20130514

Terimalah nasihat walaupun pahit.

Assalamualaikum .

Kenapa ada diantara kita yang susah nk terima nasihat? sbb hati kita tertutup untuk menerima nasihat. kenapa? sebab kurang ibadah kenapa Allah. kenapa? hasutan syaitan. kenapa? nafsu tinggi sangat. kenapa? stop. berhenti bertanya kenapa dan kenapa. sebenarnya jawapan yang sebenar sila tepuk dada tanya iman.

ada satu kisah ni. time ni dalam surau. waktu agama. cikgu datang lambat sikit. murid2 datang awal. sikit. hurmm. huu ok time tu macam bising. masing2 buat hal sendiri. ada yang tekun menghafal surah hafazan. ada yang terlentok. ada yang main apa tah. jadinya suasana surau tu dah mcm pasar malam. boleh bayangkan? setelah beberapa minit selepas tu datang seorang pakcik.

Pakcik : *senyum* diam2 jangan bising. 
Para pelajar : *diam sekejap* 
-bising semula-
Pakcik : jangan bising. ni dekat rumah Allah. Allah tengok tu *senyum*
Para Pelajar : *terkesima. sentap. diam* 

Lepas beberapa minit ditegur mcm tu, ada yang insaf. dan ada yang menerima nasihat pakcik tu mcm air yang deras. time tu rasa mcm haih mcm ni ke anak remaja zaman sekarang? susah ke nak terima nasihat. mungkin kalau Rasulullah SAW masih ada, mungkin Baginda sedih melihat umat2Nya mcm ni. mungkin . .

'' Terimalah nasihat walaupun dari seorang pelacur.'' 

Siapapun dia, tak kira jantina, jawatan, umur atau apapun .. jika dia menasihati, terimalah. bukan senang tau nak orang menasihati kita. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang nak nasihatkan kita. Dalam dunia ni kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Yaaa memang ada je yg jawab '' takpe, kawan aku confirm nak nasihatkan aku kalau aku tersalah bla bla bla .. '' hurmm itupun kalau kawan tu nak nasihatkan. jangan terkejut kalau kawan yang awk anggap akan nasihatkan awk kalau awak tersalah akan lari satu hari nanti jika awk memerlukan nasihatnya. 

Nasihat yang diberikan mungkin kedengaran lebih kepada menyindir, tp mungkin penasihat tu memang mcm tu gayanya. terima jek lah. manusia tak sempurna. Dan siapa kata kita ni tak boleh nasihatkan orang2 yang besar? siapa kata? siapa kata kita tak boleh nasihat Perdana Menteri, pengetua sekolah, guru, atau siapa je lah. tak de lah dalam ayat mane2 mengatakan kita tak boleh nasihat orang yang lebih besar dri kita. tak de takde. tp ade gayanya. bukan dengan cara menengking. bukan dengan cara yang silap. tp, mesti dengan penuh adab. sopan *wahh sopan itu comel ^_^ 

Jangan takut akan dipulaukan selepas menasihati seseorang. jangan rasa serik untuk menasihati selepas dikutuk. itu lumrah. itu lumrah manusia yang susah nak terima nasihat. biarkan. Allah tahu niat kita. biarkan. jangan risau. sejahat mana pun seseorang tu, di sudut hatinya terdetik ingin melakukan kebaikan. ya . senakal manapun dia, dia juga sukakan kebaikan walaupun pada zahirnya dia tak tunjuk. doakan je supaya dia berubah ke arah kebaikan : ) 

N O T A H A T I :- Kawan, kalau aku tersilap jalan, jangan takut/malu untuk tegur/nasihat. 

20130324

Memori :- Kawad PSSC .

Assalamualaikum .

haaa cuti dah sampai . OHyeah ! happy tak terkira gila okeyh . dah happy . gila pulak . nasib kau lah labuu . hahah sementara waktu masih ada . aku pula takde keinginan untuk menjenguk homework aku , aku pun dengan rasa rela hati update blog pasal kawad . kenangan . and so on . tahu tak . . . aku terlalu rindukan suasana kawad . *auw auww . macam korang kisah kan aku rindu ke tak ? huh , macam aku kisah korang kisah ke tak ~

Haa , first time kena handle kawad . sebenarnya aku rasa aku mesti kena kutuk dengan senior . bagi koman pun 'shy shy cat' . memang aku rasa aku semut jek kat situ . tapi , aku rasa aku perlu bangkit . abaikan mulut2 orang . yang penting aku jalankan tanggungjawab . latihan pertama , kedua , ketiga sampai kelima kot . hanya belasan orang jek datang . frust yang amat jangan cakap lah .

Pengerusi kami , Kak Wada cakap nanti hari Rabu cikgu akn suruh semua form 1 , 2 , 4 masuk kawad . haa time tu memang ramai . time tu jugak teruja nak mati . sat bukan aku teruja sebab nak mati tapi , teruja bagai nak gila . haaa bahasa aku memang A++ . dah diam tak lawak k . memang muka senior sorang2 aku tenung . caye ke ? tak payah . act , takut . senior woi . aku dah lah shy shy cat .

dari hari ke hari tanpa sedar , ramai dah masuk kawad . hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku . haha ingat tak time kena marah sama2 dengan senior ? ingat tak kita semua kena lari sama2 ? ingat tak kita semua kena bumping ? ingat tak arahan komander asdfghjkl ni '' lambat seminit bumping 2 kali '' . ingat tak komander ni pernah cakap nak bagi coki2 tapi tak bagi2 ? one day coki2nya ada lah . ingat tak korang pernah latih dah lama tapi tak rehat2 ? ingat tak korang kena latih dekat lorong antara blok Dahlia dengan Blok Melur ?

Act , tahun lepas pernah buat latihan kat situ time dah nak dekat game . time tu best sangat . ada Abg Ejal . memang gempak gile . even tempat tu sempit , tempat tu lah paling Ohsemm . korang ingat tak kite pernah buat latihan pukul 5:30 pagi ? memang penat tapi best . nyem3 ^_^ ingat tak formasi ke - 4 kita baru buat 2 hari sebelum bertanding . pada hari tu ada taklimat dengan hakim2 dengan ketua platun yang lain .

Habis taklimat terus lari pergi tempat latihan . tetibe aku ter'berhenti' sebab terdengar satu suara . rasa terharu . bangga . sedih pun ada . kalau beliau tak datang , aku rasa aku dah cabut lari masuk kandang lembu hagaknya *kat TIGS takde kandang lembu actually ~ time tu formasi love pun masih tak betul . formasi ke 2 yang bentuk triangle pun tunggang tak terbalik lagi . time tu perasaan berkecamuk gila . thank to Allah . Abg Ejal datang . Beliau banyak bagi idea . formasi ke-4 memang simple tapi gempak . Simple but AWESOME . haha

sehari sebelum bertanding . kita semua memang betul2 diuji oleh Allah . bayangkan esok nak bertanding tiba2 tempat yang biasa kami berlatih dicilok . nyem3 . bile difikir2kan siapa tak sakit hati kan . tapi , nak buat macam mana . Allah lebih mengetahui yang terbaik . time tu memang perasaan aku sebagai manusia biasa diuji dengan hebat sekali . alhamdulillah . semua tempat memang dah penuh tapi , sebelah tempat yang biasanya kami latih pada haritu kosong . kat situ memang semua orang macam tertekan . haha . saya rasakan benda yang sama :') tapi Allah tolong kita semua .

Hari bertanding . pukul 5:30 kite kena buat latihan . act , latihan terakhir . pagi yang dingin , kita semua solat subuh secara berjemaah . ya Allah . indah sangat waktu tu . lepas solat bagai kita buat latihan untuk terakhir kalinya .

#kita semua adalah kawan . ya . KAWAN : ) 

tiba masa . lagi beberapa minit kita akan berlawan *ecewah . gaya macam nk gi berperang . hanya Allah tahu ketakutan yang melanda diri ini . haha . Zuhur . kita solat berjemaah lagi . indah sangat . rasa tenang . lepas solat semua tergesa2 untuk siapkan diri . aku takut . yeahh . time tu banyak kali kita semua kena tegur sana sini . mesti ada rasa bengang kan ? tu semua berpunca dari aku , komander yang tak bertauliah ni . sat lagi aku cite naa . 

sebelum kawad , lidah ku hanya dibasahi oleh air masak . air liur . ayat Kursi . al-Fatihah dan selawat . haaa ada kesan ok masa kawad . aku hanya gementar pada permulaan . dan seterusnya aku rasakan latihan biasa . alhamdulillah . Allah ada . entah korang perasan ke tak . banyak kali aku buat mimik muka time kawad . haha sebenarnya aku nak lempang diri sendiri . sebab ada salah sikit . pastu tiba2 suara macam orang baru tertelan pisau . pergh pergh . Allah jek tahu betapa peritnya masa tu . haha . lepas tu ok . sebab Allah ada .


love for us . aloloh >_< 

pakaian kita diserikan lagi dengan 'songkok' idea - Abg Ejal . memang unik gila . cair ok tengok dieorg pakai songkok . hahaha . okeyh . kita semua pernah kena marah . act , kemarahan tu patutnya untuk aku je . korang kena marah bermakna aku gagal untuk ajar korang baik2 . aku minta maaf . saya tidak sempurna

Terima kasih yang teramat sangat untuk Abg Ejal . Akim . cikgu2 silat . kak Wada . kak Umi . kak Diyana . kak Faiz . kak Syifaa . kak Sabrina . kak Miza . Afiqah . Fareeda . Atikah . dan semua budak kawad . kalau korang takde , aku tak boleh buat macam aku buat masa pertandingan tempoh hari *haa ayat skema . terima kasih sebab jadi bahu aku . terima kasih jadi pelindung . terima kasih jadi pengajar . terima kasih jadi penasihat . 

Dan Alhamdulillah. Sebab Allah kita berjaya. Walaupun no 2, kita semua dah buat yang terbaik. Kita usaha sama2 kita dapat keputusan sama2. ek? haha

N O T A H A T I : kalau kita yakin , kita takkan takut itu dan ini sebab kita tahu Allah tu sentiasa bersama kita . kalau kemenangan itu bukan milik kita , redha . sebab Allah tahu yang paaaling terbaik untuk kita :') *go PSSSC ! saya minta maaf dengan apa kesalahan , kata2 yang pernah saya buat . mungkin pernah terlepas cakap . maaf . biane . sumimasen . sorry ^_^ *kesat air mata . haha

GoodLuck untuk game silat pulak . PSSSC TiGS boleh ! 

20130317

Hargai mereka sebelum mereka pergi :')

Assalamualaikum .

hailo mailo tailo milo . hurmm dah lama tak merepek kat sini . sebelum aku start . mari sedekahkan Al-Fatihah banyak2 untuk arwah Mohamad Daim bin Ghazali . pelajar sekolah SMK Yong Peng , Johor . ye memang aku tak kenal . memang aku tak tahu sape arwah . tapi , bile aku tengok status kawan2 die , semua tu berjaya buat aku mengalirkan air mata mcm aku kawan rapat arwah . aku tak tahu kenapa macam tu . hurm semoga arwah tenang di alam sana .

okeyh tadi aku ade pergi jogging kat TY . time aku jogging , aku lalu sebelah seorang bapa yang sedang kendong anak dia . baby lagi lah kot ~ 4 / 5 bulan mungkin . bile aku lalu betul2 sebelah 'bapa' tuh , aku rasa sebak yang amat sangat . aku rasa baby tu sangat bertuah . nak tahu tak apa bapa tu buat ? die menyanyi dengan suara yang cukup mendamaikan . alunan lagu tu cukup merdu . aku rasa macam nak menangis dekat situ jugak . automatik aku teringat ayah aku . hahahha . hurmm

bila aku tengok adegan tu , aku rasa semua ayah kat dunia ni pernah buat macam tu dekat anak2 die . kalau ayah korang jenis yang garang sangat , tak pernah tunjukkan kasih sayang . tapi , korang tahu tak . . dia lah insan yang paling gembira bile mendapat tahu kelahiran korang . kalau korang excident , jatuh sana sini . die lah insan kedua selepas ibu korang yang paling risau . walaupun die tak tunjukkan risau die , dalam hati dah mcm puting beliung rasanya .

walaupun ayah-ayah kat luar sana nampak tak kisah , sibuk sana sini , kerja lewat malam , asyik marah korang , walaupun die pernah terkata benci atau sebagainya . . tahukah korang ? sebenarnya die adelah insan yang paling sayang kat korang . memang die tak pernah tunjuk , tapi dalam hati die sape jek tahu ? Allah jek .

masa bayi , dielah yang selalu acah2 korang . dielah yang paling tak penat melayan korang selepas ibu . die yang selalu kendong korang bile pergi mana2 . dielah orangnya . dielah Ayah . jangan menyesal bila die dah takde . bile ibu korang ade urusan , dielah orang yang akan mengganti tempat ibu tu . hargai mereka . nampak luaran macam tak kisah . kat dalam hati tu , kita semua tak tahu : )

N O T A H A T I :- untuk semua kawan arwah Daim yang terbaca post ni , takziah ye . jangan sedih sangat . nnti arwah tak tenang kat sana . memang sudah sampai masa die dulu untuk bertemu dengan Pencipta kita semua . sampai masa , kita akan ikut die . dah tak jumpa dekat dunia , tapi dekat alam yang lagi satu , InsyaAllah akan berjumpa semula . yang pergi biarkan pergi . yang hidup ni , teruskan kehidupan . Allah lebih sayangkan die :')


jari2 itu ibarat orang . orang itu jugak akan terpisah : ) 

20130309

Nostalgia ayah : )

Assalamualaikum . 

Mohd Sidek Bin Hassan . Hero aku . Pendengar setiaku . 

dulu time tadika masuk pukul 8 . bertolak dari rumah dalam pukul 7 . pejabat ayah dengan tadika dalam 10 meter kot . dekat jek . sebelah pejabat ayah ada satu kedai roti canai . aku akan order roti canai telur kot atau mee . kot . tak ingat sangat . setiap pagi kot . lepas makan ayah terus hantar pergi tadika . jalan kaki . best . ayah pimpin tangan lintas jalan bagai . dan sampai tadika , memang sepi . orang takde lagi . 

bile dah takde orang aku kena stay kat tadika tulah . hurm ayah nak aku berdikari kot  tu yang ayah tinggalkan jek . pernah satu hari aku stay sorang2 . dah lama sangat aku ternangis . takut kot . even sebelah tadika balai polis . tapi tetap takut . budak2 kan . normal ~ 

dulu kalau ayah pergi kedai . aku pasti akan ikut juga . bile dah nak bayar , aku baru terkedek2 cakap 

'' ayah , nak ni ! '' sambil tunjuk ape yang aku nak 
'' ambik lah '' jawab ayah aku . 

so memang tak sia2 aku ikut ayah aku . sekarang ada lagi dengan mak aku . tapi suasana nya sedikit berbeza .  haha dulu aku balik sekolah agama pukul 3:30 . ayah aku kena ambik that day . tapi , ayah aku ambik aku pukul 5 . bayangkan . dalm kepala otak dah berteka teki . nak pergi jumpa cikgu , segan . almaklumlah aku pemalu orangnya . hewhew ~ tunggu jek and yes ! aku tak nangis . 

dulu setiap kali balik sekolah kebangsaan . ayah ambik aku dan dalam kereta ayah tanya macam2 . harini belajar apa , ada apa kat sekolah and so on . aku bercerita semuanya . sekarang aku cita kat diar . lagi gempak kot . *jyeahh ! 

dulu setiap petang , aku buat ayah aku secawan kopi . aku buat jek pastu tak rasa . sedap tak sedap no 2 . yang penting , aku yang buat . hahaha . dan hampir setiap petang ayah bawak balik apam balik . sekarang apam balik / pulang takde . 

dulu aku pernah excident dengan motor . gangster nye lahai aku . ayah aku yang angkat aku masuk kereta dan pergi hospital . ayah yang temankan buat x-tray time tu . aku ingat . aku takut2 . tapi , ayah still kat tepi aku . dulu , ayah pernah cakap tak payah dah pergi pantai sebab kat belakang rumah bunyi angin dah macam kat pantai . hahah . tapi belakang rumah ada parit jek ! haihh ayah ayah . 

dulu , aku selalu follow ayah aku pergi mana2 . biasanya aku jek ar gugirl dalam kereta . yang lain abg2 . huh , sape kesah ? entah . aku rasa kalau sentiasa follow ayah , akan dapt semua yang aku minta . tapi biasanya aku minta jajan jek *makanan ringan . wink3 ^_^ 

tapikan , itu semua dulu . kebahagian dulu tu diragut oleh peristiwa 30 / 12 / 2008 . pada usia 9 tahun , aku kehilangan hero aku . aku kehilangan seorang ayah yang takde gantinya . aku kehilangan dia buat selama-lamanya . kehilangannya buat aku lebih matang . ye alhamdulillah ya Allah . 

N O T A H A T I :- hormat , sayangi ayah korang kalau dieorg masih ada . die mrh sbb syg . aku harap 9 thun hidup dgn ayah aku ibarat 9 bulan . sekejap sangat . aku tak pernah minta tapi aku tahu Allah uji sbb Allah syg . yaa Allah tak kejam . kbai .