dan sebagainya. 

Kau ingin menyatakan sesuatu? kalau rasa akan menyakitkan hati orang lain, tulis skrip siap2 pastu fikir kalau ayat macam ni orang cakap kat aku, sakitkah hati aku nanti? kalau ya jawapannya, tukarlah skrip lain. kalau tidak jawapannya, teruskanlah hasrat mu untuk bagitahu orang itu . mungkin sedikit tidak normal disitu. tapi, kalau buat cara normal tapi akhirnya hancuss apa guna?

Aku ingin menyatakan sesuatu yang penting !!!! suspen tak ?
-
-
-
-
-
-
-
- 
psssss ! 
-
-
-
-
-
-
-
Aku juga ada SEKEPING HATI yang tidak dijual dimana-mana. 

Hormat orang lain. Ya. Sebenarnya jaga hati sendiri lebih susah daripada jaga hati orang lain . Jangan terlalu fikirkan hati orang lain sampai hati sendiri terabai. Kalau hati itu dapat berbicara, mungkin dia kata TUAN KU INI TERLALU KEJAM kerana sanggup sakitkan hati sendiri demi orang lain . haha mungkin . 


N O T A H A T I :- Pesan akak ku pada suatu masa dahulu. ''Jaga hatimu adik.'' maaf kak. kali ni adikmu gagal. InsyaAllah lepas ni akan ku jaga sebaiknya. Huda kuat seperti JDT. Harimau Selatan selamanya. *takde kena mengena. ok .