Salam Maal Hijrah.
Hai-Hoi-Hei-Hui
Dah macam lama aku tak hapdet blog. Ok tipu. Esok dah start balik tengok kelas tercinto setelah sekian lama cuti. 5 hari je. Wehh aku bersyukur. Sangat. Cuti 5 hari yang buat aku rasa kena pijak dengan gajah. 5 hari yang buat aku ingat balik kisah doludolu. 5 hari yang buat aku pengsan a.k.a koma tapi berjaga tapi gila. Duhh kalau 5 tahun yang lalu. Hari awal muharam macam harini, hari terakhir aku hidup dengan seorang lelaki yang bernama ayah. DUSH! Ok intro yang sgt 'best' berakhir. Btw, cerita kali ni tak best. Close the tab lah derr. Aku jamin. Cerita kali ni tak best. Haha kbai.

hai. Saya Juna. Anak Kokping yang sumpah ohsemm!
*Gambar penyeri. Tiada kena mengena dengan post blog harini.*
Tiap kali aku rasa down semacam, aku-macam-nak-jadi-budak-sekolah-rendah-balik. *sebenarnya aku baru terfikir harini.* okeyh. Aku prefer jadi budak sekolah rendah balik. Sejujurnya, zaman sekolah rendah aku berganda menarik kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Aku tak cakap aku tak suka zaman sekolah menengah yang penuh dengan manusia yang pelbagai ragam yang buat aku rimas. Tapi, sekarang aku rasa macam kecik je. Lepas tu semua org dengan gumbiranya pijak aku-- sakit-dalam-ni-ha.
Kalau ada org stalk my twitter then, stalk my blog. They will think i'm talking about same person. Haha english aku memang teruk. Janganlah hina. Aku tahu lah takde orang nak stalk aku. Aku kata kalau kan. Wee i'm fine. Aku cuma fikir diri aku je. Zaman kanak2 aku dulu tipulah kalau aku kata aku okeyh je dan hidup without problem. Blerghh tipu. Aku ada je problem. Aku pernah je ala2-suka-dekat-org-yang-berlainan-jantina. Sekarang pun ada. Bagi aku, itu normal. Sebab aku bukan lesbian. Aku pernah cakap ada beberapa perempuan yang aku jumpa dan aku cakap comel. Dan deskmate aku kata '' ni lagi satu tanda. '' aku tanya tanda apa? '' tanda kau ni lesbian.'' lebih kurang mcm tu lah dialognya. Cepisheles gila. I'm straight. Dun worry.
Situasi yang sedang aku alami sekarang aku tak tahulah memang normal untuk remaja atau aku je yang rasa. Zaman yang penuh dengan penipuan. Hergh. Aku senang percaya orang dan aku cepat tak percaya org. Aku ada seorang kawan. Dia baik. Dia kuat membebel. Dia penasihat terbaik. Dia paling suka suruh aku makan ubat time aku demam. Tapi, aku tak pernah makan sebiji pil pun time aku demam. Keras kepala. Bila dah tak boleh bangun dan tak boleh buat kerja baru aku makan. haaa.
Tapi, sekarang dia hilang. Bukan kena culik tapi, dia senyap. Bagi aku sepi tanpa pesanan terakhir. Ini sebab buat aku susah percaya org. Sebab aku takut lepasni sorang2 orang yang aku share problem, hilang mcm dia. Sakit kot kat dalam ni. Ecewah. But, i'm okeyh. Kot. Aku cuma nak bandingkan. Sekurang2nya dulu aku takde rasa macam sekarang. Sekurang2nya dulu aku boleh main tepis je benda2 yang serabut kepala. Ini tidokk.
Alhamdulillah. Sekurang2nya dia pernah bagi aku semangat. Semangat untuk jawab exam. HAHA. Terima kasih daun keladi. Ada rezeki, kau akan kembali. InsyaAllah. Aku harap ini hanya mimpi. Aku bukan nak hidup aku 100% bertukar menjadi seorang budak sekolah rendah. Tapi, aku mintak jangan serabutkan hidup aku. Aku ni manusia lemah. Mudah jatuh. Susah bangkit. Jangan cakaplah kau kan budak silat. Kuat mental dan fizikal punya. Kau boleh cakap dengan confident sebab kau tak ghasa. Aku ni yang mengalami. Aku memang fizikal silat. Mental-- balet. Hentam sajalahh. Jangan main kata2 dengan aku. Jangan main perasaan. Aku ni coklat. Mudah cair tak mudah beku. Haha
Satu pesan aku kepada orang yang tengah baca ni ha :-
''Kalau tak mampu jadi pemadam yang memadam kesedihan kawan sendiri,
Jangan jadi pensil yang mencoret keperitan''
-HS-
N O T A H A T I :- Pertemuan singkat tak menjanjikan sebarang kegembiraan. Aku harap kau tak muncul buat selamanya. Cukup. Andai Allah perintahkan Malaikat Maut tarik nyawa aku sekarang, aku dah maafkan kau. Sebab aku tak suka membenci. Nanti hati aku tak tenang. Cuma pesan aku satu je, jangan permainkan perasaan org lain. Yeay! cuti dah nak dekat. dan aku gembira untuk tido. kbai. Ana Uhibbuki Fillah.
No comments:
Post a Comment