20130624

Dia Sayang Aku.

Assalamualaikum.

apa persoalan pertama yang timbul dalam akal fikiran korang bila tengok tajuk entry ni? jujur je lah. mesti fikir aku couple? euwww. couple tu haram kawan. teng treng teng teng ! suspen tak? hoho siapa Dia? korang mesti kenal. kalau tak kenal, sila mengucap sekarang. Dia paling hebat diseluruh muka bumi ni. Dia yang paling berkuasa. Kehebatan Dia tiada siapa yang dapat tandingi. Dia itu adalah Allah.

Pertama.

tak baik buruk sangka. sebabnya tajuk entry tu korang dah tafsir macam2. mungkin ada yang fikir aku couple. tak waras. buat tebiat. dan sebagainya. kalau tak tahu, jangan mudah mentafsir. tanya dulu ke siasat dulu ke. bukan main redah je. tahu tak sebab sedikit salah faham, orang sekarang dah boleh main bunuh-bunuh sesama ISLAM macam bunuh semut. bak kata kawan aku lah.

Kedua.

Allah uji sebab Allah sayang

pernah dengar ayat di atas? mesti pernah kan. ya! Allah SWT uji kita sebab Allah sayangkan kita. Allah uji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. siapa kata Allah kejam? hailahhh jangan nak berpoyo disini. Allah tak pernah kejam atas diri kita. TAPI, kita sendiri yang kejam atas diri sendiri. 

dugaan datang tika kita leka dengan dunia. dunia yang penuh drama. dunia yang penuh dengan penipuan. dunia yang penuh dengan kehinaan. tu lah. Allah datangkan dugaan time2 macam tu sebab Allah tak nak kita terlalu jauh dari Dia. Allah tak nak kita jatuh kedalam lembah maksiat yang hina. kemon lah. Allah uji sikit merungut panjang lebar. bila Allah bagi nikmat, ucap Alhamdulillah pun payah. fikir lah. eh kejap. tahu tak sebab ujian2 Allah tu lah kita boleh jadi manusia yang lebih sabar. serius. 

Ok sekarang dah takde pertama ke kedua ke ape ke. sekarang takde pape lah. haha huda keling.

- Aku bukanlah manusia yang baik sangat. tapi, aku cuba untuk jadi baik. haha. kedengaran annoying tp itulah kenyataanya. serius. aku pernah je kutuk orang. aku pernah je benci orang. aku pernah je marah2 orang. aku pernah je rasa nak bunuh orang. aku pernah je merungut. aku pernah je rasa dunia ni tak adil. aku pernah je rasa kenapa aku dihidupkan kalau banyak sangat masalah yang aku kena tanggung. aku pernah je weyh rasa semua tu. walaupun umur aku baru beberapa tahun. 

Tapi, Alhamdulillah lah. Allah pimpin aku untuk lihat apa yang sepatutnya aku lihat. Alhamdulillah walau banyak manapun masalah yang datang, Allah buat aku lebih tabah. kah3 ayat tu macam bajet2 je tp serius. makin banyak masalah, makin matang seseorang. Sedihnya aku menanggung dugaan ini, ada yang LAGI sedih diluar sana tanpa aku ketahui. Alhamdulillah

#Kawan, terima kasih sebab pernah buat aku ketawa. buat aku lupa sementara dengan masalah. buat aku rasa kau pelawak aku dunia akhirat! haha aku teringin nak kau jadi kawan baik aku. tapi, mungkin bukan rezeki aku. mungkin aku bukan kawan yang baik untuk kau. kau terlalu baik. sungguh. nakal kau buat orang lain tersenyum. Pertemuan yang singkat, tak pernah menjanjikan kegembiraan. maaf ku pinta atas kesilapanku. seperti yang ku kata, aku bukan kawan yang baik. akan aku ingat kata2 kau. '' kalau tak suka jangan tunjuk.'' 



N O T A H A T I :- Aku tak sempurna. Sungguh. Aku perlukan Allah. Aku ni lemah. Aku ni cepat jatuh. Aku ni tak kuat mana pun. Tanpa Allah mungkin aku dah dalam liang lahad mungkin. Dan maaf sebab post ni cacat. jalan penceritaan terabur hancus. haha gaya mcm nk tulis novel -.- 


TERIMA KASIH ALLAH : )

20130602

Hati kau ada dua kah?

Assalamualaikum . 

Aku disini bukan untuk jadi seorang psycho. psikik atau apa2 je lah . Aku disini ingin menyatakan secebis pesanan mungkin . haha tapi, ada ke yang nak dengar pesanan dari seorang yang jahil ini? ada ke? haha aku sendiri takde jawapannya. 

Aku mengharapkan juga ada yang sudi membaca atau memahami. tajuk entry ni sedikit biadap bagi aku sendiri. maksud disebalik tajuk tu, aku ada sekeping hati. yang tiada dimana2. sekali disakiti, tiada hati lain yang dapat aku gantikan. hati yang telah disakiti tulah aku kena rawat sendiri. aku kena jaga dia sebaiknya lepas ni. tak kiralah die disakiti oleh orang terdekat, kawan baik sendiri atau sesiapapun. tapi, mungkin lebih parah jika disakiti oleh kawan baik sendiri . kan ?

Kawan, nak bercakap guna akal fikiran. bukan cakap berlandaskan emosi semata2. cakap berlandaskan emosi, hancuss lah nampak gaya nya . Teringat ku dengan kata seorang makhluk Allah ni . Dia kata bukan semua orang sama . jadinya aku nak cakap pula, lain orang lain hatinya lain perangainya dan sebagainya. 

Kau ingin menyatakan sesuatu? kalau rasa akan menyakitkan hati orang lain, tulis skrip siap2 pastu fikir kalau ayat macam ni orang cakap kat aku, sakitkah hati aku nanti? kalau ya jawapannya, tukarlah skrip lain. kalau tidak jawapannya, teruskanlah hasrat mu untuk bagitahu orang itu . mungkin sedikit tidak normal disitu. tapi, kalau buat cara normal tapi akhirnya hancuss apa guna?

Aku ingin menyatakan sesuatu yang penting !!!! suspen tak ?
-
-
-
-
-
-
-
- 
psssss ! 
-
-
-
-
-
-
-
Aku juga ada SEKEPING HATI yang tidak dijual dimana-mana. 

Hormat orang lain. Ya. Sebenarnya jaga hati sendiri lebih susah daripada jaga hati orang lain . Jangan terlalu fikirkan hati orang lain sampai hati sendiri terabai. Kalau hati itu dapat berbicara, mungkin dia kata TUAN KU INI TERLALU KEJAM kerana sanggup sakitkan hati sendiri demi orang lain . haha mungkin . 


N O T A H A T I :- Pesan akak ku pada suatu masa dahulu. ''Jaga hatimu adik.'' maaf kak. kali ni adikmu gagal. InsyaAllah lepas ni akan ku jaga sebaiknya. Huda kuat seperti JDT. Harimau Selatan selamanya. *takde kena mengena. ok .

20130514

Terimalah nasihat walaupun pahit.

Assalamualaikum .

Kenapa ada diantara kita yang susah nk terima nasihat? sbb hati kita tertutup untuk menerima nasihat. kenapa? sebab kurang ibadah kenapa Allah. kenapa? hasutan syaitan. kenapa? nafsu tinggi sangat. kenapa? stop. berhenti bertanya kenapa dan kenapa. sebenarnya jawapan yang sebenar sila tepuk dada tanya iman.

ada satu kisah ni. time ni dalam surau. waktu agama. cikgu datang lambat sikit. murid2 datang awal. sikit. hurmm. huu ok time tu macam bising. masing2 buat hal sendiri. ada yang tekun menghafal surah hafazan. ada yang terlentok. ada yang main apa tah. jadinya suasana surau tu dah mcm pasar malam. boleh bayangkan? setelah beberapa minit selepas tu datang seorang pakcik.

Pakcik : *senyum* diam2 jangan bising. 
Para pelajar : *diam sekejap* 
-bising semula-
Pakcik : jangan bising. ni dekat rumah Allah. Allah tengok tu *senyum*
Para Pelajar : *terkesima. sentap. diam* 

Lepas beberapa minit ditegur mcm tu, ada yang insaf. dan ada yang menerima nasihat pakcik tu mcm air yang deras. time tu rasa mcm haih mcm ni ke anak remaja zaman sekarang? susah ke nak terima nasihat. mungkin kalau Rasulullah SAW masih ada, mungkin Baginda sedih melihat umat2Nya mcm ni. mungkin . .

'' Terimalah nasihat walaupun dari seorang pelacur.'' 

Siapapun dia, tak kira jantina, jawatan, umur atau apapun .. jika dia menasihati, terimalah. bukan senang tau nak orang menasihati kita. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang nak nasihatkan kita. Dalam dunia ni kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Yaaa memang ada je yg jawab '' takpe, kawan aku confirm nak nasihatkan aku kalau aku tersalah bla bla bla .. '' hurmm itupun kalau kawan tu nak nasihatkan. jangan terkejut kalau kawan yang awk anggap akan nasihatkan awk kalau awak tersalah akan lari satu hari nanti jika awk memerlukan nasihatnya. 

Nasihat yang diberikan mungkin kedengaran lebih kepada menyindir, tp mungkin penasihat tu memang mcm tu gayanya. terima jek lah. manusia tak sempurna. Dan siapa kata kita ni tak boleh nasihatkan orang2 yang besar? siapa kata? siapa kata kita tak boleh nasihat Perdana Menteri, pengetua sekolah, guru, atau siapa je lah. tak de lah dalam ayat mane2 mengatakan kita tak boleh nasihat orang yang lebih besar dri kita. tak de takde. tp ade gayanya. bukan dengan cara menengking. bukan dengan cara yang silap. tp, mesti dengan penuh adab. sopan *wahh sopan itu comel ^_^ 

Jangan takut akan dipulaukan selepas menasihati seseorang. jangan rasa serik untuk menasihati selepas dikutuk. itu lumrah. itu lumrah manusia yang susah nak terima nasihat. biarkan. Allah tahu niat kita. biarkan. jangan risau. sejahat mana pun seseorang tu, di sudut hatinya terdetik ingin melakukan kebaikan. ya . senakal manapun dia, dia juga sukakan kebaikan walaupun pada zahirnya dia tak tunjuk. doakan je supaya dia berubah ke arah kebaikan : ) 

N O T A H A T I :- Kawan, kalau aku tersilap jalan, jangan takut/malu untuk tegur/nasihat. 

20130324

Memori :- Kawad PSSC .

Assalamualaikum .

haaa cuti dah sampai . OHyeah ! happy tak terkira gila okeyh . dah happy . gila pulak . nasib kau lah labuu . hahah sementara waktu masih ada . aku pula takde keinginan untuk menjenguk homework aku , aku pun dengan rasa rela hati update blog pasal kawad . kenangan . and so on . tahu tak . . . aku terlalu rindukan suasana kawad . *auw auww . macam korang kisah kan aku rindu ke tak ? huh , macam aku kisah korang kisah ke tak ~

Haa , first time kena handle kawad . sebenarnya aku rasa aku mesti kena kutuk dengan senior . bagi koman pun 'shy shy cat' . memang aku rasa aku semut jek kat situ . tapi , aku rasa aku perlu bangkit . abaikan mulut2 orang . yang penting aku jalankan tanggungjawab . latihan pertama , kedua , ketiga sampai kelima kot . hanya belasan orang jek datang . frust yang amat jangan cakap lah .

Pengerusi kami , Kak Wada cakap nanti hari Rabu cikgu akn suruh semua form 1 , 2 , 4 masuk kawad . haa time tu memang ramai . time tu jugak teruja nak mati . sat bukan aku teruja sebab nak mati tapi , teruja bagai nak gila . haaa bahasa aku memang A++ . dah diam tak lawak k . memang muka senior sorang2 aku tenung . caye ke ? tak payah . act , takut . senior woi . aku dah lah shy shy cat .

dari hari ke hari tanpa sedar , ramai dah masuk kawad . hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku . haha ingat tak time kena marah sama2 dengan senior ? ingat tak kita semua kena lari sama2 ? ingat tak kita semua kena bumping ? ingat tak arahan komander asdfghjkl ni '' lambat seminit bumping 2 kali '' . ingat tak komander ni pernah cakap nak bagi coki2 tapi tak bagi2 ? one day coki2nya ada lah . ingat tak korang pernah latih dah lama tapi tak rehat2 ? ingat tak korang kena latih dekat lorong antara blok Dahlia dengan Blok Melur ?

Act , tahun lepas pernah buat latihan kat situ time dah nak dekat game . time tu best sangat . ada Abg Ejal . memang gempak gile . even tempat tu sempit , tempat tu lah paling Ohsemm . korang ingat tak kite pernah buat latihan pukul 5:30 pagi ? memang penat tapi best . nyem3 ^_^ ingat tak formasi ke - 4 kita baru buat 2 hari sebelum bertanding . pada hari tu ada taklimat dengan hakim2 dengan ketua platun yang lain .

Habis taklimat terus lari pergi tempat latihan . tetibe aku ter'berhenti' sebab terdengar satu suara . rasa terharu . bangga . sedih pun ada . kalau beliau tak datang , aku rasa aku dah cabut lari masuk kandang lembu hagaknya *kat TIGS takde kandang lembu actually ~ time tu formasi love pun masih tak betul . formasi ke 2 yang bentuk triangle pun tunggang tak terbalik lagi . time tu perasaan berkecamuk gila . thank to Allah . Abg Ejal datang . Beliau banyak bagi idea . formasi ke-4 memang simple tapi gempak . Simple but AWESOME . haha

sehari sebelum bertanding . kita semua memang betul2 diuji oleh Allah . bayangkan esok nak bertanding tiba2 tempat yang biasa kami berlatih dicilok . nyem3 . bile difikir2kan siapa tak sakit hati kan . tapi , nak buat macam mana . Allah lebih mengetahui yang terbaik . time tu memang perasaan aku sebagai manusia biasa diuji dengan hebat sekali . alhamdulillah . semua tempat memang dah penuh tapi , sebelah tempat yang biasanya kami latih pada haritu kosong . kat situ memang semua orang macam tertekan . haha . saya rasakan benda yang sama :') tapi Allah tolong kita semua .

Hari bertanding . pukul 5:30 kite kena buat latihan . act , latihan terakhir . pagi yang dingin , kita semua solat subuh secara berjemaah . ya Allah . indah sangat waktu tu . lepas solat bagai kita buat latihan untuk terakhir kalinya .

#kita semua adalah kawan . ya . KAWAN : ) 

tiba masa . lagi beberapa minit kita akan berlawan *ecewah . gaya macam nk gi berperang . hanya Allah tahu ketakutan yang melanda diri ini . haha . Zuhur . kita solat berjemaah lagi . indah sangat . rasa tenang . lepas solat semua tergesa2 untuk siapkan diri . aku takut . yeahh . time tu banyak kali kita semua kena tegur sana sini . mesti ada rasa bengang kan ? tu semua berpunca dari aku , komander yang tak bertauliah ni . sat lagi aku cite naa . 

sebelum kawad , lidah ku hanya dibasahi oleh air masak . air liur . ayat Kursi . al-Fatihah dan selawat . haaa ada kesan ok masa kawad . aku hanya gementar pada permulaan . dan seterusnya aku rasakan latihan biasa . alhamdulillah . Allah ada . entah korang perasan ke tak . banyak kali aku buat mimik muka time kawad . haha sebenarnya aku nak lempang diri sendiri . sebab ada salah sikit . pastu tiba2 suara macam orang baru tertelan pisau . pergh pergh . Allah jek tahu betapa peritnya masa tu . haha . lepas tu ok . sebab Allah ada .


love for us . aloloh >_< 

pakaian kita diserikan lagi dengan 'songkok' idea - Abg Ejal . memang unik gila . cair ok tengok dieorg pakai songkok . hahaha . okeyh . kita semua pernah kena marah . act , kemarahan tu patutnya untuk aku je . korang kena marah bermakna aku gagal untuk ajar korang baik2 . aku minta maaf . saya tidak sempurna

Terima kasih yang teramat sangat untuk Abg Ejal . Akim . cikgu2 silat . kak Wada . kak Umi . kak Diyana . kak Faiz . kak Syifaa . kak Sabrina . kak Miza . Afiqah . Fareeda . Atikah . dan semua budak kawad . kalau korang takde , aku tak boleh buat macam aku buat masa pertandingan tempoh hari *haa ayat skema . terima kasih sebab jadi bahu aku . terima kasih jadi pelindung . terima kasih jadi pengajar . terima kasih jadi penasihat . 

Dan Alhamdulillah. Sebab Allah kita berjaya. Walaupun no 2, kita semua dah buat yang terbaik. Kita usaha sama2 kita dapat keputusan sama2. ek? haha

N O T A H A T I : kalau kita yakin , kita takkan takut itu dan ini sebab kita tahu Allah tu sentiasa bersama kita . kalau kemenangan itu bukan milik kita , redha . sebab Allah tahu yang paaaling terbaik untuk kita :') *go PSSSC ! saya minta maaf dengan apa kesalahan , kata2 yang pernah saya buat . mungkin pernah terlepas cakap . maaf . biane . sumimasen . sorry ^_^ *kesat air mata . haha

GoodLuck untuk game silat pulak . PSSSC TiGS boleh !