20130914

Mungkin terakhir ~

Assalamualaikum.

Ya. Akhirnya dengan izin-Nya jari jemariku menari kembali. Haha. Alhamdulillah. okeyh dah macam bagi ucapan. Akhir2 ni sibuk. Sampai tak sanggup nak curi masa untuk tengok blog. Busy buat folio. Itu dan ini. Ok tak perlu mention semua tu tapi ada saya kisah? wiwiwi. Okeyh. Ada kesempatan ni nak gosip pasal merdeka raya haritu. Sebenarnya dah start kekok. Tak tahu nak cakap apa. Kuikui

Kawan, tak tahu lah kita ada kesempatan lagi ke tak nak makan sama2, siap sama2 untuk tahun depan macam tahun ni. Allah je tahu. Sesungguhnya aku rindu kalau tahun depan takde rezeki untuk kita merdekaraya sama2 lagi. Sungguh. Sumpah. Rindu.

Kadang2 terfikir. Macam mana kita boleh rapat ek? Padahal bukan semua dari sekolah rendah yang sama. Haha. Tahu tak. Time raya hari tu aku tak minta maaf dengan kalian. Tahu ke tak? Hmm. 

Kawan, 
Perjumpaan kita tidak dirancang
Nanti perpisahan juga rahsia
Bagai adik-beradik darah berlainan
Kasih pada kalian sukar diungkap

Kawan,
Jam berdetik tidak dapat ku bekukan
Maaf atas semua kasarku
Maaf kerana kata lancangku
Maaf kerana marah
Aku tak berniat
Mulut ini terlalu terburu2
Maaf seribu kali maaf

Kawan,
Andai ini kali terakhir
Jangan kau cari aku
Kerana aku ada, cuma jauh
Sayang tak dapat diungkap 
Ikhlas tak dapat dikata

Kawan, 
Sungguh aku bersyukur kerana ada kalian
Sejujurnya aku bukan selayaknya digelar kawan
Aku jahat
Aku ego
Aku selalu ingin menang
Maaf tika memerlukan, aku lari
Maaf. Biane. Sorry. 


Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. Semoga kita ada masa boleh menggila lagi sebenarnya. Wiwiwi sayang kalian 10000000 x 10000000 x 1000000000 x 1000000000 x 3 x 4 x entah. Tak dapat kira kan? Ahaaaaa :P Sayang kat korang tak terkira. Eh sweetnya. Hahaha muntah pelangi.

N O T A H A T I :- Aku bukan budak puitis. Eh sorry masuk gmbar lambat. Oh ya. Tolong jangan paksa orang lain kalau dia tak nak. Tolong jangan syok sendiri. #Random. Aku bukan manusia sempurna. Semoga Allah redha dengan persahabatan ni ! ^_^

No comments:

Post a Comment