20150612

Cara Berinteraksi/Memberi Arahan

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Em aku rasa tajuk kali ni macam tajuk karangan kot. Okay nevermind. Aku cuma nak share apa yang aku dapat time kursus awal tahun haritu. Better late than never orang kampung aku kata. Hiks!

1. Eyes contact
   
Bila bercakap atau bagi arahan, haruslah ada eyes contact. Pandang mata ke mata. Bukan turun kehati ya sis/bro. Sebabnya lebih meresap dan si penerima boleh terima dengan jelas. InsyaAllah. TAPI! Ni untuk lelaki - lelaki / perempuan - perempuan. Tidak digalakkan untuk yang berlainan jantina. Em sama-sama lah kita menjaga pandangan okay :)

2. Jangan pilih kasih

Nak bercakap dengan orang jangan pilih kasih. Sering dilihat dalam kerja berkumpulan kot. Si ketua asyik bercakap dengan si A manakala si B dibiar saja. Mungkin A ni anak Dato Seri Paduka Doktor bla bla. Jadinya si ketua menjaga hati si A ni saja. B pula anak orang biasa saja.

Please avoid untuk berpilih kasih bagai ni. Ini bukan menunjukkan kau bagus tapi, kau ni memang mata ( isi sendiri ). Dengan siapa pun kau bercakap, tolak tepi segala jenis pangkat dia atau siapa pun dia.

Image result for cakap dengan hikmah

3. Dengan kadar tenaga yang sesuai

Okay yang ini pula. Contohnya kau nak bercakap dengan orang depan kau saja. Tapi, suara kau tu macam nak bagi satu dewan dengar. Boleh faham? Tapi, bila kau nak bagi arahan untuk satu dewan, orang depan kau pun terpinga-pinga. Ni biasa terjadi dalam kelas. Berbual dengan kawan depan mata macam nak bagitahu satu kelas. Tapi, bila buat presentation depan kelas pun cikgu tak dengar. Ok ada kawan macam tu pelangkung pakai kerusi saja.

Jadinya, kalau bercakap/bagi arahan dengan orang depan mata, gunalah suara yang sesuai. Intonasi yang tak perlu nak menjerit bagai. Dan kalau bercakap dengan orang yang ramai, jangan berbisik. okay?

Image result for cakap dengan baik

4. Transfer your feeling

Ha! Fikir apa tu? Maksud tranfer your feeling ni adalah apa yang disampaikan mestilah selaras dengan hati. Faham? Okay contohnya :-

'' Minah, Bang Li suka Minah " kata Ali kepada Aminah.
" Iya? Minah pun suka sangat dengan Bang Li" bohong si Aminah kepada Ali kerana dalam hatinya hanya ada Abu seorang.

Lulz ni je aku mampu buat dialog. Aku pernah cuba step ni. Hati aku mengarahkan aku untuk menyuruh seorang budak buat sesuatu dan lidah aku mula menurut perintah dan berjaya! Gila ap aku cakap ni ya Allah! Faham-faham kan lah ya.

Kesimpulan merepek aku diatas adalah, apa yang kau nak cakap mesti sama dengan hati kau. Jangan pulak kau nak burger tapi, kau cakap nak sate. Tak ke gila tu?

5. Dengan sentuhan 

Last step! Aku tengok step ni biasanya cikgu yang buat. Sambil suruh pelajar buang sampah dia pegang bahu pelajar. Dengan sentuhan ni dia macam berkesan weh. Aku tak pernah buat. Takut jugak jakgi kena pang sekali. Sentuhan ni macam transfer feeling kot. Boleh cuba je kalau nak. Kalau kau tengah nak bagi arahan, kau pegang bahu si penerima arahan.

Ni untuk lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan okay.


Dah selesai. Moga bermanfaat. Apa yang aku sampaikan ni aku dapat dari Abang Ngah. Motivator dari Step Exito. Bangah, saya share ni! :) 

N O T A H A T I :- Aku suka lagu Nastia. Gila cool wa cakap lu. Aku tak tahu istilah orang muzik. Lagi-lagi bila diaorg cakap suara first, second, third. Aku cuma tahu orang yang first nyanyi tu suara first. Entahlah labu. Aku tak ambil muzik. Okay cuti dah nak habis! So welcome back to school guys . adios!

No comments:

Post a Comment